Sabtu, 27 November 2010

ADUAN POLIS, PEMECATAN JENAPALA ADALAH SAH - SAIFUDDIN NASUTION

Oleh Suara Keadilan

sn_kongresPETALING JAYA 26 Nov - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata pemecatan Timbalan Setiausaha Agung P Jenapala sebagai ahli adalah sah berdasarkan kepada rekod yang disimpan di ibu pejabat parti.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh bekas Setiausaha KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim hari ini yang mendakwa surat bertarikh 2 Februari 2009 yang ditandatanganinya dan dijadikan asas pemecatan Jenapala adalah palsu.

"Saya lihat surat itu, saya beritahu kepada pihak media bahawa Jenapala dipecat," kata Saifuddin pada sidang media di Kongres Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita di sini petang tadi.

Saifuddin berkata sebagai Setiausaha Agung beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis malah mengalu-alukan sebarang siasatan.

Beliau menggantikan Salehuddin sebagai Setiausaha Agung bermula 1 Februari lalu.

Jenapala pula menyertai KEADILAN pada Mei 1998, dan dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung pada awal 2008 beliau meletak jawatan pada penghujung tahun tersebut.

Pada pukul 3.00 petang tadi Salehuddin membuat laporan di balai polis Dang Wangi dengan harapan pihak polis akan menyiasat dalang di belakang pemalsuan surat atas nama beliau itu.

"Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes Saman Pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit dari Saifuddin Nasution Ismail, setiausaha agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

"Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat," kata beliau dalam satu kenyataan./SK

1 ulasan:

  1. Memang lah PKR menuju kehancuran, lantik orang bodoh jadi setiausaha agung.

    Adaka pulak, saya tengok surat, saya beritahu media dia dipecat. Benda sensitif macam tu pun boleh buat sambil lewa. Semak la dulu, tanya orang-orang yang mungkin tahu. Sekarang PKR yang berkemungkinan dibubarkan....sebab ada orang bodoh kemaruk memegang jawatan.

    BalasPadam