Jumaat, 31 Disember 2010

ISU ROGOL AMAH - TIBA-TIBA CUACA DI JELEBU MENJADI PANAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERSEBARNYA berita atau cerita berkenaan Menteri yang merogol Amah dari Indon di internet sekarang ini, aku yang berada di kawasan Parlimen Jelebu pula merasa `panas' dan bahangnya. Sekarang ini cuaca di mana-mana pun musim hujan termasuk di Jelebu. Namun, mengapa bahangnya panas?

Aku tak tahu sampai bila bahang panas ini akan hilang. Ada kawan-kawan aku kat Jelebu ni kata bahang panas tu membawa erti akan ada Pilihanraya Kecil kat situ. Aku tak percaya sebab setahu aku semua Adun dan MP kawasan aku kelihatan sihat sokmo. Kalau Pilihanraya Kecil selalunya jika ada Wakil Rakyat yang meletak jawatan atau meninggal dunia. Tapi kawan aku kata jika ada Wakil Rakyat yang ditangkap dan dipenjarakan mungkin juga ada Pilihanraya. Aku tak tahulah betul ke tak.

Tapi, yang pasti Jelebu semakin panas. Mungkin panas kerana ada orang sudah `bakar jambatan' atau `jambatan yang dibina terbakar'. Wallahu Aklam./wfauzdin.blogspot.com

JUARA PIALA AFF SUZUKI - ADA PIHAK CUBA `MENJUAL' SKUAD KEBANGSAAN DEMI POLITIK?


Oleh: WFAUZDIN NS

CUKUPLAH bolasepak dipolitikkan di PRK Dun Galas dulu. Kita masih ingat betapa calon Umno menaiki kenderaan bersama Dato Anuar Musa orang kuat Kelantan FA, berarak bersama Piala Malaysia sewaktu kempen PRK di situ. Cukuplah, jijik kita melihatnya.

Ada cadangan pula untuk mengadakan sambutan ke atas Pasukan Kebangsaan yang telah berjaya menjadi johan Piala AFF Suzuki baru-baru ini ingin diadakan di Dun Tenang, Johor. Semua tahu di Dun Tenang, satu PRK akan diadakan dan Umno tidak mahu terlepas kerusi Dun di situ. Tetapi, mengapa pemain kebangsaan pula yang mahu `dijual' oleh mereka?

Apa komen Jurulatih Kebangsaan di dalam hal ini? Baca berita ini:

Jakarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik.

Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja." (Petikan dari Tranungkite)

Jelas, Jurulatih Kebangsaan itu tidak berminat untuk mempolitikkan kariernya dan `menjual' maruah Pasukan Kebangsaan yang dibimbingnya. Sekiranya masih ada yang berminat, mereka itu adalah perosak mutu bolasepak negara yang sebenarnya. Cukuplah kenyataan Nazri Aziz sebelum perlawanan Akhir Pertama di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil yang lalu di mana beliau menyeru sesiapa yang menyanjung konsep 1 Malaysia agar hadir beramai-ramai ke stadium. Maka, beliau perasan atau syok sendiri bahawa yang hadir lebih kurang 90 ribu ke stadium malam itu kesemuanya menyanjung konsep 1 Malaysia. Biarkan beliau perasan sedemikian, janji Pasukan Malaysia cemerlang malam tersebut.

Syabas, Pasukan Kebangsaan Malaysia, Tahniah Rajagopal dan semua pemain./wfauzdin.blogspot.com

GOBALA... OH.. GOBALA....GO..GO..GO..

Gobala 'berniat jahat' tuduh Anwar tutup kuil Sivan

Regina Lee
Dis 30, 10

Pemimpin masyarakat India PKR hari ini tampil menyatakan sokongan mereka terhadap ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima kecaman berhubung penutupan satu kuil Hindu di Petaling Jaya.

Antara penjelasan yang dikemukakan, keputusan untuk menutup kuil tersebut dibuat oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Anwar tidak terlibat dalam tindakan berkenaan.

NONEPenjelasan itu dikemukakan salah seorang naib presiden baru parti itu N Surendran dalam satu sidang media bersama dua lagi pemimpin masyarakat India PKR -- exco kerajaan negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrishnan kelmarin bahawa Anwar bertanggungjawab menutup kuil Sivan berkenaan dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."

Surendran berkata dakwaan itu "tidak munasabah" memandangkan Anwar merupakan seorang pemimpin nasional dan tidak terlibat dalam keputusan kerajaan tempatan.

Tambahnya, dakwaan yang disuarakan Gobalakrishnan yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti merupakan satu tuduhan "berniat jahat."

Kuil Sivan yang terletak di puncak Bukit Gasing di Petaling Jaya itu menjadi tumpuan utama Gobalakrishnan dalam menyuarakan rungutannya kepada pemimpin tertinggi parti itu, malah menyebabkan beliau melabelkan Anwar sebagai "anti-Hindu" dengan menutup kuil berkenan.

NONEManikavasagam turut menyatakan kekesalannya atas tindakan Gobalakrishnan menghamburkan tuduhan seperti itu.

“Jika Anwar benar-benar telah menutup kuil berkenaan, saya akan mula buat bising. Anda tahulah saya seorang pembuat bising.

"Tapi orang yang buat dakwaan ini juga perlu tahu cerita sepenuhnya mengenai kuil berkenaan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Xavier yang merupakan exco bertanggungjawab dalam hal ehwal bukan Islam di Selangor dalam pada itu itu pula menjelaskan, kuil itu bukan ditutup sepenuhnya.

