Oleh: WFAUZDIN NS
TAHNIAH. Seribu penghargaan harus diberikan kepada berpuluh ribu peserta perhimpunan di dalam kempen `Kembalikan Air Kita' yang telah diadakan semalam. Kempen ini yang berakhir dengan penghantaran memorandum kepada Ke Bawah Duli Yang DiPertuan Agung di Istana Negara membuktikan bahawa segala tipu daya pihak `penghisap darah' rakyat dapat dibaca dan rakyat bangkit untuk menentang kezaliman ini.
Seperti yang diduga, perhimpunan yang diadakan semalam akan cuba disekat oleh juak-juak yang mahu bersekutu dengan `penghisap darah' rakyat ini. Namun, perhimpunan dapat diadakan dengan jayanya. Keberanian para peserta perhimpunan memang wajar diberi pujian kerana mereka sanggup menempuh kesukaran asalkan hak rakyat keseluruhannya terbela.
Syabas buat Kerajaan Negeri Selangor serta semua pihak yang bekerja kuat untuk menjayakan perhimpunan ini.
SEKARANG MASA KITA BUAT HIMPUNAN AMAN
BalasPadamDISARAWAK PULAK...
KEMBALIKAN HAK RAKYAT SARAWAK
HAK IBAN HAK ORANG ASLI SARAWAK...
JOM KITA IMBAS SEJARAH 1987 DISARAWAK
DIMANA BN HAMPIR TUMBANG DENGAN TIDAK MEMPEROLEHI 2/3 DUN SARAWAK...
AYUH ANAK SARAWAK....
Ya... Syabas!!! (ni baru betul, bukan SYABAS yg nak menipu rakyat) kepada sekelian rakyat jelata yg berani mempertahankan maruah dan hak mereka dan keluarga mereka. Kita akan terus tentang kerajaan dan pemerintah yg menzalimi rakyat. Kita tentang pemimpin yg hanya tahu menghabiskan wang rakyat dgn bermewah-mewah, buat rumah besar2 dan istana besar2, belanja mewah dengan wang rakyat, rasuah. sedangkan rakyat hanya berjuang untuk sekelumit nikmat yang Allah berikan dengan mempertahankan 20m3 air yang diberi percuma oleh kerajaan Selangor di zalimi dan ditangkap oleh penguasa2 yg zalim.
BalasPadamDisamping kita berdoa dan bermunajat kehadrat Allah S.W.T dengan sungguh2 agar kerajaan dan pemerintah zalim ini ditukar dgn kerajaan dan pemerintah yg lebih baik dan mengikut syariat Allah. dan semoga Allah balikkan segala kezaliman, kejahatan dan fitnah yg dilakukan oleh pemerintah yg zalim ini keatas diri mereka semula semoga mereka mendapat pengajaran dan bertakwa.