Selasa, 21 Disember 2010

SIAPA KATA SEMUA PEGUAM ITU CERDIK? CONTOHNYA ZUL KULIM

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SEORANG peguam seharusnya memiliki kebijaksanaan atau pemikiran yang tajam apabila mahu mengulas sesuatu perkara. Tetapi ini tidak berlaku kepada YB Zul Kulim yang sinonim digelar `firaun besar' walaupun beliau dikatakan seorang peguam. Maka, tidak hairanlah mengapa Zul Kulim tidak mencapai tahap seperti Karpal Singh atau anak beranaknya, kecuali nama YB Zul Kulim ini agak popular sebagai `pembawa fail' peguambela sewaktu kes liwat I DS Anwar dahulu.

Media pencacai hari ini melaporkan kenyataan Zul Kulim yang menuduh DAP mengikuti strategi PAP di Singapura. Beliau menyebut bahawa PAP suatu ketika memperdaya umat Melayu Islam sehingga PAP dapat berkuasa di Singapura sehingga kini. Melayu di Singapura kini tertindas dakwanya sebagai mengulas kenyataan Awang Selamat Utusan Meloya yang juga menyebut perkara yang sama.

Siapa yang mahu ditipu oleh Zul Kulim dan Awang Selamat? Ya, mereka mahu menipu semua pembaca akhbar penacai itu yang boleh dikatakan sering diperbodohkan. Memang wajar akhbar berkenaan menanggung kerugian yang amat tinggi kerana sikap akhbar ini yang mahu melihat pembacanya menjadi bodoh dan tolol. Hanya mereka yang mempunyai ketajaman berfikir, luas minda dan tidak berfikiran sempit sahaja yang boleh membaca akhbar ini tanpa dapat diperdayakan.

Sejarah boleh dilihat kerana sejarah tidak boleh menipu. Sejarah mendedahkan siapakah sebenarnya yang `melelong' Singapura sehingga dapat kepada Lee Kuan Yew. Adakah sejarah boleh menipu dengan mendakwa hilangnya Singapura adalah kerja parti Pembangkang ketika itu? Tangan siapa yang menyerahkan Singapura masa itu? Sama juga dengan P.Pinang yang terus diterajui oleh Gerakan turun temurun sehingga kini dikuasai oleh PR. Begitulah juga yang melepaskan Pulau Batu Putih dengan mudah kepada Singapura. Tangan parti Pembangkagkah? Apabila semua sudah terlepas, baru mereka sedar betapa bodohnya mereka.

Teramat jauh beza DAP dengan PAP seperti yang mereka dakwa itu. Sebagai contoh di Perak, selepas PRU Ke 12, DAP lebih banyak kerusi jika dibandingkan dengan parti PKR dan PAS. Tetapi, DAP akur dengan Perlembagaan dan mereka tidak keberatan untuk memberi laluan kepada PAS sebagai peneraju Kerajaan Negeri. Dakwaan kununnya MB Nizar ketika itu adalah boneka kepada DAP sehingga kini gagal mereka buktikan. Di P.Pinang, DAP berjaya menunjukkan prestasi lebih baik jika dibandingkan dengan pemerintahan di bawah Gerakan yang turun temurun sebelum itu. Lim Guan Eng berjaya menarik minat kaum Melayu dan Islam dan inilah yang menjadi punca Umno semakin tertekan di P.Pinang.

Sepatutnya Zul Kulim memberikan fakta atau hujah untuk menunjukkan di bawah pemerintahan PR khususnya di bawah DAP di P.Pinang, di mana nasib orang Melayu dan Islam yang tertindas dan teraniaya? Jika Zul Kulim cerdik, beliau tidak boleh menuduh sembrono begitu sahaja seperti percakapan orang tua nyanyuk di kedai kopi. Jika ditanya kepada budak-budak sekolah menengah yang belajar sejarah, apatah lagi Pengkaji Sejarah, sudah pasti hujah Zul Kulim dan Awang Selamat ini akan ditertawakan.

Zul Kulim tidak menyentuh MCA dalam hal ini kerana MCA adalah teman Umno. Bukan Zul Kulim tidak tahu mana lebih baik moral Presiden MCA dengan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh. Umno boleh terima Chua Soi Lek yang pernah menjadi `hero' diranjang itu, dan Zul Kulim pun mungkin boleh terima pemimpin seperti itu. Sasaran Zul Kulim adalah DAP kerana DAP menyokong PAS dan PKR. Itu sahaja. Sebab itu, Zul Kulim akan mencipta hayalannya sendiri seolah-olah beliau mempunyai kuasa membaca niat semua pemimpin DAP. DAP tidak perlu memperdaya orang-orang Melayu dan Islam untuk berkuasa kerana DAP telah pun berkuasa di P.Pinang. Sekarang, kita boleh lihat adakah dengan kuasa yang DAP miliki itu orang-orang Melayu dan Islam di negeri berkenaan tertindas?

Hakikatnya Zul Kulim ingin kita lupakan bahawa kerusi yang beliau duduki sekarang adalah kerusi yang tidak diredhai oleh majoriti rakyat di Kulim Bandar Bharu. Beliau sedar beliau dipilih adalah kerana ketika itu beliau adalah calon dari PKR. Sebenarnya beliau terpaksa menahan malu selagi berada di kerusi tersebut, tetapi apakan daya beliau perlu makan dan menyara anak bininya. Kita lihat selepas PRU Ke 13 nanti, ke mana Zul Kulim akan dicampakkan oleh rakyat di Kulim Bandar Bharu./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. tolong lah...utusan ni haprak...jgn kata orang melayu lain tak baca utusan tu bukan orang melayu pulak yek...rasa nak bakar je utusan haprak ni...cakap pakai kepala lutut ke...!!!

    BalasPadam
  2. yg baca utusan hanya melayu umno saja, melayu selain umno dah tak mau baca utusan lagi ... banyak sangat bohong ...

    BalasPadam
  3. jgn dok layan mangkok tingkat ni...adikberradik lanun.....pakai kopiah jgn la nak kata baik,lebih baik hg buang saja.buat malu org islam saj

    BalasPadam