Selasa, 23 November 2010

DI MANA PRESIDEN SEMASA `RAPAT PERDANA'?

PERJUMPAAN BERSAMA AHLI-AHLI YANG AMAT MENGECEWAKAN

Melalui Email

Sebagai seorang ahli parti yang setia, saya menunggu dengan penuh debaran perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam 19 November baru-baru ini. Saya jangkakan pucuk pimpinan, terutama Presiden parti akan menggunakan peluang tersebut untuk menjelaskan isu-isu yang menjadi punca krisis yang sedang melanda parti dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memperbaiki parti dan memulihkan imejnya. Nyata jangkaan saya jauh meleset. Saya telah mengikuti perjumpaan tersebut melalui internet, suatu usaha yang pada hemat saya hanya membuang masa dan membazirkan tenaga eletrik.

Beberapa perkara telah menghampakan saya; dari yang agak kecil hinggalah ke besar. Biarlah saya mulakan dengan yang kecil tetapi berpotensi besar untuk memberi gambaran yang tidak diingini mengenai parti.

Pertama, kenapakah dianggap perlu berbelanja duit untuk meletakkan satu ‘backdrop’ besar yang memaparkan gambar-gambar bersaiz gergasi beberapa orang pemimpin? Kalau majlis dianjurkan oleh UMNO totok seperti Khir Toyo atau Azalina Osman, saya boleh fahamlah. Itu budaya dan mentaliti feudal UMNO untuk memuja dan mengagung-agungkan pemimpin. Tetapi kita PKR - parti Reformasi yang kononnya memperjuangkan budaya dan pemikiran politik baru. Kenapakah kita terikut-ikut dengan amalan-amalan jijik UMNO? Adakah sebab ini, mentaliti pemimpin kita masih mentaliti UMNO? Ini adalah suatu kebimbangan hati nurani saya yang terpaksa saya suarakan demi renungan semua.

Kedua, kenapa Presiden parti sendiri tidak hadir dan berucap di majlis yang digelar ‘perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti’? Kelibat Presiden tidak kelihatan langsung. Bayangkanlah jika UMNO dilanda krisis, satu perjumpaan dipanggil dan yang naik ke pentas untuk memberi penjelasan ialah Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin, Adnan Mansor dan Ali Rustam. Rosmah Mansor pula menggunakan peluang itu untuk menonjolkan diri. Presiden UMNO pula bersembunyi di rumah. Blog-blog akan berpesta mengutuk UMNO. Apakah bezanya dengan perjumpaan PKR di mana Ketua Umum, satu jawatan yang tidak termaktub dalam perlembagaan parti dan tidak dilantik, pula yang lebih senduk dari kuah sementara Presiden yang hakikatnya telah mendapat mandat dari para anggota parti untuk memimpin telah menghilangkan diri. Saya amat khuatir ini adalah satu petanda pucuk kepimpinan parti yang tidak menghormati perasaan dan pandangan ahli-ahli biasa.

Terakhir dan yang paling mengecewakan adalah perjumpaan yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menjelaskan isu-isu yang menimbulkan kontroversi serta untuk melegakan kegelisahan dan kecurigaan yang kini melanda para keahlian parti telah bertukar menjadi pesta pemujaan. Lawan dikeji, pemimpin dipuji. Perjumpaan tersebut bertukar menjadi sesi mengutuk Zaid Ibrahim. Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau mengenai kepincangan parti tidak dijawab langsung. Aturcara majlis Jumaat lepas mirip “roadshow” anjuran UMNO. Penuh dengan sepanduk-sepanduk memuja pemimpin, laungan-laungan memuji pemimpin. Di manakah perubahan yang di war-warkan?

Suara Presiden ialah suara rasmi parti, suara yang mewakili insan-insan kerdil yang menjadi ahli biasa parti. Saya merayu kepada Presiden untuk segera memberi perhatian dan menangani isu-isu yang kini timbul kerana ini membikin ketara kelemahan dan kecacatan parti. Suara dan penjelasan Presidenlah yang ditunggu-tunggu untuk menenteramkan kegelisahan para ahli biasa parti.

Sekian, Salam Reformasi.


ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568


22 NOVEMBER 2010

Blogger:

Email ini saya terima daripada penulis tanpa sebarang edit dilakukan. Mudah-mudahan apa yang baik dan benar boleh diambil, yang tidak baik atau tidak benar, anggaplah satu kelemahan biasa sesama manusia.

Saya menyanjung komitmen beliau terhadap parti. Terima kasih kepada Penulis.

4 ulasan:

  1. Aku dah kata dah!!!!!!!

    Kehancuran semakin hampir!!!!!!!

    BalasPadam
  2. azmin da kencing ko ke pasal duit upahan jadi balaci kempen dia?

    kah kah kah!..

    khidmat ko da tak diperlukan da utk berkempen sbb waktu berkempen pun da abis..

    tunggu payment tak datang2..

    chegu bard pun kalah, so mmg tak masyuk la ko kali ni..

    tu la aritu ko taknak jd balaci zaid, budak2 bloger yg sokong zaid da kenyang da, siap berkira2 nak dapat jawatan dalam parti baru zaid..

    ko buat ape lagi kat sini..

    ko ni tak abih2 kena kencing!!!

    BalasPadam
  3. Umnongok lebih baik masuk blog pro umno laa...blog amnongok dh tak laku ke..ehehh..

    BalasPadam
  4. artikel di atas bukan dari ahli yg setia, kalau ahli yg setia dia tak komplain dlm internet, ni ahli upahan nii, ramai jenis ni dalam pkr...akan keluar bila time pilihanraya ...

    BalasPadam