Selasa, 30 November 2010

KELIRU AKU DENGAN CUCU MAT KILAU.....

Kenapa perlu berbolak balik?

Cucu Mak Kilau, salah seorang editor blog Pahangdaily 'akan' menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar tersebut memfitnahnya keluar parti sedangkan beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil berkenaan.

Cucu Mak Kilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd. Ramli pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya lalu di Dun Kemayan, Pahang.

Sebelum ini CMK ada menyebut 'akan' keluar parti PKR atas berberapa alasan yang malas saya nak ulas di sini. Ramai sangat pimpinan PKR yang semacam 'akan' keluar parti di atas dasar tak puas hati dengan parti. Saya pun tak tahu apa sebenarnya dia orang nak pada parti dia orang.

Setahu saya PAS juga ramai pimpinan tak puas hati dengan parti. Tapi taklah main 'akan' - 'akan' keluar parti. Mereka diam-diam aje dan sambil menjalankan aktiviti secara 'senyap-senyap'.

Kalau ada pun yang bising dalam PAS, itu mesti jenis tak bayar yuran keahlian PAS. Seperti Tulang Besi, ooi dia ni nak saman parti. Tubunh Tabung Guaman. Akhir cerita, duit tabung RM10 ribu lebih lesap entah ke mana. Tak ada audit juga. Saya pun tak tahu ada sesetengah pembaca blog si Tulang Besi buat tak kisah duit Tabung Guaman ini.

Saya rasa engkau orang dah faham apa aku nak kata kepada CMK yang pernah mengemparkan masyarakat internet kerana mencium DS Anwar dikhalayak ramai.

Pasal blognya (PahangDaily) diserang virus pada 10.00 PM 25 Nov 2010 ini pun satu lagi lawak. Saya yang tak ada asas IT pun rasa macam nak tergelak aje. Buatlah lawak lain.

Virus pun dapat bagi amaran. Baik punya virus.


Saya hairan apa pasal, link ini akan ke laman PASPAHANG.ORG?


Tapi kalau engkau orang buka source codenya, engkau orang akan tahu 'silap mata' sebalik kejadian yang ada.

Klik supaya besar dan boleh baca source codenya.

Orang berniaga biasanya 'declare' bangkrap jika tak boleh bayar hutang. Tak tahu apa muslihat http://pahangdaily.blogspot.com/ dalam hal ini./BatuApi

2 ulasan:

  1. salam tuan, benar tu, byk penyelewengan tak kira PKR at Pas, kalau ahli tidak diterapkan ttg tarbiah perjuangan, maka dunia lah tujuan utamanya. moga persengketaan ahli PKR dijadikan pgjaran..kukuhkan perpaduan PR!

    BalasPadam
  2. Salam Tuan, nak cari pasal nampak? Kenapa nak pertikai pasal blog PDO diserang... sengaja cari isu nampak?... memo yg keluar tu memang "pop up alert" oleh PDO utk maklum kpd pembaca kami diserang.... Kami pun tidak tahu mcm mana boelh keluar PASPAHANG.ORG?.. kami masih mencari siapa yg pakar utk perbetulkan keadaan.. Ttg soal keluar PKR.. kenapa CMK perlu declare sbb x mahu disalah anggap .. CMK bukan ahli biasa mcm org lain.. "Akan keluar PKR" maknanay CMK dah buka ruang perbincangan utk dptkan komen dari semua pihak. Kenapa tuan nak pertikaikan.. Tn nak CMK terus keluar mcm Ezam ker? Tiba2 jer... So harap tuan tarik balik artikel ini atau?..."jangan diusik sarang tebuan" OK. Buat keje tn betul2... Salam Perjuangan

    BalasPadam