Isnin, 29 November 2010

DARI MUDA SAMPAI TUA MEREKA TERUS FITNAH TOK GURU NIK AZIZ

Bila dah jadi penulis tersohor, jangan buat kerja bodoh


Oleh: batu-api2

"Saya suka membaca blog Mohd Sayuti Omar, tapi saya tak banyak sependapat dengan Sayuti. Saya terima hakitan beliau adalah 'spesis' yang tak ramai lagi boleh mengolah isu-isu negara.

Antara kawan beliau ialah Meli Kapak Jangat, seorang penulis kreatif dan skrip drama. Juga menulis novel yang banyak juga memenangi hadiah pertandingan penulisan novel. Nama sebenar ialah Ramli Abdul Halim menulis di blog http://melikapakjangak.blogspot.com/

Terkini saya baca satu posting ringkas beliau yang ke 856 dengan tajuk "Lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang."










Saya ambil keseluruhan posting tersebut;

SAYA ada terima kiriman gambar berikut yang lengkap dengan cacatan melalui email, lama saya perhatian. Apa ada di sebalik gambar ini. Apa ada kaitannya dengan TGNA.

Terkejut beruk saya bila dijelaskan bahawa gambar hitam putih adalah hari persandingan Nik Aziz Aziz Nik Mat (kini Dato dan Tuan Guru) dengan isterinya Tuan Sabariah Tuan Ishak (kin Datin).

Nampak jauh benar bezanya antara dulu dengan sekarang. Betul kata orang lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang. (Asalnya : http://melikapakjangak.blogspot.com/)

Sedih juga dengan sifat penulis yang dah tersohor boleh terjabak dalam penyebaran fitnah. Takkan Meli tak kenal Nik Abdul masa dia muda dulu. Meli kan banyak "bergadoh" (ore kelete kata gomo) dengan Nik Aziz, sampai sekarang pun dia tak setuju dengan Nik Aziz. Tapi takkan nak sampai fitnah atau menyambung fitnah.

Orang tersohor tak buat kerja bodoh macam ini.



Ini adalah gambar Nik Abdul Aziz semasa muda. Sebagai seorang penulis yang juga menulis di Utusan tak kan Meli tak boleh bezakan muka TGNA masa muda. TGNA tak pernah buang "semutar" (serban). Di bawah ini saya ambil lagi satu gambar Nik Abdul Aziz semasa muda.


Mungkin Ramli Abdul Halim penulis tersohor nak tahu siapa gambar yang disebarkan oleh sebahagian blog penyokong dan pengiat UMNO.

Gambar itu sebenar adalah Nik Abdul Aziz Kamil. Entah siapa aku pun tak kenal. Cerita lama lah Meli, tahun 2009 dia orang dah serang TGNA tapi tak berjaya dipatah dalam forum TKO. Sekarang nampak nak guna semula dan syabaslah blog Kapak Jangak dan Meli menjadi penyambung fitnah ini.

Boleh klik sekiranya nak besarkan

Link gambar ini kerana terlalu lama suda hilang, tapi ditakdirkan Allah saya masih ada menyimpannya. Link asal gambar Nik Abdul Aziz Kamil, http://fhtechnology.biz/cubecart/index.php?act=viewProd&productId=19

Sebagai manusia yang ada maruah adalah lebih baik Ramli Abdul Halim membetulkan kesilapan ini. Sebaik-baik manusia mengaku akan kesilapan. Maaf saya tegur secara langsung sesuai dengan penulisan blog saudara yang terbuka dan langsung. Saya juga suka mendegar kata-kata sebahagian besar penulis tersohor yang saya kenal, "Jika kita kritik orang, maka orang boleh kritik kita".

Akhir kata, jangan sampai saya sudah tawar untuk melawati blog saudara. Nasihat dan tulisan baik di blog saudara akan menjadi seperti menjirus air di daun keladi. /

http://batuapi-firestone.blogspot.com"

4 ulasan:

  1. SPESIS PENGAMPU & PEMBODEK UMNO@APCO BIASA LA APA LAGI KEJA DEPA SELAIN FITNAH ! ADAKAH INI NASIHAT DARI GENG ZIONIS ? QAUM YANG DEGIL DAN LAHANAT ! JANGANLAH JADI YAHUDI YANG MEMANG PAKAR FITNAH DAN KELENTONG !
    ORANG ISLAM SEBENAR TIDAK AKAN BUAT KERJA INI !

    BalasPadam
  2. itu la aku dah kata umno ni mmg parti celaka dunia akhirat.....

    BalasPadam
  3. bukan ke tu gambar mat sabu ?

    BalasPadam
  4. Yg bagi ulasan pun xde sihat islam,memaki haunted dgn permainan kesan,jauh ikut Cara nabi muhammad, astagrfirullah istighfar banyak banyak saudara

    BalasPadam