Jumaat, 12 November 2010

YB NURUL BENCI PENIPU, SAYA PUN MELUAT DENGAN PENIPU, TAPI SIAPA PENIPU ITU?

Oleh: WFAUZDIN NS

Dalam Rapat Umum Anak Muda yang dianjurkan oleh Chegubard di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur baru-baru ini.. YB Nurul Izzah berkata "Saya bukan benci Azmin, saya bukan benci Zaid, saya bukan benci Mustaffa, saya bukan benci Pak Lah, saya bukan benci Mahathir tetapi saya benci dengan PENIPUAN." (Petikan dari Anak Sungai Derhaka).

Ya, semua orang benci penipuan termasuk orang yang kaki menipu. Cuba tanya Si Penipu, pastinya dia juga tidak suka ditipu. Saya amat setuju dengan kata-kata YB Nurul Izzah itu. Saya cuba dalami apa yang tersirat di sebalik kata-katanya. Apa yang beliau maksudkan dengan penipuan itu? Saya fikir tentulah penipuan yang beliau maksudkan itu adalah berkaitan proses pemilihan di dalam parti sekarang. Adakah beliau percaya adanya penipuan?

Sekiranya ada, siapa pula yang menipu yang sudah tentunya YB Nurul Izzah akan benci malahan saya juga akan benci dan tuan-tuan semua pun pasti benci. Adakah Ketua Umum, ayahanda YB Nurul sendiri menipu? Atau Presiden iaitu bonda beliau kaki tipu? Mungkin juga Azmin dianggap menipu? Mustahilkah jika Zaid pun dikatakan menipu? Saya merasa lebih tepat jika ingin dilabelkan menipu tentulah JPP kerana badan ini yang mengendalikan proses pemilihan sekarang. Benarkah JPP menipu?

Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu menipu? Adakah kita boleh mengatakan seseorang yang bawa cerita kununnya pihak lain menipu sedangkan tiada bukti jelas dan nyata dibawanya, maka orang yang menuduh itu juga `penipu' besar? Bukankah menuduh orang lain tanpa bukti juga boleh dianggap menipu? YB Nurul juga tentu bersetuju jika saya katakan Saiful Bukhari banyak menipu untuk mengaibkan ayahnya. Jika YB Nurul setuju dengan pendapat saya, apakah asasnya beliau percaya? Tentulah kerana tiada bukti jelas dan nyata telah dibawa oleh Saiful, kecuali mungkin bukti-bukti yang direka. Saya bukan benci Saiful, tapi saya tidak suka penipuan apatah lagi fitnah.

Dalam hal ini, hati saya lebih tergerak untuk mengatakan bahawa pihak yang menuduh JPP atau sesiapa sahaja menipu itu adalah `penipu' juga kerana seperti yang disahkan oleh Pengerusi JPP sendiri di hadapan Sdr Mustafa Kamil bahawa tiada bukti kukuh disertakan. JPP telah berjanji untuk menyiasat jika terdapat bukti dan setakat ini masih belum ditampilkan bukti. Maka, tentulah sehingga ini JPP tidak boleh dikaitkan dengan penipuan. Jadi, siapa penipu? Saya juga tidak anggap keputusan YB Nurul bertanding sebagai Naib Presiden PKR sebagai penipu walaupun sebelum ini beliau ada berkata tidak akan bertanding apa-apa jawatan tinggi dalam parti.

Kesimpulannya, untuk mencari penipu tidak perlu bertanya kepada Si Penipu./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. dia ni kanyiak lagi.bagi memuaskan hati si nurul ni ,elok ahli yang belum buat undian bagi dia bungkus saja daripada naib presiden.dia tak sedak kah undi yang dia dapat sekarang hingga mungkin melayak dia jadi naib presiden hanya kerana dia anak Anwar.
    sorrylah,aku marah sunggoh,betoi betoi punya marah.memang aku marah pada zaid,si nurul ni aku lebih marah lagi pasai dia anak Anwar.sepatutnya diwaktu JPP buat keputusan yang bolih ditafsir kehendak majoroti,dia patut sokong bukan jadi barua kepada depa yang nak hancurkan PKR.

    BalasPadam