Isnin, 25 Oktober 2010

PRK DUN GALAS - MUNGKINKAH `HANTU ORANG ASLI' MUNCUL MENGUNDI ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

HAKIKATNYA Umno dari awal lagi tidak yakin boleh memenangi PRK Dun Galas kali ini walaupun Umno tewas di tangan PAS di dalam Pilihanraya Umum yang lalu dengan majoriti tipis. Bukti tidak yakinnya Umno adalah apabila sepantas kilat menamakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya di situ. Bahkan, Umno seboleh-bolehnya ingin Ku Li juga menjadi calon parti tersebut.

Muhyiddin, apatah lagi Najib sudah tentu tidak mahu menanggung aib banyak kali tewas di dalam PRK selepas PRU yang lalu. Kali ini biar Ku Li pula merasa bahana apabila berdepan dengan PAS, mungkin sebagai `hukuman' ke atas beliau akibat keberanian Ku Li membela Kerajaan Negeri Kelantan di dalam isu royalti minyak. Karier politik Ku Li mesti digelapkan secara perlahan-lahan sebelum Ku Li mencuba lagi untuk mencabar kepimpinan Umno di dalam Pemilihan Umno akan datang.

Apa yang perlu dipandang serius oleh jentera kempen PR/PAS adalah berkenaan pendaftaran pengundi yang layak mengundi. Semakan mesti dibuat dari sekarang termasuk alamat semua pengundi yang berdaftar. PAS juga jangan lupa isu `pengundi hantu'. Tidak mustahil kali ini `hantu' akan lahir di kawasan penempatan orang Asli. Kita sedia maklum, penempatan orang Asli di bawah Parlimen Gua Musang ini masih tidak membangun sepenuhnya. Sudah tentu terdapat masalah perhubungan atau komunikasi, laluan di perkampungan yang tidak teratur boleh menyukarkan jentera kempen dan pemantauan. Kelemahan ini mungkin diambil peluang oleh mereka untuk menyeludup pengundi-pengundi hantu.

Kita yakin, PAS yang mempunyai ramai pakar strategi mampu mengawal semua ini. Bantuan dari rakan-rakan di dalam PR juga amat penting untuk kemenangan kita bersama. Kerahkan semua pemimpin di setiap negeri hadir berkampung di Galas. Setiap kumpulan yang berkempen dari rumah ke rumah mestilah diketuai oleh tokoh-tokoh berwibawa dan dikenali oleh pengundi-pengundi di Galas.

Semoga kemenangan PAS di Dun Galas nanti akan menyebabkan lebih ramai orang-orang Melayu di dalam Umno berfikir kembali samada untuk kekal bersama Umno atau tidak./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan