Selasa, 28 Disember 2010

KSN MEMALUKAN KAKITANGAN AWAM

Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan seringkali melaungkan agar semua kakitangan awam bekerja dengan penuh integriti dan profesional. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan beliau sendiri mengajar dan menunjukkan contoh yang `kurang ajar' dan `biadab'.

Di dalam isu perlantikan Datuk Khusrin, Pengarah JAIS ke jawatan SUK Negeri Selangor berkuatkuasa 01 Jan 2011, KSN sendiri membelakangkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipilih oleh rakyat. Bayangkan jika pejabat MB sendiri tidak tahu menahu tentang perlantikan itu kerana tidak dimaklumkan lebih awal, jauh sekali untuk dibincangkan. Di mana sikap hormat menghormati yang ingin dibuat contoh kepada semua kakitangan awam? Di mana integriti dan tahap profesional beliau?

Jawatan itu bukan jawatan Budak Pejabat atau Penghantar Surat. Jawatan SUK adalah jawatan terpenting di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan ia mestilah dibuat secara profesional. Susah sangatkah untuk menulis surat memaklumkan perlantikan itu lebih awal tanpa tergesa-tergesa, atau sukar sangatkah untuk MB Selangor dibawa berbincang? Atau, ada agenda lain yang telah diatur untuk memporak-porandakan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor?

Jika inilah sikap KSN, ianya amat memalukan kakitangan awam yang lain. Kita amat bersetuju dengan tindakan MB Selangor untuk mengadap Istana Selangor bagi memaklumkan sikap `tidak beradab' KSN dan Kerajaan Pusat ini. Kedaulatan rakyat Selangor yang telah memilih kerajaan mereka selepas PRU ke 12 yang lalu mesti dipertahankan. Jangan izinkan Selangor dipersenda dan dipermainkan oleh mereka termasuk Pegawai Kakitangan Awam yang tidak sudah-sudah mengampu ini.

Datuk Khusrin sememangnya amat `kontroversi' di Selangor dan dilihat sebagai ejen Umno sewaktu berkhidmat di JAIS. Kini, dinaikkan pangkat kerana jasanya di JAIS selama ini. Mungkin dengan kenaikan pangkat ini membolehkan beliau mempertingkatkan lagi usahanya mempercepatkan kejatuhan Kerajaan PR Selangor. Rakyat Selangor pasti menolak orang seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. walaupun bakal berhadapan dengan putar belit,mainan perkauman olih media haprak BN,Pakatan perlu berusaha secara bersungguh supaya sistem Raja Berpelembagaan benar benar ujud di Malaysia.
    Hak rakyat dan hak raja perlu diperjelaskan.
    Ternyata Tun Dr Mahadhir tidak silap sewaktu konflik pada 1983 dan 1993 dulu.

    BalasPadam
  2. Apa nak malu? Bila bersara nanti sudah tersedia ganjaran yang lumayan,hidup senang lenang untuk 7 keturunan.

    BalasPadam