Jumaat, 8 Oktober 2010

SIAPA YANG GANGGU SIDANG MEDIA RAHIMI ?

Justify Full Kecam tindakan ganggu sidang media Rahimi

Semalam ketika sidang media bekas kakitangan Pejabat Anwar Ibrahim yang menyatakan kononya dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah telah diganggu oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan penyokong Anwar Ibrahim.

Perkara ini amat mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku. Di bawah ini pula ialah kenyataan Timbalan Presiden mengenai perkembangan tersebut.

KEADILAN TIADA KAITAN DENGAN PERCUBAAN GAGALKAN SIDANG AKHBAR

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.

Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.

Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
KEADILAN

7 Oktober 2010Semalam cheGuBard telah menulis mengenai pengalaman dengan bekas kakitangan pejabat Anwar Ibrahim ini. sila klik sini dan kemudian SharpShooter telah menyambut sebagai saksi hidup yang 'menemani' dia.

Nantikan esok cheGuBard cuba update satu lagi mengenai perkara ini sebab cheGuBard masih berada dalam lingkungan GERAK ketika konspirasi Fitnah 2 dirancang./chegubard.blog

1 ulasan:

  1. Ulasan khas untuk Nurul Izzah
    1.Tindak tanduk Zaid kebelakangan ini sudah mirip tindakan Zulkifli Nordin sewaktu mencari pasal untuk disingkir dari PKR.
    2.Nurul,jangan bunuh populariti ayah kamu(Anwar) dengan tindakan bodoh yang kamu lakukan sejak mutakhir ini.Adakah kamu mahu kamu diingati sebagai salah seorang yang bertanggong jawap memusnahkan PKR?.Kamu sewajarnya mengurangkan musuh dalaman sewaktu menghadapi musuh luaran yang merupakan musuh sebenar PKR.
    3.Kamu baru berkata akan menimbang pandangan Zaid dan belum buat apa apa keputusan,tapi kesannya telah dijaja bahawa kamu benar benar bertelingkah dengan Azmin,salah satu susuk yang telah bersama dengan ayah kamu diwaktu pendatang sementara berduyun meniggalkannya semula apabila mereka gagal mendapat apa yang dicari .

    BalasPadam