Ahad, 3 Oktober 2010

PEMILIHAN PKR - AZMIN MENGHAMPIRI 100 PENCALONAN

Timbalan: Azmin 93, Zaid 35, Mus 17, Tian 5, Khalid 4
Abdul Rahim Sabri
Okt 2, 10

11.30pm Naib presiden Azmin Ali mendapat pencalonan ke-93 dari cabang PKR Kelana Jaya malam ini bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula Kelana Jaya mencalonkan exco kerajaan Selangor Dr Xavier, ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan pengarah strategik PKR, Tian Chua

Di peringkat Cabang pula, regu Syed Shahir Syed Mohamud; ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Kesminder Singh masing-masing memenangi jawatan ketua, timbalan dan naib ketua.

8.07pm Naib presiden Azmin Ali mendapat pencalonan ke-92 dari cabang PKR Johor Bahru bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

7.50pm Ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat pencalonan ke-17 dari cabang Sabak Bernam, Selangor bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Baginaib presiden pula, Sabak Bernam mencalonkan ketua cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah; ahli parlimen Petalng Jaya Selatan, Hee Loy Sian; pengerusi tetap AMK, Yahaya Shari dan ketua cabang Sabak Bernam, Dr Badrul Amin Baharon.

6.00pm Pengarah strategik PKR,Tian Chua mendapat pencalonan kelima dari cabang Pulai, Johor bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon naib presiden pula terdiri daripada ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, R Sivarasa; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; dan ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

5.50pm Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mendapat satu lagi pencalonan ke-35 dari cabang Hulu Selangor bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon naib presiden pula terdiri daripada ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, R Sivarasa; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dan ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Laporan awal: Naib presiden Azmin Ali dan ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim masing-masing menambah satu lagi pencalonan hari ini bagi bertanding jawatan timbalan presiden November ini.

Dengan itu, Azmin mendapat 91 pencalonan - terbaru dari cabang Puchong - yang bermesyuarat hari ini.

Manakala Zaid pula mendapat tambahan pencalonan dari cabang Bandar Kuching. Beliau kini mendapat 34 undi.

Sejumlah 36 lagi cabang PKR bermesyuarat hari ini dan esok - iaitu minggu terakhir pemilihan peringkat cabang dan pencalonan jawatan tertinggi pusat.

Seorang lagi calon, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, kekal dengan 16 pencalonan, manakala ahli parlimen Batu Tian Chua dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masing-masing mendapat empat pencalonan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ahmad mendapat dua pencalonan, manakala ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masing-masing dengan satu pencalonan.

Puchong juga mencalonkan Dr Wan Azizah mengekalkan jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, cabang itu mencalonkan Nurul Izzah; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; pengerusi tetap AMK,Yahaya Shaari dan seorang pemimpin PKR cabang itu, Suresh Kumar./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. http://myzaidibrahim.wordpress.com/2010/07/07/utusan-dah-start-dah/
    diatas adalah link dalam blog Zaid pada bulan Julai 2010 yang lalu.
    Ia berkaitan Utusan Malaysia yang tidak bolih dipercayai dan perlu dijauhi.
    Apa macam sekarang,dah bolih rapat semula ka?
    jab sp

    BalasPadam