“Ya, ia ditutup kepada orang ramai hanya sebab kerja-kerja pembinaan fizikal masih berjalan," kata Xavier yang juga bekas naib presiden parti.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian ke atas kuil berkenaan bermula sejak tahun 2006 lagi.

Kerja-kerja berkenaan dijalankan memandangkan anggota pemegang amanah kuil berkenaan mahu memperbesarkan kuil kecil berkenaan menjadi kuil Sivan terbesar di negara ini sehingga boleh memuatkan 100,000 orang penganut Hindu, kata Xavier lagi.

Ahli pemegang amanah kuil berkenaan termasuklah isteri kepada bekas presiden MIC Datin Seri Idrani Samy Vellu./Malaysiakini

Teo Nie Ching: Utusan Malaysia buat hal lagi...

Dec 30, 2010

Hampir 30 tahun saya tinggal di Negara ini, tetapi saya semakin keliru. Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? Sama ada orang bukan Muslim boleh ucap "assalamualaikum"? Sama ada orang Muslim tidak sepatutnya menghadiri majlis perayaan agama yang lain? Sama ada apabila orang Muslim menghadiri majlis perayaan agama Kristian, salib harus disembunyikan?

Sekiranya Najib Razak (gambar kiri) dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai "OK Tak OK" untuk semua warga bukan Muslim negara ini?

Semasa berucap merasmikan Konvensyen Ke-43 Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia pada 20hb Disember yang lalu, Najib Razak telah memberikan tiga peranan kepada media.

Pertama, media sebagai penggalak kesederhanaan (promoter of moderation); kedua, media sebagai menara tinjau untuk perubahan (watch tower for change); dan ketiga, media sebagai pendorong pembangunan (Catalyst for Development). 【Ucapan penuh Najib Razak

Dalam ucapan beliau, beliau mahu akhbar-akhbar berbahasa Cina menjadi perintis.

Tetapi pada masa yang sama, beliau mengizinkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki UMNO, memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya. Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme (promoter of extremism ), tetapi adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Dalam Negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?

Semasa Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN-AS, Najib dalam ucapan pencelahan beliau telah menghulur bantuan kepada Presiden Amerika Syarikat untuk menghapuskan fenomena Islamophobia. Mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam perlu dilakukan, kata Perdana Menteri.

Biarlah kita semua akui, fenomena Islamophobia bukan sahaja wujud di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi juga berakar umbi di Malaysia. Apakah pendekatan Najib untuk menangani masalah ini di negara kita?

Hasrat saya (Teo Nie Ching, gambar kanan) sebagai wakil rakyat adalah berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat, tak kira bangsa, tak kira kaum, tak kira agama. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jujur saja, dalam pengalaman saya menjadi Ahli Parlimen, banyak surau dan masjid telah menganjurkan majlis-majlis ataupun jamuan-jamuan di perkarangan mereka. Pada kebanyakan masa, sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara komuniti, pihak berkenaan juga akan menjemput penghuni-penghuni sekitar untuk menghadiri program tersebut. Sudah banyak kali saya lihat orang-orang bukan Islam menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Masjid.

Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput? Apakah kesalahan saya untuk bersenam di tempat letak kereta Masjid bersama dengan hadirin yang lain? Kenapa usaha saya untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi, usaha untuk mempertingkatkan kefahaman, kesemua ini dianggap salah oleh Utusan Malaysia/UMNO? Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?

Betul sekali Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua pada 19 Disember 2010 yang lalu.

Utusan Malaysia hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Utusan Malaysia hanya tahu mendiskriminasikan, menganiayai dan merendahkan orang lain bukanlah rakyat Malaysia sebenar.

Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun UMNO kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak berlayak untuk memberi ajaran agama Islam. Sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh penyokong-penyokong ataupun warga Malaysia melalui Facebook ataupun blog bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi.

Gambar-gambar lain yang sedia ada di Blog dan Facebook saya tetapi tidak diterbitkan di Utusan Malaysia telah menunjukkan bahawa kehadiran saya di perkarangan Masjid Cheras Jaya tidak pernah menjadi isu kontroversi pada hari tersebut dan sebaliknya telah diterima baik oleh para hadirin. Saya akan terus perjuangan saya untuk mewujudkan sebuah Malaysia untuk semua anak Malaysia, iaitu Malaysian Malaysia.

*Tulisan ini dipetik daripada blog Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang-DAP.

Sumber: MerdekaReview

Khamis, 30 Disember 2010

SUK N. SELANGOR - DARI SUDUT UNDANG-UNDANG

Oleh Suara Keadilan

SS19Merujuk kepada kenyataan yang dibuat kepada media oleh Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (seperti laporan Berita Harian, 29 Disember 2010, m/s 2).

Saya sebagai Ahli Dewan Negeri yang terlibat secara lansung dalam sebarang bentuk pindaan undang undang digamit untuk menyatakan bahawa, apa yang berlaku dan bagaimana isu tersebut dimainkan di media seolah-olah ada agenda jahat untuk melaga-lagakan Kerajaan Negeri dengan pihak Istana Selangor. Sebagai rakyat DYMM Sultan Selangor yang setia, saya memperakui bahawa kuasa eksekutif boleh dijalankan oleh DYMM Sultan Selangor atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) atau mana-mana ahli MMKN yang diberikuasa oleh MMKN sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Di bawah Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, baginda DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat MMKN atau mana-mana ahli MMKN yang bertindak di bawah kuasa am MMKN, kecuali diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Ini adalah selaras dengan kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan.

Kuasa budi bicara baginda adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 55 (2) (a) – (g) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, dan mana-mana lain peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara kepada baginda oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Setelah menyemak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dapati pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.

