Jumaat, 5 November 2010

PAS TEWAS BUKAN SALAH PKR, PKR TEWAS PUN BUKAN SALAH PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca satu artikel daripada seorang rakan dalam blognya ini, saya amat bersetuju dengan kata-kata nasihat beliau agar semua pemimpin dan penyokong PR bermuhasabah dan mengambil pengajaran daripada kekalahan PR di Batu Sapi dan juga di Galas. Itulah sebaik-baik tindakan apabila kita ditimpa musibah atau pun ujian.

Namun demikian, di akhir artikelnya terdapat nota yang berbunyi, * Mungkin ada eloknya Justify FullPKR banyak bermuhasabah akan tindak-tanduk mereka. Kerana jelas bahawa mereka punca utama kekalahan PR ini..

Penulis blog berkenaan mengulas tentang kekalahan PAS di Galas, tetapi menyalahkan PKR terhadap kekalahan PAS di situ tentulah tidak masuk akal sama sekali. Bagaimana pula jika PKR yang tewas di Batu Sapi mendakwa mereka tewas kerana PAS? Saya tidak faham di mana beliau ambil fakta yang menunjukkan PKR menjadi punca kekalahan PAS di Galas. Perbuatan menuding jari sesama sendiri sebenarnya bukan cara bijak untuk menewaskan Umno/Bn. Bermuhasabah tidak bermakna jika jari kita awal-awal lagi menuding ke arah pihak lain jika kita gagal.

Terlalu banyak sebenarnya faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan PAS di Galas, begitu juga PKR di Bt Sapi. Memang PAS ada kelemahan begitu juga dengan PKR, tetapi kita jangan lupa dengan amalan demokrasi di negara kita ini, dengan tingkah laku SPR, pihak media juga tidak boleh kita lupakan sebagai penyumbang besar. Rendahnya nilai diri sebilangan pengundi yang termakan dengan segala umpan pihak mereka juga faktor yang tidak boleh kita ketepikan begitu sahaja.

Sehubungan itu, marilah kita bermuhasabah diri tidak kira samada PAS, PKR atau DAP agar kita lebih arif tentang strategi menentang Umno/Bn di masa-masa akan datang. Kita tidak lagi mampu untuk selama-lamanya dipermainkan oleh corak demokrasi yang diamalkan oleh mereka. Di samping itu, segala kelemahan yang datangnya dari kita sendiri juga harus dikenal pasti dan diperbaiki segera. Tahniah kepada semua jentera PAS dan PR, serta semua pengundi di Bt Sapi dan di Galas./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Merenung kelemahan sendiri adalah satu jawapan terbaik jika PAS(Pakatan)ingin mencari sebab kenapa ia terus gagal dalam beberapa PRK kebelakangan ini.
    1.Kita telah hampir melupakan sama sekali semangat BERSIH.Ternyata BERSIH terus ditinggalkan olih mereka yang telah mendapat sedikit sebanyak faedah dari nya.
    2.Kemenangan Pakatan selama ini bukan disebabkan ianya kuat tetapi lebih banyak bergantung pada kelemahan BN(UMNO) sendiri.
    Dikala UMNO-BN berusaha mengenal pasti kelemahan dan dicampur muslihat politik yang memang dapat dibaca olih Pakatan,namun tiada tindakan konkrit dibuat untuk mengatasinya.Contoh terbaik dalam PRK Galas,pengiraan undi peti undi orang asli tidak dilakukan di tempat mengundi tetapi dibawa "dengan selamat" ketempat pengumpulan undi.Malah Pakatan masih syok sendiri dengan nostalgia kemenangan yang mungkin berbentuk kemenangan sementara.
    3.Ribut dalaman (terutama PKR)diperbesarkan(termasuk olih blogger Pakatan)sehingga ia menampak kudis yang sepatutnya dilindongi.Memang benar yang bertanding adalah PAS,tapi harus diingat PKR mempunyai saham didalamnya.
    4.Strategi yang dianggap terbaik tetapi ada pemerhati melihatnya strategi paling "teruk" juga dilakukan kali ini.Menawar wang sebagai wang pengangkutan pulang mengundi meniru amalan UMNO-BN ternyata memakan diri.Sebelum ini konsep ini juga diamalkan tetapi tiadalah terdedah semacam sekarang.
    5.Diulangi sekali lagi,selagi roh dan semangat BERSIH dilupakan,kita hanya berangan angan memasang impian ke Putrajaya.

    BalasPadam
  2. PR tidak akan terlawan kekayaan yg dimiliki BN, kunci peti besi kazanah negara di tangan BN, berdakwahlah kepada rakyat setiap masa supaya rakyat membuka mata. Lihat bencana banjir di Kedah, segala cukai dikutip kerajaan persekutuan tetapi yg disalahkan kerajaan negeri tidak membantu rakyat. Beginikah sifat kerajaan BN yg dikatakan adil kepada rakyat ...

    BalasPadam