Isnin, 13 Disember 2010

MAAF AZMIN, WANITA ITU BUKAN KELUARGAMU TETAPI DIA LEBIH TERUK DARI PELACUR

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG wanita tua, yangdibuang oleh keluarganya dan tidak diakui anak oleh ibu dan bapa kandungnya baru-baru ini berlagak sebagai `ustazah' dengan menasihatkan YB Azmin Ali agar bertaubat. `Ustazah' yang tidak bertudung ini menasihati Timbalan Presiden PKR itu agar bertaubat kerana menolak `ketuanan Melayu'.

Pada saya, wanita tua tersebut lebih teruk dan jahannam daripada `pelacur' kerana beliau telah dibuang dari keturunannya sendiri di mana ayah dan ibunya tidak mahu mengaku beliau sebagai anaknya bermula daripada karier wanita tua ini sebagai `pelacur upahan' yang membawa cerita fitnah ke atas DS Anwar suatu ketika dahulu. Wanita seperti ini kini `laku' semula dan diberi ruang khas di dada akhbar untuk menjalankan kerja `lacur'nya itu.

Saya tidak mahu sebut nama wanita tua ini kerana tidak mahu menyinggung perasaan ahli keluarganya kerana nama beliau masih ber binkan ayahnya, sedangkan ayahnya tidak mengaku beliau sebagai anak sehingga ayahnya meninggal dunia. Orang seperti ini lebih jahannam daripada pelacur kerana dosa seorang pelacur boleh terhapus sekiranya bertaubat dengan Allah SWT. Dosa seorang anak yang derhaka kepada ayah dan bonda sehingga tidak lagi diterima sebagai anak, anak itu lebih laknat daripada pelacur.

Peliknya, orang seperti inilah yang berlagak sebagai `ustazah'. Wanita seperti ini lah yang diagung-agungkan oleh media lidah syaitan itu. Mudah-mudahan Allah selamatkan kita dari termakan dengan kata-kata wanita laknat ini./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. betul bro...agaknya duit simpanan dia dah nak habis kot!!! faham2 saja lah!!! kan zaman meleset skang nih!!

    BalasPadam
  2. syurga di bawah tapak kaki ibu????.....

    itu tanda depa tak percaya syurga dan neraka ni wujud...

    tak dapeklah den nak menolong aaee...

    BalasPadam
  3. Betul tu..Aku setuju.. Suruh dulu wanita tu pakai tudung baru boleh nak nasihatkan orang. Kononya nak jaga tepi kain orang tapi diri sendiri tak pakai kain, Nauzubillah...

    BalasPadam