Jumaat, 3 Disember 2010

ZAINULFAQAR MENJAWAB TULISAN US NASRUDDIN TANTAWI

“PM dan TPM : Menurut Perspektif Islam” yang ditulis oleh Nasruddin Hassan at-Tantawi hari ini wajar dibaca dan diamati oleh kita.

Ketua Pemuda PAS Pusat itu seakan cuba mengajak kita untuk melihat kepentingan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mesti terdiri oleh peribadi yang beragama Islam.
Mengangkat konsep “Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz” yang pernah dipopularkan oleh Iman Mawardi, Nasruddin seakan mahu memberitahu kita bahawa orang bukan Islam seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Nasruddin mungkin mahu memberitahu kita bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Harun Din atau Datuk Harun Taib sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri kalau ada yang bertanya beliau hal kelayakan bagi mengisi jawatan nombor satu itu.

Nasruddin menganggap Hadi, Harun Din dan Harun Taib layak menjadi Perdana Menteri mungkin disebabkan mereka ini dipopular sebagai ulama. Mereka yang tidak ulama mungkin dianggap tidak layak walaupun peribadi-peribadi tertentu itu dikenali sebagai pemimpin yang bijak, licik, profesional, korporat, amanah serta berintegriti di dalam dan di luar PAS.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pun mungkin dianggap tidak layak kerana peribadi itu bukan ulama bahkan tiada “kesucian” ekoran perbicaraan kes liwat sekarang. Kita mungkin terlupa pada era reformasi lebih sedekad lalu, Dato’ Fadhil Mohd Noor pernah mengisytiharkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya GERAK (kemudian dikenal sebagai Barisan Alternatif) mengambil alih kerajaan pusat.

Ketika itu, Anwar masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tiada sesiapa pun tahu sampai bila rejim Dr Mahathir Mohamad mahu menzalimi bekas Timbalan Perdana Menteri itu. “Kebijakan ajaib” tersebut walaupun gagal membawa PAS mendominasi Putrajaya, namun “al-ijtihad al-tanzili” yang dilancarkan Fadhil itu akhirnya mengangkat Presiden PAS itu menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ini kerana, Ahli Parlimen PAS paling ramai di Parlimen berbanding wakil rakyat dari PKR dan DAP. Sekarang, kita acap kali diheret untuk berasa bimbang seperti Nasruddin – jika Pakatan Rakyat “memerintah” Putrajaya, apakah Islam kian terpinggir? Apakah kepemimpinan Islam akan memegang tampuk pemerintahan negara?

Lebih malang sekiranya mereka yang mempunyai perasan demikian mengambil sikap bahawa lebih baik mengekalkan rejim Umno dan Barisan Nasional lebih baik sebagai pemerintah dari komited memperkukuh Pakatan Rakyat demi menguasai Putrajaya. Dengan demikian, setidak-tidaknya meletakkan posisi Islam seperti sekarang yang eksklusif untuk orang Melayu sebagaimana yang dipertahankan Umno dan Perkasa.

Suka dipertegaskan bahawa tindak-tanduk seperti Nasruddin belakangan ini kesemuanya adalah bersifat sangkaan atau “dhonniyah”. Sedangkan Islam mengajak kita supaya merancang perjuangan serta berjihad ke arah perjuangan yang jelas dirancang oleh kita.

Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar umatnya pada perjuangan yang kabur, tetapi merancang jihad dengan penuh strategi dan keimanan kepada Allah s.w.t. Penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Yatrib penuh dengan strategi walaupun pada masa yang sama menawarkan mahkota kisra kepada seorang pembunuh profesional yang diupah oleh “United Muta’assibin Nasional Organization”.

Cuba tanya Dewan Pemuda PAS Pusat, adakah Nasruddin pada setiap mesyuarat berkala dewan itu komited merealisasikan usul “PAS sasar tawan 63 Parlimen” seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lalu? (Kalau tak salah) kerusi tradisi DAP tidak sampai 45 kerusi. Kerusi tradisi PKR pun tidak melebihi kerusi tradisi PAS buat masa ini.

Dengan erti kata yang lebih mudah, kalau PAS mempunyai kerus paling banyak pada kala Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, adakah Anwar atau Guan Eng secara implisit menjadi Perdana Menteri? “Da’ma yuribuka illa ma la yuribuk” (Letakkanlah perkara-perkara yang diragui kecuali sesuatu yang tidak diragukan)

Mengapa Nasruddin tidak fokus pada usaha “qat’iyyah” ini, iaitu mengepalai jentera anak muda Malaysian mendominasi 63 kerusi sasaran PAS itu? Inilah masalah Nasruddin dan kebanyakan ulama di dalam PAS – mereka begitu ghairah memperkatakan soal jihad dll tetapi tiada perancangan yang jelas untuk berjihad dalam konteks Malaysia ini.

