Jumaat, 1 Oktober 2010

TIDAK SALAH HINA PEMIMPIN DI DALAM PKR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APAKAH tidak menjadi kesalahan di dalam PKR apabila seseorang ahli atau pemimpin parti mengeluarkan kenyataan terbuka seperti berikut;

1. Presiden PKR adalah `boneka' semata-mata.

2. Ketua Umum PKR tiada kuasa dan jawatan tersebut tiada di dalam Perlembagaan atau Organisasi Parti, maka Ketua Umum dianggap sebagai `Ahli Biasa' parti.

3. Timbalan Presiden PKR seorang yang `nyanyuk'.

Semua persoalan di atas bukan untuk diketahui benar atau tidak, tetapi saya cuma ingin tahu adakah salah jika seseorang ahli di dalam parti mengeluarkan kenyataan seperti itu atau seumpama itu secara terbuka?

Jika ianya tidak salah, saya merasakan PKR sememangnya mempunyai `kebebasan mutlak' untuk menegur, mengkritik bahkan menghina parti dan pemimpin parti. Presiden PKR ada menyebut bahawa tiada tindakan di ambil kerana tiada aduan atau laporan. Baca di sini. Masalahnya, sekiranya dilakukan secara terbuka di media di mana semua ahli mengetahuinya termasuk musuh parti, perlukah juga menunggu aduan atau laporan?

Saya berharap persoalan ini dapat dijawab oleh pemimpin atau pihak berkenaan di dalam PKR. Mungkin ramai yang ingin tahu sejauh mana PKR mampu mendisiplinkan ahli-ahli dan pemimpinnya. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. kata PKR ni memberi kebebasan bersuara? hahaha, now nak mempersoalkan pulak?

    anggap sahaja ianya adalah "perbezaan pendapat" dalam parti, berdegar2 cakp yg inilah "demokrasi" dalam Fuckatan Rakyat?

    tak pon, ikut aje saranan nicky ajis, anggap sahaja kenyataan Zaid itu adalah "pandangan peribadi"..

    hehehehe..bodoh punye fuckatan..

    p/s: mengata org, dia yg lebih!

    BalasPadam
  2. Banyaknya langau yang tak diundang dalam proses pemilihan ni yekkkkk....

    BalasPadam