Rabu, 3 November 2010

PELIK, DR ASRI SARANKAN ANWAR BERSARA DARI POLITIK TEPAT WAKTU DENGAN PRK BATU SAPI DAN DUN GALAS

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

PASAL Dr Asri lagi. Ramai Blogger Pro PR `terasa hati' dengan saranan Dr Asri agar DS Anwar berundur dari politik. Tanpa hujah dan alasan yang kukuh diberikan oleh Dr Asri untuk kita boleh menerima saranannya itu. Menakjubkan kita, saranan Dr Asri ini dibuat apabila baru-baru ini beliau baru sahaja menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Lebih menarik lagi, saranan itu juga dibuat tatkala PAS dan PR sedang bergelut dengan dua PRK iaitu di Batu Sapi dan di Galas.

Amat tepat dengan masa saranan itu keluar dari mulut Dr Asri. Kita selama ini menyanjung Dr Asri apabila beliau mengkritik kerajaan Bn atau Umno kerana ada hujahnya yang tepat dan kita pun tahu memang wajar Umno/Bn itu dikritik, bahkan wajib ditumbangkan. Umno/Bn sentiasa mengekal dan menambahkan kemungkaran sepanjang mereka berkuasa. Tanpa Dr Asri kritik pun kita tahu kisah Umno/Bn ini.

Tapi kali ini apa hujah Dr Asri membuat saranan agar DS Anwar berundur dari politik? Kerana tokoh tersebut sedang bergelut dengan kesnya sekarang? Saya mahu tahu semenjak bila DS Anwar tidak pernah bergelut dengan fitnah setelah beliau `murtad' dari Umno? Saya mahu tahu juga, ketika DS Anwar difitnah, dianiayai, dizalimi dan dipenjarakan dahulu, di mana Dr Asri waktu itu? Beliau telah berada di kerusi Mufti Kerajaan Perlis yang diperintah oleh Umno.

Setelah DS Anwar dibebaskan, beliau bangkit berjuang dan berganding bahu dengan PAS dan DAP untuk menentang kezaliman Umno/Bn. Hasilnya, kejayaan PR yang dipimpin oleh DS Anwar berjaya memerintah beberapa negeri dan menghilangkan 2/3 majoriti Kerajaan Bn. PR kini mensasarkan Putra Jaya pula, tiba-tiba Dr Asri minta DS Anwar berundur. Sekali lagi mahu tanya, sebab apa?

Mengapa Dr Asri tidak sarankan Najib yang memimpin negara ini bersama Rosmah untuk berundur? Najib pernah bercita-cita untuk bawa masuk lesen judi sukan Piala Dunia, bekerjasama dengan APCO, dan terbaru ingin jadikan negara ini `Hub Hiburan'. Rosmah pula menjadi Penaung Festival Busana Islam yang sesat itu. Mengapa Dr Asri tidak syorkan agar Najib berhenti dahulu sebelum mahu menyarankan DS Anwar berhenti? Apa motif beliau?

Jika Dr Asri mengkritik DS Anwar kita boleh terima, bahkan beliau boleh kritik Mursyidul Am atau Presiden PAS sekalipun. Tetapi Dr Asri tidak mengkritik, beliau terus menyarankan DS Anwar berhenti dari politik. Itu kita tentang kerana Dr Asri gagal kemukakan hujah bernas mengapa DS Anwar perlu berundur. Ada rakan yang mendakwa, ini satu perancangan pihak tertentu untuk menggunakan Dr Asri yang kununnya berkecuali dalam politik untuk `menjatuh'kan imej DS Anwar di mata rakan-rakan sekutu PR terutamanya dari PAS. Perancangan mereka ini harus bermula ketika PR sedang menghadapi PRK di Batu Sapi dan di Galas. Betul atau tidak, biar Dr Asri yang jawab./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. bila terkena tepat kat muka fuckatan, go to hell Dr Asri..

    mmg pantang kena kritikan la fuckatan ni..

    kata demokrasi la, keadilan la..keadilan utk ANWAR yg diperjuangkan..kah kah kah..

    BalasPadam
  2. biasale kalu dulu mufti pekak la nii si asri pun same sebab nak idup dlm kerajaan Babi Negara

    BalasPadam
  3. ulasan yang memuji sahaja yang bolih diterima walau pun pujian itu akan melingkupkan pakatan.inilah perinsip yang digunapakai olih depa depa yang diberi otak tapi tak guna.
    woi mana yang bahlol
    sebenarnya kalau Dr Asri mau jawatan,Khir Baharom sekarang bukan menterilah jawapnya.
    bila dia tembak umno,hampa gelak sakan dan kata betui betui apa yang Dr Asri kata.Tapi bila dia cadang apa yang dia nampak elok,hampa jadi macam orang gila.
    Dia cadang Anwar keluak tu pasai dia sayang kat Anwar.Dia tak mau Anwar sengsara di hina sepanjang masa.Bukan macam hampa,nak Anwar mampus untuk capai cita cita hampa

    BalasPadam
  4. Ada lojik ke Dr Asri nk selamatkan Anwar, maka Anwar kena berhenti? Bodoh punya hujah. Ingat kalau Anwar berhenti politik, maka kes dia ditarik? Itu lah janji Mahathir sebelum Anwar dipecat dulu. Tapi Anwar tetap lawan sebab dia tahu dia tak bersalah. Kalau Anwar berhenti politik sekarang, dan katalah kesnya ditarik balik, maka lagi terang nyata Anwar bersalah sebenarnya. Rakyat akan pandang hina pada Anwar walaupun dia dibebaskan dari tuduhan tersebut. Biar Anwar terpenjara, asalkan dia melawan fitnah terhadapnya. Ingat Anwar semurah itu untuk jual prinsip? Dr Asri silap org....

    BalasPadam