Tetapi berdasarkan laporan Berita Harian tersebut, Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor telah menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor perlu disembahmaklum dan mendapat perkenan baginda oleh kerana baginda adalah kuasa eksekutif di Negeri Selangor (sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 50).

Ini jelas sekali bahawa kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan yang dinyatakan dalam Fasal 52 (1) telah dibaca sekali dengan Fasal 50 yang memberikan kuasa eksekutif kepada baginda.

Persoalannya, mengapa Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor tersebut tidak membaca Fasal 50 dan 52 (1) tersebut bersekali dengan Fasal 55 (1) yang mengkehendaki baginda DYMM Sultan Selangor bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan mana-mana fungsi baginda?

Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh hendaklah bukan sahaja dibaca secara tersurat (literal) tetapi juga hendaklah mengikut konvensyen (adat dan adab perlembagaan). Konvensyen adalah sesuatu yang tidak bertulis tetapi menjadi amalan dan ianya dianggap “daging yang membaluti kerangka perlembagaan” (the flesh that covers the bare bones of the constitution).

Ia adalah satu kiasan yang mengibaratkan perlembagaan sebagai satu rangka bernyawa yang hanya lengkap dan berfungsi dengan sempurna sekiranya ianya dibaluti oleh tubuh. Bolehkah satu benda bernyawa berfungsi dengan rangka sahaja tanpa daging tubuhnya?

Oleh itu, saya selaku salah seorang Ahli Dewan Negeri Selangor menegaskan bahawa:

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor dan/atau mantan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor bukanlah pihak berkuasa (authority) yang selayaknya menafsir Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor mengikut tafsiran sendiri;

baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan fungsi baginda seperti yang dinyatakan dalam peruntukan Fasal 55 (1) dan (1A), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959;

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan hendaklah bukan sahaja menyembahmaklum dan mendapat perkenan baginda DYMM Sultan Selangor tetapi juga mengambilkira bahawa baginda adalah Raja Berperlembagaan yang hendaklah bertindak mengikut nasihat MMKN yang lazimnya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor; dan

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor bukanlah termasuk dalam kuasa budi bicara baginda DYMM Sultan Selangor yang dinyatakan oleh Fasal 55 (2) yang membolehkan baginda bertindak tanpa merujuk dahulu kepada dan mendapat nasihat dari MMKN yang sekian lamanya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Sekiranya perkara ini telah dijalankan mengikut peruntukan dan konvensyen (adat dan adab) perlembagaan dengan melibatkan DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Negeri, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Ketua Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan membuat pelantikan, saya percaya maka sudah tentu tidak timbul isu berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Demi menjaga keharmonian dan keberlansungan pentadbiran Negeri Selangor yang tercinta ini, harapan saya janganlah mana-mana institusi yang sewajarnya, dibelakangi dalam perkara berkaitan pelantikan jawatan utama Kerajaan Negeri Selangor. Apakah boleh pula sekiranya jawatan Ketua Setiausaha Negara dilantik oleh SPB Yang di-Pertuan Agong tanpa merujuk dahulu kepada YAB Perdana Menteri?

Jika ada pihak yang hanya melihat peruntukan perlembagaan atau undang-undang tubuh secara tersurat sahaja tanpa mengambilkira konvensyen, pastinya SPB Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytihar darurat tanpa perlu mendapat nasihat dari Jemaah Menteri yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri. Ini peruntukan yang tersurat dalam Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.

Namun hakikatnya, dan mahkamah juga telah menyatakan bahawa, mengikut konvensyen, SPB Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytihar darurat tanpa dinasihati oleh YAB Perdana Menteri yang mewakili Jemaah Menteri.

Mengapa diperingkat persekutuan SPB Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat YAB Perdana Menteri dalam perkara yang secara tersurat tidak pula menyebut baginda perlu mendapat nasihat YAB Perdana Menteri tetapi di Negeri Selangor, seolah-olah DYMM Sultan Selangor boleh bertindak tanpa mendapat nasihat YAB Dato’ Menteri Besar hanya dengan alasan bahawa peruntukan undang-undang tubuh tidak menyatakan secara jelas baginda perlu merujuk kepada YAB Dato’ Menteri Besar? Adakah SPB Yang DiPertuan Agong sahaja Raja Berperlembagaan di dalam Negara ini?

Ini adalah jelas satu tindakan yang berpilih dan tidak sama-rata. Gambaran yang terpampang kepada rakyat adalah dua layanan yang berbeza; satu untuk Pakatan Rakyat dan satu untuk Barisan Nasional.

Saya mengajak semua pihak untuk mengingati episod memalukan di Negeri Perak, berkenaan tindakan menggantung ADUN Bebas pro-BN oleh Speaker Perak telah dicabar di mahkamah, tetapi dalam kes penggantungan ahli parlimen dari Pakatan Rakyat seperti Dato’ Sri Anwar Ibrahim, menteri berhujah bahawa kuasa Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato’ Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan “beraja di mata, bersultan di hati” oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.

Dalam sejah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.


Shuhaimi Shafiei
ADUN Sri Muda

PERTEMUAN PAS - UMNO, TIDAK SALAH DAN TIDAK JANGGAL ASALKAN.....

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH lagi mahu mengulas tentang dakwaan berlakunya pertemuan PAS-Umno seperti yang dihebohkan sekarang. Apabila membaca tulisan rakan saya di sini, saya amat bersetuju dengan soalannya iaitu `Apa salahnya PAS berjumpa dan berbincang dengan Umno?'.

