Isnin, 6 Disember 2010

AWANG SELAMAT PERCAYA `TUHAN' ITU BANYAK?

Oleh: WFAUZDIN NS

AWANG Selamat terus menulis walaupun setiap kali tulisannya dibaca, kita semakin tahu betapa jahilnya si Awang ini. Di dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam, Awang Selamat menulis tentang kenyataan Presiden PKR yang menyebut `Anwar adalah anugerah Tuhan'.

Soalan bodoh dari Awang adalah `siapakah Tuhan' yang dimaksudkan oleh DS Wan Azizah itu? Rupa-rupanya si Awang ini masih percaya `Tuhan' itu banyak, sebab itu dia bertanya DS Wan Azizah mana satu `Tuhan' yang disebut oleh DS Wan Azizah. Jika dia percaya Tuhan itu Esa dan Satu, mana mungkin si awang teragak untuk bertanya soalan sebodoh itu.

Kemudiannya, si awang ini pun bertanya kepada Saiful Bukhari (pemuda yang pernah tidak basuh dubur selama 3 hari), adakah Anwar `anugerah Tuhan' kepadanya? Soalan Awang kepada Saiful ini biarlah Saiful yang menjawabnya. Jika Saiful telah menjawabnya, saya akan ulas kemudian.

Memang releven jika akhbar pencacai di tempat Awang cari makan ini selalu rugi, kerana akhbar ini mempunyai orang sejahil Awang.

2 ulasan:

  1. tuhan tu "ALLAH", but "ALLAH" yg telah di'kristian'kan oleh khalid samad and juburi..

    so, itu jawaban kepada soalan awang selamat utk soalan tuhan yg mane satu..

    ko ni bengap sgt nape poden?

    BalasPadam
  2. Alahai kalau nak berpolitik pun jangan samapai tak reti beza antara serius dan sindiran. Mestilah semua orang Islam tahu bahawa tuhan itu Allah. Tapi saya rasa yang dia maksudkan secara tersurat daripada kata-katanya yang tersirat ialah " Macam mana dia boleh tahu Tuhan anugerahkan Anwar kepada rakyat? Takkan lah Allah yang beritahu dia. Lain lah para nabi memang Allah kata mereka itu rahmat"
    Kirenya ada apa2 sandaran dalam agama ke yang boleh DS Azizah kata Anwar itu anugerah daripada Tuhan.
    Melayu ni kan bahasanya indah. Suka berkias-kias.. hehe...

    BalasPadam