|     KUALA LUMPUR, 27 Dis: Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) dalam  satu kenyataan hari ini menolak perlantikan Datuk Khusrin Munawi (gambar)  sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
  Menyifatkan  tindakan kerajaan pusat itu sebagai tidak menghormati kerajaan negeri,  ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yakin, perlantikan itu  dibuat untuk mencapai kepentingan politik pihak tertentu.
  "AMK  Selangor menegaskan bahawa kerajaan pusat sewajarnya hormat kepada  kerajaan negeri khususnya dalam perlantikan jawatan kanan kerajaan  Selangor dan tidak mencampurkan adukkan agenda politik sempit  Umno-Barisan Nasional dalam pentadbiran kerajaan.
  "Kita juga  menggesa kerajaan pusat memahami dan hormat semangat federalisme yang  termaktub dalam perlembagaan negara," katanya yang juga timbalan ketua  AMK Malaysia.
  Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman  Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pagi tadi bahawa  Khusrin dilantik sebagai SUK negeri itu berkuatkuasa 1 Januari.
  Selain  itu, turut dipertikaikan kredibiliti Khusrin itu sendiri yang boleh  dilihat dengan jelas sepanjang menggalas jawatan Pengarah Jabatan Agama  Islam Selangor (JAIS).
  Menurut Khairul Anuar, Khusrin selama ini  gagal untuk melaksanakan agenda kerajaan negeri malah lebih cenderung  melaksanakan agenda politik Umno-Barisan Nasional.
  "AMK Selangor  juga memohon ke bawah DYMM Sultan Selangor agar menolak perlantikan  Khusrin Munawi dan berharap agar jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri  Selangor digalas oleh individu yang berkaliber,professional dan dapat  melaksanakan dengan baik agenda kerajaan negeri Selangor yang mendapat  mandat daripada rakyat pada 8 Mac 2008 lepas," katanya.
  Sementara  itu, kerajaan Selangor dalam satu kenyataan terbaru mereka memberitahu  pelantikan Khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor perkara  itu belum muktamad.
  Mereka mendakwa cadangan melantik ketua  pengarah JAIS ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua  setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
  Sehubungan itu,  Menteri Besar lapor kenyataan itu telah menghantar surat kepada DYMM  Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan  tersebut.
  Tans Sri Khalid Ibrahim juga difahamkan turut  menghantar tiga nama yang telah diputuskan oleh panel yang ditubuh  kerajaan negeri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  "Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu./Harakahdaily
  | 
aku sama sekali tak mau salah kan umno sebab ini memang kerja dia yang sentiasa cari jalan supaya pakatan hancur.
BalasPadamtapi yang aku heran,ksn kata,sultan selangor dah setuju.kalau ini betoi,hampa bolih fikir sendiri, samada yang Tun M buat dulu(1983 dan 1993) betoi atau tidak.