Memang tiada salahnya mana-mana pemimpin dari PR untuk berjumpa dengan mana-mana pemimpin dari Bn, apatah lagi dengan pemimpin negara. Bukan kita tidak pernah dengar bahawa banyak kali pemimpin dari PR termasuk dari Ketua Pembangkang DS Anwar berhajat untuk berjumpa dan berbincang dengan pemimpin kerajaan berkaitan banyak isu negara. Malangnya, keinginan untuk berjumpa dan berbincang sering tidak mendapat layanan dari pemimpin kerajaan.

Berbalik kepada pertemuan atau perbincangan PAS dengan Umno itu, kita cuma sekadar mahu bertanya pertemuan dan perbincangan yang didakwa berlaku itu untuk apa? Apa matlamat pertemuan dan perbincangan tersebut? Sekiranya perbincangan untuk menyatu padukan orang-orang Melayu, tentu lebih lojik parti sekutu dari PR juga dipanggil berbincang kerana parti ini juga mempunyai lebih separuh ahlinya dari kaum Melayu. Malahan, di dalam DAP pun ramai kaum Melayu menjadi ahli dan pemimpinnya.

Sekiranya berbincang atas nama perpaduan Islam, tentulah lebih baik dan inilah yang dituntut oleh agama Islam. Namun, tidak boleh juga dielakkan untuk membabitkan rakan sekutu di dalam PR kerana ramai ahli dari parti ini yang berugama Islam. PKR juga diterajui oleh pimpinan yang berugama Islam. Jadi, kesemuanya tertakluk di atas tujuan apa pertemuan tersebut boleh diadakan.

Saya tidak mahu mengandaikan pertemuan itu, jika benar berlaku adalah kerana untuk membincangkan UG (Kerajaan Perpaduan). Saya percaya isu UG telah lama ditutup buku oleh PAS, dan PAS komited untuk terus bersama dengan PR. Ini adalah keputusan Muktamar PAS sebelum ini.

Rumusannya, pertemuan PAS - Umno bukanlah sesuatu yang janggal demi kebaikan rakyat dan negara, tetapi akan dilihat janggal jika pertemuan itu dirahsiakan dari rakan sekutu dari PR./wfauzdin.blogspot.com

KEMBALIKAN SEMULA KEGEMILANGAN PESTA BOLA MERDEKA, KITA BOLEH !!

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan yang telah berjaya muncul sebagai Juara Piala AFF Suzuki yang baru berakhir malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Meskipun tewas 1-2, pasukan kita telah menunjukkan prestasi yang sungguh membanggakan kerana masih berjaya membolosi gawang Garuda di gelanggang lawan.

Amat bersetuju sekiranya Jurulatih Kebangsaan Rajagopal diberi anugerah atau pingat di atas usaha gigih beliau selama ini menaikkan imej bolasepak negara. Memberi pingat atau anugerah kepada tokoh sukan seperti ini jauh lebih baik dan berfaedah daripada memberi pingat atau anugerah kepada artis, lebih-lebih lagi seperti Shah Rukh Khan.

Apakah langkah Malaysia selepas ini? Saya mengharapkan bolasepak di negara kita terus berkembang dan terbukti tanpa pemain import di dalam Liga M, kita mampu menampilkan pemain yang berkualiti. Mungkin langkah FAM yang tidak menggunakan khidmat pemain Import di dalam Liga M sebelum ini memberikan impak besar di atas kemajuan bolasepak negara. Bayangkan, jika kita masih menggunakan pemain Import mungkin kita tidak dapat mencungkit bakat yang ada pada Norshahrul Idlan Talha, Shafik Rahim dan beberapa pemain muda yang lain.

Sudah sampai masanya Malaysia megembalikan semula kejohanan Pesta Bola Merdeka sebagai kejohanan bertaraf elit sepertimana di zaman sebelum 80-an dahulu. Pesta Bola Merdeka suatu ketika berjaya menarik minat beberapa negara gergasi Bola Sepak seperti Jepun, China, Korea Selatan, Arab Saudi dan beberapa negara Asia yang lain. Ketika itu, negara kita amat disegani di rantau Asia. Malangnya, setelah bolasepak negara merudum ke tahap yang amat teruk, Pesta Bola Merdeka jatuh tarafnya sehingga disertai oleh beberapa kelab luar negara sahaja.

Kini, tibalah saatnya FAM memikirkan kembali untuk menaikkan kegemilangan Pesta Bola Merdeka yang dahulunya diadakan setiap tahun. Kita tidak lagi boleh menumukan kepada Liga Tempatan semata-mata kerana negara luar kini semakin fokus kepada bolasepak antarabangsa. Sekali lagi, syabas buat semua pemain dan jurulatih serta pengurusan FAM. /wfauzdin.blogspot.com

Fakta - Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR

KPRU | Dec 29, 2010

Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN

Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.) Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.

Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/)

Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19)

Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.

Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009

Melaka dengan Pulau Pinang

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.

Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.

Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).

Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya. Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan. Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)

Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka


PENTADBIRAN NEGERI

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah. Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50)

Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.

Kajian Kes: Isu Curi Pasir

Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor. Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.

Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor. (Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50)

Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.

Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan. Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.

Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang. Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta. Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Melaka dengan Pulau Pinang

Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang. Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali. Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat. Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga. Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang? Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya. Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta. Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung? Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. (Eye on Malaysia jadi 'gajah putih' )

PENDEMOKRASIAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:

1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
4. Menghidupkan semula SELCAT;
5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
6. Mengumumkan aset Exco Selangor;
7. Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.

Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka. Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat. Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:
1. Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
2. Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
3. Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.

Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka. Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional. Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.

Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi. Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan. Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Rujukan am:
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
2. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
4. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
5. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
6. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
7. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
8. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
9. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
10. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009

Disediakan oleh,
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

Sumber: MerdekaReview

DEBAT - MENGAPA PEMUDA UMNO TAKUT?