Yang mendakwa demikian bukan pemimpin DAP atau PKR, tetapi exco Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri yang bosan dengan “cakap kosong” Nasruddin pada setiap kali mesyuarat pemuda.
Tidak cukup dengan itu, pemimpin pemuda terbabit berkata, soal “Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz” yang ditintakan di blog Nasruddin (http://episodeperjuangan.blogspot.com/) hari ini bukanlah idea Nasruddin sendiri.

Tetapi, idea itu adalah saduran idea menantu Hadi, Zaharuddin Mohamad atau lebih popular sebagai “Din Ayam” di kalangan penuntut-penuntut Rusila. Lenggok bahasa dalam entri itu dipercayai umum adalah tulisan Zaharuddin. Mereka akan menganggap demikian sekiranya mereka pernah membaca tulisan Zaharuddin mengenai “Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz” yang mahu dibentangkan dalam Majlis Syura Ulama (MSU) supaya menghalalkan kerjasama politik antara PAS dan Umno pada era “muzakarah-muqabalah” dan “Kerajaan Perpaduan” dahulu.

Nasruddin, hentikanlah menulis karut-marut ini dan fokus semula pada gerak kerja mendapatkan 63 Parlimen sasaran tersebut. Jangan asyik mendengar nasihat “tidak sihat” Zaharuddin yang mulai hari ini wajar digelar sebagai “Khairy versi PAS”.

Tidak perlu asyik bercakap kepentingan PAS atau orang Islam memerintah Malaysia semata-mata, tetapi persiapkanlah jentera untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 bermula sekarang. “Al-hukmu yaduru ‘ala musamma la ‘ala ismi…” (kehukuman itu berkisar pada perkara/inti yang diberikan nama, buka atas nama). Setuju?

Zainulfaqar Yaacob

Sumber: Rakyat Marhaen

4 ulasan:

  1. Suara yang lantang dari Zainulfaqar ini wajar diteliti,dikaji dan dipertimbangkan dengan wajar oleh Pemuda PAS.Amat malang sekali,Pemuda PAS,pada waktu dan keadaan yang memerlukan seorang pemimpin yang pro-aktif,lincah,berwawasan dan futuristik,diketuai oleh manusia seperti Tantawi.Setiap kali Tantawi membuka mulut,dia dikecam dan dihentam.Tak ada apa yang diperkatannya boleh diterima atau dipertimbangkan.Keajaibannya adalah sekadar bijak berjalan diatas landasan yang dibuat oleh Presiden dan Tim.Presiden serta Ketua Ulamak.Secara peribadi Tantawi tidak ada langsung punya kontribusi mahu pun idea untuk Pemuda PAS.Malang sungguh nasib Pemuda PAS.

    BalasPadam
  2. pemilihan ust. Nasaruddin al-Tantawi merupakan suatu kesilapan yang paling besar dalam sejarah kepimpinan sayap pemuda PAS.
    dengan kepimpinan yg penuh diisi dengan retorik dan ideal yang tidak berpijak dibumi, pemuda PAS seolah-olah berada dilanggit ketika rakyat Malaysia berada di bumi.
    ketika rakyat malaysia sibuk memperkatakan bagaimana untuk merebahkan gergasi UMNO dari terus tegak di muka bumi. Tiba-tiba beliau cuba menimbulkan pertekaran yg tidak berkesudahan, konon merujuk kepada kitab yang dikarang oleh Mawardi.
    Adakah pemikiran al-Mawardi relevan dengan realiti politik semasa, bukan tajuk untuk diperbincangkan, yang penting bagi beliau adalah nama al-Mawardi dan kearaban bahasa yang digunakan.
    Siapa yang akan menjadi PM dan TPM dan siapa layak tidak akan keluar daripada pemimpin yang fokus pada perjuangan.
    Mungkin Nasaruddin menulis atas prasangka bahawa beberapa pemimpin PAS yang beliau bernaung akan diketepikan untuk menduduki jawatan tersebut.
    Mungkin Nasaruddin menyangka pemimpin PAS lain dan ahli PAS lain batang kayu tidak tahu dan pandai memilih pemimpin untuk dijadikan ketua dan tim. ketua negara.

    * Aku ingat geng UG dah kuburkan ideal mereka, namun makhluk yang bernama Nasaruddin al-Tantawi masih menyimpan ideal dan angan-angan tersebut.

    BalasPadam
  3. Independent Psyos Team4 Disember 2010 pada 10:20 PG

    Salam, saya sudah amat muak dan hentikan segera sebarang kenyataan dari Ketua Pemuda ini. Ianya lebih banyak membawa disadvantages compare to advantages kepada PAS.

    BalasPadam
  4. komen satu dan komen dua daripada orang yang sama. Apa agenda lu serang Nasa Tantawi. Wah nak buat onar dalam pemilihan PAS akan datang ke?

    i see u

    BalasPadam