Isnin, 8 November 2010

DI SEBALIK BERBAGAI DAKWAAN, AZMIN MASIH TERUS DIBERI KEPERCAYAAN

Selepas pemilihan 1/3 cabang, Azmin kekal di depan
Abdul Rahim Sabri
Nov 7, 10


Selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, calon timbalan presiden Azmin Ali terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang (78 setakat semalam dan sembilan hari ini) yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - kini naib presiden - di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Azmin secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

Semalam, Azmin di depan dengan dengan majoriti 1,619 undi. Beliau mendapat keseluruhan 5,027 undi diekori Zaid dengan 3,408 dan Mustaffa pula 1,197 undi.

Ini bermakna, walaupun Sabah dianggap banyak pihak sebagai kubu kuat Zaid, Azmin membuktikan berjaya memperoleh peningkatan majoriti sebanyak 1,001 undi hari ini.

Bagaimanapun, menurut sumber dalaman parti, terdapat perbezaan kecil daripada jumlah angka yang mana Azmin dikatakan mendapat 6,502 undi, Zaid mendapat 3,973 dan Mustaffa pula sebanyak 1,208 undi.

Berdasarkan sumber ini, Azmin di depan dengan majoriti besar 2,529 undi.

Bagaimanapun, dalam kehangatan pemilihan berdasarkan konsep '1 anggota 1 undi' ini, makin banyak muncul dakwaan salah laku dalam proses pemilihan ini. Kesemuanya dinafikan PKR.

PKR dijadual mengumumkan keputusan rasmi pemilihan untuk minggu ini dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu tengah hari esok.

Berikut keputusan mengikut cabang:

Tawau Azmin (553), Zaid (4), Mustaffa (0)

Sepanggar Azmin (114), Zaid (49), Mustaffa (10)

Sipitang Azmin (83), Zaid (65), Mustaffa (1)

Putatan Azmin (28), Zaid (112), Mustaffa (2)

Beluran Azmin (9), Zaid (37), Mustaffa (0)

Kota Marudu Azmin (173), Zaid (65), Mustaffa (2)

Tuaran Azmin (178), Zaid (74), Mustaffa (4)

Tenom (311), Zaid (4), Mustaffa (0)

Pensiangan Azmin (49), Zaid (87), Mustaffa (0)

Sumber: Malaysiakini

3 ulasan:

  1. Akhirnya, saya berharap peminat-peminat taksub Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai pengacau dalam usaha menuju Putrajaya.

    Diatas antara apa yang Zaid Ibrahim sebut.

    PKR ini dah hampir 10 tahun berada dalam dunia politik Malaysia.Banyak yang mai dan banyak yang dah pi.Yang pi sebelum ini pun bukan calang calang kaki,tapi PKR masih macam tu juga,kalau ada kudis pun cepat disapu ubat .
    Kalau setakat 18 bulan dalam parti,jangan nak tunjuk hero.Kalau nak belah,eloklah belah sekarang.Ada pun semacam mengalas biawak hidup.
    Aku juga tertipu dengan lagak Zaid Ibrahim,ingatkan manusia yang disokong penuh pada PRK Kuala Selangor ni ada nilai,rupanya sekupang pun tak ada guna.
    Mujurlah banyak ahli PKR cepat sedar.Kalau dibiarkan Mamat ni menang Timbalan Presiden,percaya PKR akan dihancurkannya.Mungkin ada yang tak nampak lagi punca Zaid ni beria ia mau Anwar bertanding sebagai Presiden.Niat dia bolih dibaca.Kalau Anwar masuk kedalam,dialah sebagai kemudi PKR andaikata dia menang Tim Presiden.
    Kalau ada lagi yang nak belah bersama dengan Zaid,harap lakukan sekarang.Bolih PKR atur strategi bersama Pakatan tanpa idea kacau bilau daripada depa depa yang hari hari berubah cakapnya.
    *aku penyokong Anwar.

    BalasPadam
  2. pemilihan syok sendiri..calon letak diri sendiri, undi pun utk diri sendiri dgn beli kertas undi byk2..

    mcm AFUNDI la pulak..

    BalasPadam
  3. rupanya ada juga orang yang celek IT tapi buta hati.atau celek IT hanya tau buka dan tutup laptop,laman yang nak layar orang tolong cari.pasai tu lah jadi macam tanpa nama 12:42 ni.

    BalasPadam