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Larut mahu Pemuda Umno bahagian itu mengotakan janji dan tidak berdolak dalik berhubung penyertaan mereka dalam forum 'Islam dan Melayu' yang dijadual 1 Januari ini.

Naib Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Akmal Kamarudin (gambar) berkata, pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat itu.

"Asalnya akan dibuat di Dewan Padang Astaka, Batu Kurau yang ditetapkan sendiri oleh pemuda Umno, tapi kemudiannya dia bagitahu dewan tak dapat.

"Tak cukup dengan itu, kita dah buat hebahan, kain rentang semua, tiba-tiba semua kena cabut atas arahan dapat amaran pihak polis.

"Kita tidak tahu kenapa, sedangkan kita dapat kelulusan gantung banner dari Majlis Perbandaran Taiping," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, kepada Harakahdaily.

Debat itu pada asalnya dicetuskan Pemuda Umno Larut sendiri yang mencabar Pemuda PAS Larut dan kemudiaannya dipersetujui bersama dengan tajuk 'Islam dan Melayu'.

Inisiatif penganjuran debat itu kemudiannya disambut Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) yang bersedia menjadi penganjur debat itu.

Akmal turut memaklumkan, beliau mendapat maklumat pemuda Umno Larut mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi Umno agar membatalkan debat tersebut.

"Apapun alasan, kita nak pemuda Umno jangan berdolak dalik, kotakan janji anda kerana anda yang mencabar debat ini,"katanya mengharap.

Ekoran masalah tempat yang berlaku, Pemuda PAS Perak katanya telah mencari tempat alternatif baru iaitu di Dewan Majlis Bandar Selama.

Selain permit bagi mengadakan program itu telah dipohon, mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi memberi jaminan keselamatan kepada pihak keselamatan itu.

Debat itu akan mempertemukan Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din dan Ketua Pemuda Umno Larut, Mohamad Anuar Arifin.

Manakala Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid akan menjadi perantara majlis.

Pada 26 Disember lalu, Dewan Pemuda PAS Pusat turut membuat program sama dengan tajuk Polemik Ketuanan Melayu.

Forum yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang itu menampilkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Ahmad Sabky Yusof, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd Rahman dan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu & Bumiputra (MPM), Dr Hasan Mad.

Bagaimanapun hasrat untuk bersama pemuda Umno membincangkan perkara itu tidak tercapai apabila majlis tertinggi Umno didakwa tidak membenarkan mereka menyertainya./Harakahdaily

Program 100 Hari : Hanya Orang Tidak Waras Tolak Tawaran PR

Oleh: sofiwahab

"Bagi saya hanya orang tidak waras yang menolak tawaran program 100 hari PR memerintah. Ini kerana semua program yang ditawarkan itu benar-benar memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
Orang yang tidak waras sahaja menolak tawaran kebajikan tersebut.

Antara tawaran yang jelas memberikan kelebihan dan meringankan beban rakyat ialah tawaran penghapusan tol dan menaikkan elaun guru-guru sebanyak RM500.

Negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2, baru-baru ini.

Begitu juga dengan cadangan untuk memansuhkan tol serta pembayaran kepada para pendidik.

10 janji yang dinyatakan oleh PR bukannya satu retorik politik. Ia juga bukannya omongan kosong yang akan memufliskan negara. Apa yang kita nyatakan adalah hasil dari perkiraan dan congak yang telah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ianya dijadikan sebagai satu matlamat untuk dicapai sekiranya PR berjaya memerintah negara.

Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak harus merasa gentar dengan janji yang kita buat sebagai sebuah kerajaan yang akan memerintah negara sekiranya berjaya memenangai pilihan raya umum yang akan datang.

Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bahawa negara akan muflis sekiranya apa yang dicadangkan oleh PR dalam janji 100 hari itu dilaksanakan juga merupakan lemparan dakwaan yang meleset.

Negara akan bertambah bankrap sekiranya sokongan terus diberikan kepada BN untuk memerintah negara.

Dengan kuasa yang ada pada BN maka rasuah akan berleluasa, korup dan penyelewengan akan bertambah parah.

Rakyat akan menjadi mangsa apabila harga barangan dinaikkan hasil dari tindakan pemimpin BN yang tidak cekap mentadbir negara.

Selama ini pun kita telah merasai bagaimana kenaikan harga barangan keperluan yang memberi kesengsaraan kepada rakyat dalam jangkamasa panjang.

Sekiranya kita tidak mahu kuasa disalahgunakan oleh BN yang memimpin, maka rakyat mesti yakin dan mengubah sokongan mereka secara drastik kepada PR.

Fakta : Bagaimana PR selamatkan duit rakyat untuk pulangkan kepada rakyat? Jawapannya menghapuskan subsidi kepada syarikat penjana bebas IPP (RM20 bilion dapat diselamatkan); menghapuskan rasuah, penyelewengan (Selamatkan RM20 bilion setahun); menghentikan projek-projek membazir seperti (Pembinaan Menara Warisan, baik pulih rumah Najib - RM65juta dan lain-lain).
Sila layari http://mutaligat.blogspot.com

SUK SGOR - SOLAT HAJAT UNTUK SELAMATKAN ISTANA

SU MB: Tiada had tempoh pelantikan SUK

Dis 29, 10

Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani bahawa mereka lewat menghantar senarai calon setiausaha kerajaan (SUK) negeri, menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih calonnya terlebih dahulu.

