Selasa, 23 November 2010

CABANG REMBAU JUGA PERLU DIBATALKAN DAN DIBUAT SEMULA - CHEGU BARD

Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar

Nov 22, 10 7:09pm
Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

NONEMenurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

NONEBadrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.

Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.

NONE Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."/Malaysiakini

1 ulasan:

  1. smlm azmin cakap tak cukup bukti "adduced evidence" tentang salah laku pemilihan? ni ape plak ni? tolong sapa2 forward kat si azmin tu asik in denial syndrom aje..

    thanks

    BalasPadam