Selasa, 2 November 2010

PEMILIHAN PKR - MENGAPA SILAP KEMASUKAN DATA ?

Oleh: Mandor

MELEGAKAN, YB Azmin masih mendahului undian bagi jawatan Timbalan Presiden PKR setakat berita ini. Awalnya, dikatakan Dato Zaid meninggalkan YB Azmin sekitar 500 undi, tetapi di dalam sidang media terkini oleh Setiausaha Agung PKR YB Saifuddin, menyebut sebenarnya YB Azmin yang mendahului sekitar 500 undi. Kesilapan awal dikatakan kerana kesilapan kemasukan data.

Di dalam pemilihan besar di dalam parti seperti ini mengapa berlaku kesilapan sedemikian? Adakah petugas di bawah Setiausaha Agung tidak terlatih di dalam menguruskan kemasukan data? Ini bukan kesilapan kecil, kerana pemilihan di dalam PKR kini menjadi tumpuan seluruh negara hatta dunia luar juga memantau perkembangan pemilihan kali ini. Jangan ada tuduhan `sabotaj' atau konspirasi akibat kelemahan petugas seperti ini. Jika perlu, keluarkan petugas yang bertanggungjawab tersebut kerana memalukan parti.

Tidak hairan nanti, media pencacai akan mengambil peluang di atas kelemahan seperti ini. Maka, Setiausaha Agung perlulah menjawabnya.

1 ulasan:

  1. keh keh keh...kesilapan kew? yg pemilihan aritu pun yg sampai baling2 kerusi, bertumbuk2 yg hampir kesemua geng2 jburi kena tendang tu pun kesilapan la jugak ya?

    keh keh keh! Politik Liwat PKR>> main belakang aje keje nye..

    BalasPadam