Ahad, 17 Oktober 2010

YB GOBALA LOMPAT PARTI ? SIAPA BERANI BERTARUH ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SIAPA berani bertaruh? Siapa berani bertaruh bahawa MP Padang Serai YB Gobalakrisnan akan `bertukar menjadi katak' tidak beberapa lama lagi? Jika saya diberi peluang bertaruh, tentunya saya berani bertaruh bahawa YB Gobala akan menjadi `katak' atau setidak-tidaknya di`campakkan' ke luar dari PKR.

Asas sudah ada, alasan sudah cukup untuk membuatkan YB Gobala akan bertindak seperti `team katak' yang lain. YB Azmin dijadikan mangsa untuk menghalalkan tindakan beliau nanti. Tertarik dengan kata-kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali di sini. YB Gobala sudah mula mengorak langkah dan mempromosikan dirinya untuk dipancing. Tunggu masa yang sesuai, maka jangan kita terkejut nanti.

Paling awal jangkaan saya YB Gobala akan menjadi `katak' adalah apabila keputusan memihak kepada YB Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukankah beliau begitu anti dengan YB Azmin? Ditampilkan kununnya beliau akan menyokong sesiapa sahaja asalkan YB Azmin tewas. Peliknya, mengapa beliau sendiri tidak berani tawarkan dirinya? Penakut atau beliau memang tahu `standard'nya sendiri. Jika betul anak jantan atau `permata hitam' PKR, tawarkan diri masuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Mungkin Dato Zaid boleh sokong kuat beliau.

Nampaknya, beliau hero terbaru TV3 dan Utusan sekarang. Tugas beliau hanya sebut nama YB Azmin dan memang pun media haprak itu amat bimbang jika YB Azmin menang. Saya `salute' YB Azmin kerana bersikap berani untuk hadir debat terbuka Timbalan Presiden PKR jika parti menganjurkannya. Sekali lagi untuk YB Gobala, keluarlah cepat dari PKR sebelum keputusan Timbalan Presiden PKR diumumkan agar tidak ketara sangat niat kamu./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Gobala ni ada tak menambah dan takda tak mengurang.Tgk la aksi dia dlm parlimen.Dia hanya mengampu hujah Anwar dan tukang sorak.Ni sorang lagi mangsa kaum Zaid.Zaid,LU BERAMBUSSSSS

    BalasPadam
  2. apa pula nak sampai bertaruh ni..ilmu tok guru mana yang hang pakai ni wahai wfaudin.
    kalau azmin terlalu ok bagi kumpulan hang,jangan pula nak perleceh orang lain.
    aku pula lebih paham akan gempak keling.gopala ugut nak keluak bermakna dia tak akan keluak.
    sekarang hang dah bertaruh gopala kan keluak,ok aku ingat.tapi kalau gopala tak keluak lepas ni,aku minta hang pi minum ayak kencing gopala ni.

    BalasPadam
  3. awat...awat hang teruk sangat komen ni. Jaga maruah la sama nak cakap apa pun. Aku org Kulim, aku tau la sapa Gobala tu. Dia tu dah tak tahan dah nak melompat jadi "katak" hang tau dak. Mana dia tahan tengok "jiran dekat" dia yang telah jadi "katak mewah" la ni. Takkan hang tak tau kot...si Radzi Katak di Lunas dan Si Yang Bohong Zul Katak, MP Kulim Bdr Baru (yang layak dipanggil MP Kuala Lumpur sj). Dia hentam Azmin nak cari penyebab saja. Hang tak pecaya hang tunggu la. Satu Padang Serai dah tau dah!

    BalasPadam