Jumaat, 5 November 2010

BATU SAPI, GALAS - WAN AZIZAH PUAS HATI PRESTASI PR

Prestasi PR Memuaskan Meskipun Diserang Hebat : Wan Azizah
05/11/2010


KUALA LUMPUR 5 NOV : Pakatan Rakyat tetap mencatatkan keputusan yang memuaskan meskipun terpaksa berhadapan dengan sogokan pengundi, demikian tegas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu tambah beliau penyalahgunaan jentera dan dana kerajaan, dan serangan bertubi-tubi media arus perdana antara pendekatan yang tidak bertanggungjawab digunakan pemerintah.

Keputusan semalam, katanya menyaksikan undi golongan muda kepada Pakatan Rakyat meningkat di kedua-dua kerusi Batu Sapi dan Galas.

Ini juga, ujar Presiden PKR itu yang diperlihatkan secara konsisten dalam tujuh kemenangan Pakatan Rakyat dalam siri-siri pilihan raya kecil usai 2008 lagi.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat jentera pilihan raya yang begitu komited dan bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat.

“Tewas bukan bererti kita harus akur pada situasi semasa, hakikatnya ia menjadi satu ruang untuk kita memperkemaskan jentera dan juga mengenal pasti kekurangan yang perlu ditambah baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sekalung tahniah buat para petugas PKR khususnya dan Pakatan Rakyat amnya di Batu Sapi dan Galas, katanya.

Tambahnya, kepada rakyat yang memberikan undi kepada PKR di Batu Sapi, sokongan mereka dihargai sepenuhnya.

Menurutnya, ia jelas membuktikan bahawa Sabah, meskipun disebut sebagai ‘fixed deposit’ bagi Barisan Nasional, bukan lagi tapak selesa bagi mereka.

“Insya Allah kita lunaskan dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yakin./TVNews

1 ulasan:

  1. Setelah PRK Galas berakhir, banyak ulasan yang telah dibuat, kenapa PAS kalah dan kenapa UMNO menang. Namun ulasan dan faktor kekalahan PAS kebanyakan tidak berpijak di bumi nyata.
    Sejarah pilihanraya di Kelantan membuktikan Galas atau G.Musang merupakan kubu teguh UMNO. PRU 2004 BN dengan majoriti +-1700 undi. Namun sesuatu yang ajaib dan mengejutkan PAS sendiri berlaku dalam PRU12, PAS menang dengan majoriti 665.
    Ketika menerima berita kekalahan PAS di Galas, aku tersenyum kerana ramalan aku meleset. Dimana aku meramalkan PAS akan kalah melebihi 2000 undi. Namun PAS hanya kalah +- 1100 undi. Satu pujian dan tahniah yg patut diberikan oleh petugas dan penyokong PAS.
    Sesuatu yg jarang disentuh oleh pengulas politik PRK Galas adalah tompokan dan pecahan pengundi di DUN Galas. Atas faktor inilah, aku sering menjawab bila di tanya mengenai PRK Galas, " aku tidak hairan PAS kalah di Galas, tapi aku hairan macam mana PAS boleh menang di DUN Galas dlm PRU12 lepas".
    DUN Galas mempunyai keunikan tersendiri di Kelantan, dimana gabungan pengundi cina dan orang asal melebihi 40% pengundi. Ini bermakna mana-mana parti politik yang tidak disokong oleh pengundi cina dan orang asal, tipis untuk memenangi kerusi DUN Galas.Ini bermakna PAS mengharapkan tuah untuk memenangi DUN Galas dalam setiap pilihanraya.
    Sebelum PRK Galas dijalankan, BN telah menang dgn majoriti 3000 undi. 2000 undi daripada gabungan pengundi orang asal, India dan undi POS. Sementara 1000 undi lagi daripada pengundi cina. Untuk menutup luang yang besar ternganga ini, PAS terpaksa mengharap tuah datang mengolek.
    PAS mengharapkan 85% org cina memberikan undi simpati kepada PAS. Namun undi cina ini bukan merupakan sebab untuk PAS menang, namun hanya cukup untuk memberi saingan kpd BN/UMNO.
    Apabila PAS tidak mendapat undi daripada pengundi cina sebagaimana yg diharapkan, maka PAS terpaksa akur kepada BN.
    Sementara undi dari orang asal adalah sesuatu yang diluar target PAS. Orang asal tidak mudah untuk menolak sesuatu yang boleh mengeyangkan perut mereka.
    Dari keputusan PRK Galas, PAS sepatutnya bersyukur kerana orang Melayu Kelantan masih teguh bersama PAS, bahkan bersedia untuk mengundi PAS dlm PRU13 nanti. 4000 pengundi tegar PAS terus bersama PAS. (Allahuakbar!).
    Segala kempen UMNO, tidak sedikit pun mengubah pendirian pengundi PAS di G. Musang. Kempen UMNO kononnya bahawa PAS telah dikencing DAP, rampasan tanah, ladang rakyat dan wakil rakyat gemuk tidak mengugat mereka. Bahkan kempen pembangunan dan rumah murah bersabsidi juga tidak dapat mempengaruhi pengundi PAS. Ini bermakna wang yang habiskan UMNO untuk PRK Galas hanya berpusing di kalangan pengundi tegar UMNO.

    BalasPadam