Isnin, 27 Disember 2010

CUKUP-CUKUPLAH RIDHUAN TEE, TAKKAN TAK KENYANG LAGI?

DS Wan Azizah `bersarung tangan' menjulang tangan Lim Kit Siang...

Apa komen Ridhuan Tee agaknya?

Oleh: WFAUZDIN NS

APA masalahnya dengan `Ustaz' Muallaf Ridhuan Tee ni aku tak tau lah. Aku terbaca rencana beliau di dalam Mingguan Malaysia semalam, aku tak sangka Ridhuan Tee ini lebih Umno dari Umno. Samada beliau sudah `masuk Melayu' atau `masuk Islam' aku sudah jadi kompius.

Di dalam rencananya beliau ada menyentuh tentang hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Beliau menyerang PAS kerana PAS berkawan dengan PKR dan DAP. Disentuh juga oleh beliau tentang DS Wan Azizah memegang dan menjulang tangan Lim Kit Siang sewaktu Konvensyen PR baru-baru ini. Butakah mata Ridhuan Tee melihat bagaimana ketika itu tangan DS Wan Azizah memakai sarung putih? Ini bermakna tiada sentuhan kulit di antara DS Wan Azizah dengan Lim KIt Siang.

Wah ! Peka sungguh Ridhuan Tee tentang hal sentuhan kulit lelaki dan perempuan. Tidak tahukah selama ini bahawa Ustazah Umno Mashitah juga selalu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya tanpa berlapik? Bahkan. Ustazah Umno ini menyebut tidak mengapa bersalam dengan lelaki yang berumur dan juga dengan ketiadaan nafsu. Apa komen Rihuan Tee? Apa pula komen Ridhuan Tee tentang `fatwa' boleh melacur kerana dharurat seperti yang pernah disebut oleh ustazah ini?

Bagaimana pula komen Rihuan Tee tentang gambar di atas? Siapa wanita itu? Adakah lelaki itu suaminya? Bagaimana tentang Rosmah yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Islam yang menggayakan fesyen menghina Islam itu? Terkuncikah mulut Ridhuan Tee?

Alahai...Rihuan Tee...cukup-cukuplah untuk cari makan....takkan tak kenyang-kenyang dari dulu lagi..../wfauzdin.blogspot.com

19 ulasan:

  1. salam

    dia masuk Melayu jugak tapi kadang2...

    BalasPadam
  2. gitule kalau kurang agama cakap pasal agama orang lain..cari makan beb

    BalasPadam
  3. Anjing kena selalu menyalak baru dikatakan anjing yang efisen. ajing yang sonyap aje bakal kena tindakan displin.

    BalasPadam
  4. INI LEMBU JAGUH JUARA UMNO@APCO KENA TUNJUK TERER ! KALU TAK SUSAH 'CALI MAKAN WO'!
    BIASA LA SEMUA BELAAN APCO :)=

    BalasPadam
  5. Dia bukan ridhuan tee dia ribuan fee ada paham??? budak sentul

    BalasPadam
  6. dah bagi jawatan kat universiti pertahanan, kenalah menyalak banyak sikit ...

    BalasPadam
  7. Biasalah Utusan Meloye (Paper UMNO) ni, tak habis2 buat fitnah, tuduhan kpd pihak lawan nya.

    Sepatutnya ustaz ni dan Ketua Pengarangnya baca rencana Mufti Perak dlm paper yg sama tentang fitnah, umpat dsb.

    Terlepas pandang agaknya.

    BalasPadam
  8. ko ni penyokong pas semua HAMPAS........NAMPAK SALAHG ORG JER............

    BalasPadam
  9. Kalau dah perkara salah takkan nak dijadikan betul. Itu tradisi UmnoGOKKKKK.

    BalasPadam
  10. ustad ridwan tee ni aku kira lps ni dapat lah jd menteri agama pulak kot...

    lbh melayu dr melayu tulen...org dah sunat lah katakan!

    BalasPadam
  11. ape ada hal...UMNO Boleh....1 Malaysia Boleh!...takde yang tak boleh!...yang tak boleh....tak boleh blah....gua cakap lu...

    BalasPadam
  12. kalau dah masuk tong tahi gitu lah jadik nya..apanak heran

    BalasPadam
  13. Cakap banyak x guna, PAS pun bukan suci murni..konon pejuang Islam tp mempergunakan istilah Islam untuk dapatkan kuasa, undi semata-mata...

    PAS pun sama mcm UMNO dah..asal tertubuhnya PAS pun serpihan orang2 yang kecewa dalam UMNO (x dapat pangkat,duit, kuasa) keluar UMNO..

    Dok kutuk UMNOAPCO, ntah betul ke tidak APCO nya..walkie talkie cap APCO ader la bodoh..

    Tue la dengar sangat cakap pemimpin PR yang terang 2 kencing korang..terima najis tue bulat2..telan..

    Agen Yahudi paling terkemuka di Malaysia dah sah2 Nuar, tp PAS butekan mata, pekakkan telinga, bisukan mulot buat x tahu demi tamakan kuasa.

    Dulu PAS kata UMNO kafir pasal kawan dgn MCA, MIC..tp sekarang PAS lagi kafir harbi pasal berkawan dengan DAP terang2 Anti-Islam...

