Ahad, 14 November 2010

TINDAKAN TEGAS KEPADA YANG MENYALAHI ETIKA PEMILIHAN - DS WAN AZIZAH

Presiden PKR 'arah' henti kritik sama sendiri
Nov 13, 10

Ekoran, 'kontroversi' dalam pentadbiran pemilihan PKR, presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan pemimpin parti itu supaya mengelakkan kritikan peribadi sesama sendiri.

Menurutnya, ini kerana perkara sebegitu hanya akan "membuka ruang kepada musuh".

"Apa yang berlaku ini merupakan proses mematang dan memantapkan parti.

"Kita yakin ini akan menatijahkan semangat dan kekuatan baru kepada ahli dan parti," katanya yang menang tanpa bertanding sebagai presiden dalam pemilihan langsung kali pertama itu.

Dalam satu kenyatan hari ini, Wan Azizah (kiri) memberi jaminan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR dan beliau sendiri akan memberi perhatian serius terhadap kritikan yang dibuat melalui perbagai cara.

"Bahkan kita telah pun memulakan tindakan dan tumpuan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan," katanya.

Semalam, Pengerusi PJR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman menyerahkan Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia bertarikh 10 November 2010.

Resolusi enam perkara itu berkaitan perjalanan pemilihan pimpinan parti yang sedang berjalan.

Wan Azizah juga menyifatkan tindakan menyerahkan resolusi itu merupakan proses yang baik mengikut saluran yang tepat dan menunjukkan kematangan anggota dalam menangani isu-isu berbangkit/Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan