Ahad, 7 November 2010

HUJAH SAIFUDDIN LEBIH BERFAKTA DARI BLOGGER HUTAN

Oleh: WFAUZDIN NS

BERANI. Itulah yang boleh saya katakan pada SU Agung PKR, YB Saifuddin yang telah menjelaskan persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa Blogger berkaitan pemilihan parti. Saifuddin berjaya menjawabnya dengan baik termasuk dakwaan oleh Blogger Harris yang langsung gagal bawa bukti setakat ini.

Saya juga tidak selesa bila Saifuddin menyebut masih ada kertas undi pemilihan yang tersimpan walaupun sepatutnya telah dilupuskan. Maka, Saifuddin mesti mengambil tindakan segera dan siasat ke mana kertas undi tersebut dibawa, atau untuk apa ianya disimpan. Penjelasan Saifuddin bahawa setiap kali pemilihan diadakan, pengiraan undi mesti dilakukan di hadapan wakil calon adalah satu perkara yang boleh mengelakkan parti dituduh tidak berlaku adil. Mengapa tiada laporan dibuat jika ada penyelewengan seperti dakwaan menjual undi itu? Mengapa tidak dilaporkan oleh agen calon, menapa Blogger dari hutan mana yang datang buat kecoh?

Saya harap pemilihan PKR kali ini kununnya diatur oleh tangan Azmin dan Anwar tidak bertukar menjadi pemilihan yang diatur oleh tangan Blogger hutan tersebut. PKR mesti berani menjawab hujah, biar mereka dakwa seribu cerita lagi./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. yg bisingnya blogger pro zaid sedangkan blogger umno dan akhbar umno langsung tak ambil tahu hahahaha

    BalasPadam
  2. apa-apa pun dah jelas sekarang anwar dan saifuddin tidak layak untuk memipin pkr lagi apabila dilihat telah tidak berkecuali.

    kertas undi yang ribu-ribu tak digunakan tu dilupuskan. berapa banyak pembaziran dilakukan setiap minggu jika yang hadir mengundi hanya 10%?

    yg hairan apa pasal saifuddin yg sibuk2 jawab? mana pergi Molly yg jadi ketua jpp?

    dah jadi boneka macam puan presiden jugak?

    BalasPadam
  3. bila pulak anwar dan saifudin jadi presidentjadi president yg ditugaskan untuk memimpin??....

    kalau ramai ramai jawap....siapa yg menjawap?...

    kalau puan president boneka..kenapa nak suruh anwar dan saifudin dikatakan mesti layak memimpin??...

    ko paham tak apa yg ko tulis tu???..

    ada aku kisah???

    nampak gaya.. muiyidin berpeluang jadi PM secara hussein onn.....!!!

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  4. Kalau yg bising tu blogger hutan, yg ni blogger apa?

    BalasPadam
  5. ni blogger binatang

    BalasPadam