NONESebaliknya, menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin (kanan), tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan SUK perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

“Tambahan pula, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku setiausaha kerajaan negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011,” katanya.

Berita Harian hari ini melaporkan Mohamad Munir mengulangi bahawa pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK negeri adalah muktamad.

Mohamad Munir juga dilaporkan berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu (7 Disember) sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

Dalam kenyataan hari ini, Faekah menjelaskan, dalam proses pemilihan yang dibuat pada 27 November lalu melalui Panel Pemilihan, menemuramah enam calon dari lapan nama yang dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

Solat hajat beri kekuatan pada Sultan

Panel itu diketuai oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan dianggotai oleh dua exco negeri iaitu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Xavier Jayakumar.

Nama yang disenaraipendek telah dipersembahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan pada 17 Disember lalu, kata Faekah.

“Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tata cara yang baik, yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.

“Menteri besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” katanya Faekah lagi.

Sehubungan itu, menurut Faekah, Pakatan Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir dalam pelantikan jawatan itu dan merasakan ia “tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik”.

Justeru, tambahnya, selain memohon rakyat negeri itu bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi, kerajaan negeri menyeru orang ramai mengadakan solat hajat “bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin negeri dalam menangani salah faham ini”.

“Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing,” katanya./Malaysiakini

Rabu, 29 Disember 2010

TIDAK PERNAH AKU JUMPA MANUSIA SEBODOH PAPAGOMO INI....

PAPA GOMO tipu lagi tapi kantoi lagi

TERBARU : PAPA GOMO SI PENIPU SUDAH TERKANTOI DALAM ISU ZINA ADUN SELISING


Ini adalah Siri Empat Membongkar Fitnah Zina terhadap Adun Selising


Sekarang,Siri Keempat ini adalah sambungan kepada Siri Tiga.Secara bertanggungjawabnya,penulis akan membongkarkan helah dan penipuan Nadi Rakyat diketuai Azmy Awang Kelana Jaya,Papa Gomo,Pas Beruk dan lain-lain.

Sebenarnya,penulis sudah seperti mahu membiarkan puak-puak ini meroyan dalam facebook,namun kerana mereka siang dan malam asyik menghantar fitnah yang sama,maka penulis merasa terpanggil untuk mengkaji tulisan mereka dalam facebook dan blog mereka untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan dalam hal ini.

Perlu diingatkan,penulis dari awal hingga sekarang tidak menyokong kalau benar-benar Adun Selising itu berzina,malah akan menentang beliau.Tapi biarlah dengan berbukti bukannya bersikap menipu seperti ini. Seawal pendedahan tersebut,penulis di bawah akaun Facebook Anak Rusa Nani secara terus-menerus menggesa Waris AMP (antara cybertroop terawal yang membangkit isu zina ini melalui Paper Warisnya).

Penulis telah menggasak beliau terus-terusan untuk menyatakan tarikh dan masa zina itu berlaku,namun mereka semua mengelak untuk menjawab.

Oleh itu,dalam entri ini,marilah meneka siapa dia Saidi Hussin ini?

Saidi Hussin dikatakan sebagai Bekas Ketua Keselamatan Pas Pasir Puteh,Ketua Keselamatan Pondok-pondok Kelantan dan Bekas Ketua Keselamatan Nik Aziz.Persoalannya mana satu yang betul?

Ketua Keselamatan Pas Kelantan atau Pasir Puteh atau Nik Aziz atau Pondok-pondok?

Banyak benar jawatan yang ditulis oleh puak-puak pemfitnah sehingga kita sendiri tidak tahu mana satu yang benar dan mana yang satu yang tidak benar.

Dikhabarkan Si Saidi ini telah bertindak keluar Pas selepas dikatakan Nik Aziz telah cuba menyogok saksi utama kes ini sebanyak RM20 000.Oleh itu,apakah pekerjaan Si Saidi ini sekarang?Berikut apa yang penulis dapat daripada laporan Utusan Online sendiri.

Terjemahan:
Beliau yang kini PENGERUSI JAWATANKUASA
KEMAJUAN KAMPUNG PERSEKUTUAN (JKKP) tanpa mukim
bagaimanapun tidak menolak serangan.....ini.

Sumber berita:
Laporan asal
Rupa-rupanya,Si Saidi yang kononnya dinggap ikhlas membongkar kejadian zina ini kerana Allah adalah Pengerusi JKKP di Pasir Puteh atau dalam bahasa mudahnya Ketua Kampung Umno tanpa mukim di Pasir Puteh.

Oleh itu,maka kini sudah tahu bahawa tindakan Si Saidi untuk apa.Mula-mula ketika isu ini baru didedahkan, ramai juga rakan-rakan penulis atas pagar percaya sepenuhnya dan ada yang percaya separuh-separuh.

Namun begitu,setelah mereka mula menggelabah dengan penafian balas dan pertanyaan balas banyak pihak, sandiwara dilanggar dan ditetak telah menyebabkan orang yang percaya sudah tidak percaya,lagi-lagi setelah Si Saidi langsung tidak cedera dilanggar dengan kereta walaupun "keretanya" remuk teruk.

Persoalannya,apakah jawatan sebenar Saidi ketika dalam Pas?Ada seorang pencacai Umno kata Ketua Keselamatan Pondok-pondok,Utusan Malaysia pula kata bekas Ketua Keselamatan Pasir Puteh.Tapi,bila mari si Papa Gomo pula,katanya Si Saidi ini bekas pengawal peribadi Nik Aziz pula.Akhirnya,rupa-rupanya dia adalah seorang JKKKP rupanya.


