Rabu, 3 November 2010

DEMONTRASI `ANJING UPAHAN' DI P.PINANG

'Orang Upahan' Umno-BN Dalang Demonstrasi Hadapan Sidang DUN Pulau Pinang

PULAU PINANG 2 NOV : Sekumpulan orang yang membuat demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi tadi dipercayai orang upahan Umno-BN dalam usaha menjatuhkan imej Pakatan Rakyat di negeri itu.

Kumpulan itu menimbulkan kekecohan di hadapan dewan kononnya mahu menzahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. Exco Kerajaan Pulau Pinang, Malik Kassim berkata pihaknya mendapati demonstrasi itu hanya mahu mengalihkan pandangan rakyat daripada mengikuti pembentangan belanjawan kerajaan negeri yang banyak memberi manafaat kepada rakyat. "Mereka buat demonstrasi ini supaya anggapan mereka besok nanti dalam surat khabar tidak akan tersiar berita-berita tentang ucapan belanjawan ini malahan akan tersiar berita tentang demonstrasi mereka."katanya.

Tegas Malik Kasim lagi, "Jadi inilah saya nampak taktik mereka melakukan ini supaya dapat blackout atau pun super seat berita ucapan belanjawan yang banyak mementingkan pemberian kepada rakyat." Pagi tadi kira- kira 100 orang kononnya peniaga dari Komtar dan ahli Parti Cina Malaysia berdemonstrasi dihadapan dewan undangan negeri pulau pinang kerana mahu membantah lima perkara bersabit dengan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang./TVNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan