Rabu, 24 November 2010

MENGAPA SALAH ANGGAP MAKSUD `PENGKHIANAT' OLEH AZMIN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG benar Azmin ada menyebut akan mengambil tindakan mengusir `pengkhianat-pengkhianat' parti selepas kongress PKR ini nanti. Isi ucapan Azmin boleh didengar melalui youtube dan tersiar juga di dalam media parti termasuk di dalam Malaysiakini.

Saya menyokong sepenuhnya agar `pengkhianat' parti diusir keluar dari PKR sepertimana Zaid yang lebih awal sedar siapa dirinya. Azmin tidak menganggap semua penyokong Zaid, penyokong Sdr Mustafa Kamil ataupun penyokong Chegu Bard adalah pengkhianat. Tiada di dalam ucapan beliau. Beliau menyebut `pengkhianat' itu adalah merujuk kepada orang yang berperangai seperti Zaid Ibrahim, bukan penyokong Zaid.

Pengkhianat yang dimaksudkan oleh Azmin pada pandangan saya adalah mereka yang menggunakan saluran `haram' seperti Utusan atau TV3 bagi meluahkan perasaan, kritikan atau kecaman kepada pemimpin parti dan parti sendiri. Jelas mereka ini bersekongkol dengan media yang tidak pernah pandang baik kepada PKR untuk menjahanamkan parti sendiri demi kepentingan mereka. Itulah pengkhianat yang pada pendapat saya Azmin ungkapkan.

Mustahil Azmin begitu bodoh untuk menyingkirkan penyokong-penyokong Zaid, penyokong Mustafa Kamil ataupun penyokong Chegu Bard atas alasan `pengkhianat', kerana mereka semua mewakili majoriti di dalam parti. Mereka tidak bersalah kerana mengamalkan demokrasi memilih pemimpin yang mereka suka. Yang jelas pengkhianat itu adalah Zaid serta beberapa orang yang sengaja mendedahkan diri mereka kepada media milik Umno bagi mengkritik parti.

Seperti kata DS Anwar, beliau boleh terima kritikan tetapi tidak boleh terima orang yang `memberi makan atau peluru' kepada musuh parti iaitu media pencacai milik Umno itu. Justeru itu, tidak perlu gusar sekiranya kita bukan dari manusia yang berperangai seperti Zaid. Sama juga dengan sesiapa yang mengikuti perhimpunan anjuran Jenapala yang bukan ahli parti itu berhimpun serta menggunakan TV 3 dan Utusan untuk serang parti. Inilah yang Azmin patut singkirkan.

Seandainya benar, Azmin akan singkirkan juga para penyokong Zaid, Mustafa atau Chegu Bard tanpa alasan yang kukuh, bagi saya bukan mudah buat Azmin. Di dalam kepimpinan PKR sekarang pun bukan semua orang Azmin, dan Azmin tidak berkuasa membuat keputusan bersendirian. Tambahan pula, Azmin sedar adalah satu `penyakit' buat dirinya jika beliau bertindak bodoh seperti itu.

Terima atau tidak, Azmin tetap mempunyai penyokongnya yang ramai. Begitu juga, setuju atau tidak, bukan sedikit yang tidak menyukai Azmin. Maka, jalan terbaik bagi Azmin adalah menunjukkan bahawa beliau adalah pemimpin yang boleh menyatukan semua bukan di bawahnya tetapi di bawah parti itu sendiri. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. AMAT SETUJU DAN DIPERSETUJUI. pkr BUKAN SEBUAH PARTI YANG SUKA-SUKA NAK BUANG ANGGOTANYA KECUALI ANGGOTA ITU SENDIRI MOHON DIRINYA DIBUANG BERDASARKAN TINGKAH LAKUNYA YANG TERSASAR DARI LANDASAN PRINSIP PERJUANGAN.

    YB AZMIN LAKUKAN SESUATU YANG TERBAIK DEMI UNTUK KEBAIKKAN.

    BalasPadam
  2. betul tu...masing2 ada penyokong masing2...itu la demokrasi...cuma kena la bersifat terbuka...sama2 berjuang untuk rakyat...itulah tujuan utama...berkhidmat untuk rakyat...bukan rakyat berkhidmat untuk anda...kalau tak... baik jangan jadi pemimpin...

    BalasPadam