KISAH SEDIH SETERUSNYA SAIDI HUSSIN

Semalam,satu keping lagi gambar sedih bertaraf Bersamamu dan Jejak Kasih mula dikeluarkan oleh puak-puak fitnah menunjukkan "rumah" sebenar Saidi Hussin yang daif dan usang.

Dalam hal ini,kita sendiri tidak tahu adakah benar atau tidak rumah tersebut benar-benar rumah Saidi atau tidak,tapi penduduk Kampung Sungai Gali Pasir Puteh boleh menjawab sama ada benar atau tidak rumah tersebut rumah Saidi atau tidak kerana gambar-gambar Saidi sebelum ini berlatarbelakangkan rumah batu yang besar.

MARI KITA NILAI BERSAMA:

Gambar-gambar Sebelum Ini:

Pertama Kali Saidi Hussin
diperkenalkan pada publik:
berlatarbelakangkan rumah banglo

Seterusnya,kali kedua diperkenalkan:
berlatarkan halaman rumah banglo setingkat
(standard rumah banglo Kelantan)

TIBA-TIBA....
SEMALAM
INILAH RUMAH SAIDI

usang
BENARKAH INI ISTERI SAIDI?
Bertubuh Besar Seperti orang Arab?
Atau Parpu Kari yang menyamar?
PERNAHKAH WANITA MALAYSIA MEMAKAI
JUBAH SEBEGINI?INI JUBAH FOREIGNER ARAB...
APA BELI DI BUKIT BINTANG KE?

Sedih sungguh hidup Si Saidi.Mana pergi elaun JKKP?Itu baru elaun JKKP,takkanlah engkau tiada kerja lain?Bukankah elaun JKKP naik lepas ini?Pergilah cat sedikit "rumah" engkau itu.

Kerajaan akan menaikkan hampir 100 peratus elaun bulanan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP, Tok Batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi kampung baru.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kadar elaun bulanan mereka dinaikkan kepada RM800 berbanding RM450 sekarang.


PAPAGOMO KANTOI MENIPU...APA KES?

Dari blog penipu Papa Gomo:

Papa Gomo dan Saidi
Kalau ikut latar masa dalam sebelum atau selepas Asar

Khamis lalu Gomo bersama sama Azmy Awang Kelana dan Pas Beruk hadir membuat liputan di Pasir Puteh Kelantan berhubung isu Adun Selising Saiful bahri yang di tangkap Khalwat bersama Isteri seorang Guru di Koch VIP 1 Kereta Api tanah melayu sebelum PRU12 yang lalu.

Sehari suntuk kami team Nadi Rakyat membuat temubual dan meninjau segala bentuk lokasi termasuklah rumah Ustaz Saidi sendiri yang terletak di Pasir Puteh Kelantan. Sampai sahaja di rumah beliau kami di jemput untuk menjamu minuman dan di sertakan dengan Biskut Tawar oleh Isteri Ustaz Saidi. ternayata kehidupan yang sederhana dan bukan mencari kekayaan semata mata.


Betul kau sehari suntuk di Pasir Puteh pada hari Khamis Gomo?Kalau ikut gambar di rumah Ustaz Saidi tersebut,Gomo and the gang ada di sana dalam lingkungan jam 3 hingga 5 kerana hari masih cerah. Tapi, ini yang penulis dapat daripada status facebook Si Penipu:


STATUS GOMO JAM 7.42 MALAM HARI KHAMIS:
Selamat Sampai di Pasir Puteh

Sekejap,sekejap...Kalau engkau tiba sekitar jam Tujuh Malam hari Khamis,siapa pula yang temuramah Si Saidi Jam Tiga hingga Lima tadi?Pelik ni,status facebook yang betul atau blog engkau yang menipu?Waktu juga penting untuk menentukan alibi.

Seterusnya,si penipu menulis:

Banyak isu yang kami bualkan termasuk lah juga dengan pengalaman beliau sewaktu bersama PAS yang mana waktu itu menjawat jawatan Ketua Keselamatan Pondok Pondok Kelantan dan Pengawal Peribadi Nik Ajis.

Perjuangan Beliau adalah Ikhlas dan bukan lah untuk mencari kekayaan semata mata. malah beliau juga berkata sewaktu dalam PAS lagi beliau di tawarkan bermacam macam imbuhan terutama nya dari tauke balak dan orang yang ingin bertemu dengan Nik Ajis.

Sempat juga kau kutuk Nik Aziz ya.Dasar pencacai Umno sungguh.

Sambungan Si Penipu lagi:

Untuk makluman semua, selesai kami menemubual ustaz Saidi kami bertiga bergerak ke Pasir Puteh bagi menjamu makan malam dan seterusnya bergerak menuju ke Kuala Lumpur.

Okay,kalau ikut penipu ini,selepas mereka menemuramah Ustaz Saidi,mereka akan pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga.Tapi,sila lihat status di facebook penipu ini seperti berikut:


Status Penipu Jam 10.43 malam (Khamis):
Baru lepas makan di P.Puteh.OTW ke
Kota Bharu.Check in bilik

Pelik wal ajaib.Dalam blog engkau kata lepas makan terus chow ke KL.Ini kenapa di facebook kata mahu ke Kota Bharu pula.Mana yang betul mana yang salah ni Penipu?

Okay,kemudiannya,mari kita baca sambungan penipuan si Gomo ini:

Dalam perjalanan kami itu jam kira kira 12 malam kami terima panggilan talifon yang menyatakan Ustaz Saidi telah di TETAK oleh 3 lelaki tidak di kenali di rumah Beliau yang mana kami kunjungi awal siangnya.


