Rabu, 1 Disember 2010

APA SUDAH JADI DENGAN PERAK DI BAWAH ZAMBRY?

Kewangan negeri merosot lagi

IPOH – Kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu menyusut sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, sekali gus menunjukkan situasi membimbangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang di Parlimen, menunjukkan jumlah wang Kerajaan Negeri telah berkurangan dari RM774.57 juta kepada RM689.25 juta iaitu kemerosotan sebanyak 11 peratus.

Menurutnya, kerajaan negeri juga membentangkan bajet defisit tiga kali berturut-turut dalam tempoh 13 bulan sejak memerintah.

“Senario ini berbeza ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengumpulkan wang rizab RM774.57 juta untuk simpanan masa depan negeri.

“Bagaimanapun, sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih, menteri besarnya (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) telah mengemukakan bajet defisit RM23.89 juta pada 28 Oktober, disusuli satu lagi bajet pembekalan tambahan defisit RM80 juta pada 3 Ogos dan dijangka defisit ketika pembentangan belanjawan pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini kepada paras RM29 juta lagi,” katanya pada sidang media di Wisma DAP negeri di sini, semalam.

Kor Ming berkata, jumlah defisit kerajaan negeri dalam tempoh satu tahun mencapai RM131 juta.

Katanya, di bawah pemerintahan BN, Perak turut dilanda projek awam yang melibatkan belanja puluhan juta ringgit, tetapi terbengkalai, dinaiki semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.

“Apa yang mengejutkan antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai itu, sekurang-kurang lima projek melibatkan belanja RM5 juta berada dalam kawasan menteri besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor./Sinar

1 ulasan:

  1. NAMPAKNYA BN SEMAKIN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI.SIDANG DUN MENJADI HAMBAR LESU TIDAK BERMAYA.DEMOKRASI TIADA LAGI.SPEAKER SENDIRI TIDAK TAHU PERATURAN DEWAN DAN MENJADI 'BADUT' BN.TERLALU BERAT SEBELAH.MASALAH RAKYAT TIDAK DAPAT DIBAHAS.SAMPAI BILA BEGINI???

    BalasPadam