Selasa, 9 November 2010

TABIK BUAT SDR MUSTAFA KAMIL, PKR MESTI PEKA DENGAN ADUAN

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Zaid menyatakan untuk menarik diri dari bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, maka tentunya kita mengandaikan Sdr Mustafa Kamil Ayub juga akan bertindak sedemikian. Namun, diberitakan Sdr Mustafa Kamil telah mengambil langkah bijak apabila mematuhi tatacara yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap etika pemilihan parti yang sedang berlangsung sekarang.
Justify Full
Saya tidak mahu mengulas adakah curahan rasa dari Sdr Mustafa Kamil itu benar atau tidak kerana kita tidak mengetahui apakah yang beliau ketahui. Cuma, cara beliau yang tidak terburu-buru atau cepat merajuk itu amat saya kagumi. Justeru itu, tidak salah selama ini saya selalu menyebut jika ahli-ahli PKR tidak yakin dengan Azmin, Sdr Mustafa Kamil adalah pilihan yang wajar untuk mereka pilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Dan tentunya bukan Zaid kerana dari awal pertarungan Zaid tidak menampakkan jati dirinya sebagai pejuang yang tahan menempuh dugaan.

Saya amat gembira apabila Sdr Mustafa Kamil bercadang untuk membawa aduan tentang salah laku pemilihan kali ini kepada Presiden parti dan juga kepada pihak JPP. Jika benar PKR adalah parti yang jauh berbeza dari Umno, maka PKR wajib menyiasat aduan tersebut dengan telus dan mendedahkan hasil siasatan secara terbuka. Seandainya PKR gagal menyiasat aduan yang dikemukakan, PKR pasti akan bertanggungjawab sekiranya tiada lagi pemimpin yang mempunyai jati diri, pejuang yang ikhlas dan bertanggungjawab di dalam parti.

Syabas kepada Sdr Mustafa Kamil yang tidak terikut-ikut dengan rentak Zaid. Pucuk pimpinan PKR mesti peka dengan apa yang berlaku. Seandainya memang terbukti benar terdapat salah laku seperti yang dilaporkan, tidak rugi jika PKR mengadakan pemilihan semula secara adil dan penuh berhemah. Mereka yang dikenalpasti cuba mensabotaj parti dari dalam mestilah diambil tindakan tegas, hatta Ketua Umum sekali pun./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. PKR adalah parti Anwar Ibrahim.Kalau ada yang kata ,Anwar Ibrahim tidak penting,tetapi parti yang lebih penting,sepatutnya dia kena belajar lagi ilmu politik.
    Sokongan pada Anwar bermula daripada keaiban yang diterimanya.Kemudian baru muncul pengikut idealismanya.
    Seratus Zaid Ibrahim pun pergi,tidak akan ada yang mengikutnya kecuali depa depa yang satu nada dengan Zulnordin.Tetapi jika hari ini Anwar meninggalkan PKR,esok hari PKR bolih dibaca talkinnya.
    PKR tidak hidup kerana Wan Azizah,juga bukan kerana Nurul Izzah.Undi tertinggi yang Nurul Izzah dapat bukan kerana susuk tubuh Nurul Izzah tetapi kerana ada Anwar didalam namanya.Apalah ada pada kepimpinan Wan Azizah hingga dikekalkan menjadi Presiden PKR kalau dia bukan isteri kepada Anwar.
    Jesteru samada ia dikatakan anak emas atau apa saja yang hendak disebut,sesiapa yang punya idealisma tersendiri tanpa menghiraukan idealisma puak asal penyokong Anwar,idealismanya hanya akan tinggal idealisma.
    Terlalu banyak mereka yang mahu PKR dimusnahkan,Pakatan juga akan terima tempiasnya.Olih itu penyokong asal Anwar wajib dimusnahkan.

    BalasPadam