Sabtu, 18 Disember 2010

HIDUP NAJIB TIDAK PERNAH TENANG

ADUN Umno Meninggal Dunia, Najib Tak Tenang
Oleh Suara Keadilan

AMPANG 17 Dis - Kurang 24 jam setelah Parlimen kawalan Umno-Barisan Nasional menggantung Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim serta tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat selama enam bulan dalam keadaan yang amat tidak adil dan berat sebelah, Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang daripada Umno, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia kira-kira pukul 1.10 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri.

Sulaiman, 59, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Beliau dimasukkan ke hospital pada 24 November lalu kerana demam baisa dan juga bagi rawatan lanjut penyakitnya setelah menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov.

Adun dua penggal itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Pada berikutnya beliau dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan lanjut apabila disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis, meninggalkan tujuh orang anak dan isteri, Datin Noraini Yaakop.

Sulaiman memenangi kerusi DUN Tenang pada Pilihan Raya Umum 2004 dan berjaya mengekalkan jawatannya pada PRU 2008.

Beliau mengalahkan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492.

Beliau mendapat 6,367 undi manakala pencabarnya 3,875 undi.

DUN Tenang mempunyai seramai 14,511 pengundi berdaftar denga peratusan pengundi mengikut kaum Melayu: 49.59% Cina: 38.24% India: 12.07% Lain-lain: 0.9%./SK

3 ulasan:

  1. Akhirnya tamatlah riwayat Anwar bersama para pembelanya, Karpal, Sivarasa dan Azmin.

    Itulah besar bahananya menyokong Anwar. Allah Tahu siapa Anwar ini. Siapa pun yang berjuang membelanya akan terima bahananya.

    BalasPadam
  2. Aku setuju. Allah juga tahu siapa Najis Razak, Allah juga tahu siapa Nazri Aziz, Allah juga tahu siapa Rosmah Mansor

    BalasPadam
  3. Komen untuk 06:20, lu ni sebahagian jugak ke dari anjing2 dan babi2 UMNO, emak lu menghancut dengan babi ke dengan anjing hingga dapat lu

    BalasPadam