Rabu, 1 Disember 2010

BENARKAH DAP AKAN MENJADI TPM JIKA PR MENGUASAI PUTRAJAYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA tidak tahu samada benar atau tidak bahawa DS Anwar pernah memberi kenyataan bahawa sekiranya PR berjaya menduduki Putrajaya, maka TPM akan diisi oleh Pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Keraguan saya ini timbul kerana isu ini sudah lama dimainkan, dan ternyata ianya tidak benar apabila pemimpin PR menafikan pernah membincangkan isu tersebut. Kali ini, saya tidak mendapat maklumat samada benar atau tidak kenyataan dari Ketua Pembangkang itu.

Apa yang saya dapat maklumat bahawa Presiden PAS menyatakan bahawa isu TPM tidak pernah dibincangkan lagi oleh pimpinan PR setakat ini. Walau bagaimanapun, saya mempunyai pandangan bahawa sekiranya pemimpin DAP ingin dilantik sebagai TPM, maka sudah sewajarnya pemimpin PAS juga mesti diletakkan ke jawatan itu. Itu pun sekiranya DS Anwar ditabalkan menjadi PM. Begitu juga, jika pemimpin PAS dipilih sebagai PM maka sewajarnya juga TPM diisi oleh PKR dan DAP. Ini bermakna jawatan TPM boleh diwujudkan dengan dua jawatan iaitu TPM1 dan TPM II.

Saya yakin sekiranya PR berjaya memerintah Pusat, maka DS Anwar akan dipilih sebagai PM. Oleh itu, jawatan TPM 1 lebih sesuai dan wajar diberi kepada PAS dan TPM II diberi kepada DAP. Ini bermakna jawatan TPM 1 lebih besar kuasanya dari TPM II dengan mewujudkan forfolio yang bersesuaian dengan parti tersebut.

Namun demikian, perbincangan dan sepakatan di dalam PR adalah satu-satunya kaedah yang lebih sesuai untuk mengatasi hal ini. PR dipercayai akan menerima apa jua keputusan asalkan tidak melanggar Perlembagaan yang ditetapkan. Tidak mustahil jika PAS lebih dominan di dalam PRU ke 13 nanti, dan ini tentunya akan memerlukan perbincangan dan keputusan yang berbeza.

Melihat kepada situasi yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang sekarang, hati saya lebih condong untuk menyatakan bahawa jawatan PM nanti adalah milik PAS walaupun saya sejak dahulu lagi ingin melihat DS Anwar berada di kerusi nombor satu kerajaan. Mungkin terlalu awal untuk kita membicarakan hal ini, kerana perjuangan yang bakal kita hadapi masih penuh dengan liku-liku dan cabaran. Apa yang penting, kita mesti sampai ke sasaran kita terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Gua juga mahu Nizar jadi PM ,, kerana dia boleh berbagai bahasa dan punya karisma yg tinggi ,,,, !!!!!

    BalasPadam
  2. Apa ni??????????

    16 September jauh lagi!!!!!

    Dah dok bincang pasai jawatan dah!!!!

    Tunggulah dulu. Kucing peliharaan saya masih belum bertanduk lagi!!!!

    BalasPadam
  3. saudagar mimpi dan jualan mimpi2 nya..

    BalasPadam
  4. BRO pada pandangan saya sebagai orang melayu 16 september tidak jauh mana pun. Kerana persediaan harus ada bagi mengelakkan sebarang permasalahan. Ibarat nk merisik anak dara orang. Bila dh merisik nk bertunang. Semua tu harus ada supaya pertunangan terjamin hingga hari di akad nikah dan selamanya. kalau saya nk kawin 16 september tak kan lah bln 1 nie baru nak merisik macam mana pula dengan perancangan KEWANGAN,PENGURUSAN dan MASA DEPAN. Kalo dari segi umat Islam pula "kita dari kecil sudah dididik tak kan "bila dah akil baligh baru nk terkial-kial nk belajar". Jadi pandangan saya disini hanyalah untuk renungan bersama supaya kita tidak lupa asal-usul kita yang hidup dimuka bumi ini sebagai khalifah Allah. -aman seri-

    BalasPadam