Isnin, 22 November 2010

RAYUAN KEPADA PIMPINAN PKR - JANGAN HAMPAKAN AHLI YANG SETIA KEPADA PARTI

Oleh: WFAUZDIN NS

WAKTU Pemilihan di dalam PKR telah pun berakhir semalam. Mungkin kita sudah pun tahu secara tidak rasmi siapakah pemenang bagi kesemua jawatan MPP terutamanya jawatan panas iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua AMK dan Ketua Wanita. Keputusan rasmi dikatakan akan diumumkan pada Kongres PKR tidak beberapa hari lagi.

Satu bala' telah selesai apabila Dato Zaid Ibrahim mengumumkan akan keluar dari PKR berkuatkuasa 16 Dis nanti, suatu tarikh yang terlalu lama bagi kita menanti untuk meraikannya. Apakah semuanya sudah selesai di dalam PKR? Sudah tentu jawapannya tidak, kerana PKR mesti membersihkan imej parti yang dilihat agak tercalar sepanjang tempuh pemilihan kali ini. Jika `kekotoran' yang dikatakan masih melekat di dalam PKR sekarang tidak dibersihkan nescaya ianya akan membawa penyakit ke dalam parti.

Isu utama yang perlu difokuskan oleh kepimpinan parti adalah isu berkaitan pemilihan yang julung kali diadakan secara `satu ahli, satu undi' ini didakwa berlakunya penipuan, penyelewengan dan ketirisan. Sekiranya terdapat kelemahan dari segi teknikal, mungkin kita boleh menerimanya memandangkan kaedah pemilihan ini julung kali diadakan dan parti tidak mempunyai pengalaman melaksanakan pemilihan seperti ini. Tetapi, sekiranya pemilihan kali ini dibuktikan berlakunya penyelewengan, penipuan, ketirisan atau salah guna kuasa oleh pihak yang bertanggungjawab, maka pimpinan wajib memikirkan apakah tindakan yang boleh dilakukan agar ahli-ahli masih yakin dan percaya kepada parti ini.

Saya yakin, majoriti ahli tidak mahu calon yang mereka sokong menang akibat penipuan melainkan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi tertentu. Sebab itulah wajar bagi parti menyiasat seadil-adilnya ke atas semua dakwaan yang dikemukakan tanpa prejudis. Setakat ini majoriti ahli masih setia dengan parti, tetapi kesetiaan mereka kepada parti bukan bererti mereka menyokong segala penipuan atau salah laku.

Kita tidak mahu jaminan demi jaminan diberikan oleh Ketua Umum, Presiden mahu pun oleh Setiausaha Agung untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas semua dakwaan yang dikemukakan. Kita mahu parti melaksanakannya dan dihebahkan secara terbuka kepada semua ahli apakah tindakan dan hasil siasatan yang telah dijalankan. Saya yakin, sekiranya penjelasan yang diberi itu ikhlas dan bertanggungjawab, sudah pasti kita semua redha dengan apa jua keputusan parti.

Biarkan beberapa puak itu berhimpun di hadapan TV 3 dan diberi liputan meluas oleh media pencacai Umno kununnya memprotes pemilihan yang telah diadakan, PKR harus fokus kepada tanggungjawab iaitu amanah kepada semua ahli-ahli yang setia ini. Ahli-ahli yang setia tidak mengharapkan TV3 atau Utusan Malaysia untuk mengadu nasib mereka. Mereka masih yakin parti akan membela mereka dan bukannya media pencacai yang tidak pernah jujur terhadap parti ini. Apakah parti tergamak mengecewakan ahli-ahli yang setia ini?

Mudah-mudahan pimpinan diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran seperti ini. Berikhtiarlah sebelum kita terlambat kerana bukan mudah untuk menyatukan ahli setelah mereka sendiri hilang keyakinan kepada parti. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. salam,
    apabila pemilihan selesai, jangkaan pula menjadi, nada-nada yang keji pun tak berapa kedengaran dalam blog ini lagi. begini pula bunyinya:
    "Mudah-mudahan pimpinan diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran seperti ini. Berikhtiarlah sebelum kita terlambat kerana bukan mudah untuk menyatukan ahli setelah mereka sendiri hilang keyakinan kepada parti."
    alangkah bagusnya!

    BalasPadam
  2. Penipuan akan berterusan!!!!!
    Selagi Pucuk Kepimpinan tertinggi yang cukup terkenal kerana kepandaian dalam melakukan penipuan tidak dijatuhkan, selagi itulah penipuan akan berterusan!!!!!

    Nasib badanlah!!!! Bukan salah ibu mengandung!!!!

    Boleh kah kalau saya katakan "PADAN MUKA HANGPA SEMUA"

    BalasPadam
  3. mereka yg cuba berdolak-dalih tentang penipuan yg dilakukan olih azmin ali dan koncu2nye boleh merosakkan parti. Ingat! ini bukan parti anwar, azmin atau saifuddin...ini parti RAKYAT!!!
    ingat, rakyat memerhati dari jauh betapa buruknya sikap2 org2 atas didlm PKR. Even anwar sendiri campurtangan secara terang dlm memilih calon pilihannye...bapak apa mcm nie...
    Ini bukan soal emosi atau tidak, ini soal KETELUSAN dan KEADILAN!!!

    BalasPadam
  4. Merayulah kau wahai pecacai. Lepas ni khidmad penulis blog mcm kau tak diperlukan lagi. Kalau dpt putrajaya, lagi kau tak diperlukan sb pkr dah dptmenguasaiutusan dan tv3 suku. Maka jadilahblog kau ni HAMPAS atau SAMPAH mcm yg disebut oleh syed husin. Inilast aku masuk blog kau. Lepas ni bye2. Kau syok sendirilah dgn menyokong azmin & anwar.

    BalasPadam