    PAS dok kutuk UMNO x jalan Undang-undang Islam, konvensyen pembangkang baru2 apesal langsung x berbunyi pasal undang-undang Islam?

    Mana pergi perjuangan PAS??? mana? telor hangpa semua da kene pegang dengan DAPig ker?

    Kata handal sangat perjuangkan Islam, mana handalnya takat berani sesama melayu jer..ptuiih...jaguh kampong jea la..sama2 melayu korang berani..cina DAP, singh DAP korang peluk, sujud...buduhhh...

    Pejuang Islam aper mcm tue, cakap banyak tak guna, aku bukan penyokong UMNO, tp aku meluat dengan PAS ayng melebih2kan DAP dan PKR..

    Klu dulu kata UMNO teruk, sekarang ni pas 10 kali lagi teruk dari UMNO...

    PAS sekrang dah x da harga diri..laksana perjuangan yang sia2..sebb apa pun pas buat untungnya DAP..

    MMg cakap banyak pun x guna..korang tetap mcm tue jgk..totok...

    BalasPadam
  14. Sedare Anon 2010 Disember 27 21:55.

    Klu utusan ko kater buat tuduhan, fitnah ker aper ker.. aper haprakkah, Suara Keldaian punyer laporan semuanya benar belaka ker..

    x ker semuanya memburukkan kerajaan - pihak lawan PAS,PKR -...buduh punyer orang..

    lain kali baca semua paper , jgn bacer satu atau dua jer..tue pasal jadik tolol...

    bandingkan semuanya jgan telan bulat cerita orang..jgan malas mambaca klu x tue la jadinya..buduh...

    BalasPadam
  15. yg ni ustaz haramjadah...makan gaji cara hatam....hoi....hg buang la title ustaz hg tu mualaf...jadi cuba jadi islam lebih dari org islam..banggang

    BalasPadam
  16. Dari dulu kini dan selama-lamanya ustaz UMNO tak boleh pakai....
    Wahai Ridzuan T (Tengkorak kau)
    kalau kau BETUL ISLAM kenapa tak tegor pelakun porno yang hina Islam bersama jawa JOHOR Muhyidin dan Ghani (Ganeson kot) Osman. Nak Undi UMNO tak salah itu hak kamu ..... tapi jadi setan (syaitan bisu) adalah salah.

    Ridzuan J

    BalasPadam
  17. salam..apa pun yg berlaku d dunia politik..sokonglah kpd agama islam kita..jgn terlalu taksub dgn ulasan dr pelbagai pihak..kembalilah kpd ISLAM yang 1..Allah SWT melarang kita mencaci sesama umat..apatah lg yg seagama kita..renungkanlah..Wassalam..

    BalasPadam
  18. yang salah ialah apabila kita percaya pada politik. sepatutnya percaya pada agama. bila percaya pada politik(termasuk yang menggunakan unsur Islam) maka kita jadi buta. Di Malaysia, cuba buat kajian, rasuah berlaku dalam UMNO dan PAS. Tetapi PAS pandai menggunakan orang ketiga bagi menutup isu rasuah drpd dibongkar SPRM. Hal ini berbeza dengan UMNO yang terbiasa dengan rasuah 'terbuka'.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum..

    Jom baca blog Dr Ridhuan Tee dahulu. Kenali beliau. fahami apa yg beliau maksudkan. Pada saya, beliau tidak pro pd mana2 parti. tetapi beliau merupakan seorang muallaf berpendidikan tinggi yg pro ISLAM. Salahkah beliau menyuarakan pendapat utk kebaikan Islam?? Mungkin bila kita lihat beliau menyalahkan parti PAS kita secara refleks nya terus cop beliau sebagai ahli UMNO yg lebih2 walaupun beliau Cina. PAS memang parti memperjuangkan Islam. Tetapi, jgn kita lupa. Ahli2 PAS itu sendiri adalah manusia. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Hatta, Tuan Guru Nik Aziz sekalipun. Jgn salah faham. Saya sgt menghormati Tuan Guru kerana beliau merupakan seorang ulama yg tinggi ilmunya. tetapi tuan guru pun manusia yg tiada maksum spt rasullullah.

    Jadi, wahai saudara saudara seislamku. renung2 kan lah. jgn lah kita terlalu taksub berpolitik hingga kita mencemuh org yg bercakap atau menegur utk kebaikan agama kita sendiri. ambil lah yg baik yg boleh menyatukan ummah. Islam sendiri menyuruh kita sampai menyampai dan tegur menegur ke arah kebaikan.

    Teguran sangat berbeza dgn hinaan. Tidak salah menegur tetapi bukan menghina. Pada saya Dr Ridhuan hanya menegur sebagai saudara seislam. Beliau sanggup dicemuh oleh bangsanya sendiri kerana dianggap melebih-lebihkan Melayu sedangkan beliau melebihkan Islam yg secara tak langsungnya dikaitkan dgn Melayu. Tetapi, Melayu Islam sendiri jgn lah mengkritik pendakwah sebegini.

    Islam agama suci. Islam melarang kita mengeluarkan perkataan2 buruk. jgn lah kerana taksub berpolitik kita menghalalkan apa yg tidak boleh dgn alasan memperjuangkan Islam

    BalasPadam