Kami yang waktu itu sedang dalam perjalanan pulang berhenti di tepi jalan dan dalam keadaan yang agak cemas serta memohon Allah Swt agar menyelamatkan Ustaz Saidi dari sebarang bencana. malah kami juga waktu itu merasakan apa yang berlaku ke atas Ustaz Saidi apabila di tetak merupakan kesalahan kami kerana kemungkinan ada yang telah mengekori Ustaz Saidi melihat temubual kami di rumahnya.

Selesai mendapat makluman susulan bahwa tidak ada kecederaan serius ke atas Ustaz Saidi maka kami meneruskan semula perjalanan ke Kuala Lumpur dan masa di dalam kenderaan kami itu juga kami semua tidak HENTI HENTI MEMAKI HAMUN PAS yang sememang nya Menggunakan Samseng dalam cubaan menutup mulut Saksi Ustaz Saidi ini.

Kah..kah..kah...dengan penyokong membuta tuli Umno bolehlah ditipu,tapi jangan cuba ditipu orang yang suka siasat menyiasat macam aku ini.Engkau kata dalam jam 12 malam (maknanya sudah beralih kepada hari Jumaat 24 Disember),satu panggilan telefon mengatakan Saidi telah ditetak.Tapi,engkau kata engkau telah on the way ke Kuala Lumpur dan hanya berhenti sekejap untuk menerima panggilan tersebut.Setelah tahu tiada kecederaan serius pada Saidi,engkau meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Itu yang engkau tulis dalam blog.Bagaimana pula status di facebook engkau?Mari kita lihat bersama-sama:


Status Jam 1.19 pagi (Jumaat):
Gomo sudah bergerak ke Balai Polis P.Puteh
dari KB (aik....tadi cakap sudah OTW ke KL) Mana
satu yang betul ni penipu?

Status Jam 2.41 Pagi (Jumaat):
OTW ke KB...Bukankah penipu ini
kata OTW ke KL?
Semakin hari,semakin terbongkar rahsia penipuan-penipuan mereka.Lihat,perancangan mereka sudah cukup baik tapi silapnya adalah perancangan Allah itu lebih baik.

Adakah dengan pendedahan percanggahan maklumat dari blog dan facebooknya sendiri Si Penipu Besar ini masih mahu berdolak dalik?

Lihatlah bagaimana dalam isu kereta Saidi dilanggar pun dia tidak berani untuk mengulas.Kerana apa?Jawapnya kerana terkantoilah....

Langsung tidak berani komen
No comment...

Sesungguhnya mereka merancang,dan Allah juga merancang
Dan Allah itu Sebaik-baik Yang Merancang.

Blog:kamisokongpas

PERTEMUAN PAS-UMNO, HARAKAHDAILY MESTI CEPAT BERTINDAK

Oleh: WFAUZDIN NS

HANGAT di merata blog pro PR tentang isu pertemuan pimpinan PAS dan Umno yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden kedua-dua parti tersebut di Terengganu baru-baru ini. Lebih menarik lagi, diberitakan bahawa Mursyidul Am PAS juga diseret untuk menghidupkan kembali agenda `Kerajaan Perpaduan' yang di`haram'kan oleh Muktamar PAS yang terakhir.
Alhamdulillah, mengikut berita dari blog Malaysiawaves, Penarik Beca dan beberapa blog lain, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz sekali lagi menyelamatkan keadaan. Dan, usaha pihak berkenaan gagal samasekali. Persoalannya, benarkah berita ini?

Apabila kita disajikan berita seperti ini, mungkin ada yang percaya dan mungkin ramai yang tidak percaya. Maklumlah, PR khususnya PAS sedang menghadapi PRK Dun Tenang sebuah kawasan di Johor yang begitu kuat `Melayu'nya. Tentulah bagi mereka yang tidak percaya mengatakan itu merupakan satu agenda untuk meranapkan kerjasama PAS dengan rakan sekutu di dalam PR. Manakala, bagi mereka yang percaya berita ini mereka juga ada hujah dan dibuktikan dengan tulisan oleh YB Abdul Fatah Harun pemimpin PAS Kelantan di dalam Face Book nya.

Oleh kerana ada yang percaya dan ada yang tidak percaya, ramai yang was-was dengan berita ini, kita ingin bertanya pula apakah fungsi Harakahdaily? Mengapa media PAS yang sering menjadi rujukan rasmi ahli-ahli PAS serta penyokong-penyokong PR begitu lembab untuk menyiarkan kenyataan samada mengesahkan atau menafikan berita seperti ini? Peranan media rasmi seperti Harakahdaily mestilah menjaga nama baik parti dan memelihara ahli-ahli parti dari mempercayai berita yang mungkin sahih atau tidak. Justeru itu, Harakahdaily mesti mengeluarkan kenyataan walaupun sebaris ayat.

Jangan salahkan penyokong atau ahli jika mereka `tersesat' dengan berita-berita yang karut-marut, sedangkan media parti pun tidak peka dengan kehangatan isu ini. Mudah-mudahan Harakahdaily segera menjawab isu ini sebelum diperbesarkan oleh mereka yang tidak mengetahui hujung pangkal cerita sebenar./wfauzdin.blogspot.com

GEMPAR - UMNO, PAS BERTEMU ? YB ABDUL FATAH MESTI JELASKAN


Terkejut saya membaca posting Facebook dari YB Abdul Fatah Haron seperti di atas. Saya tak sangka agenda "PERPADUANG" masih wujud. Kalau YB Fatah berani mengeluarkan kenyataan terbuka sebegini, ertinya maklumat ini sudah tentunya sahih dan benar.

Aktiviti perjumpaan dalam gelap sememangnya sedang diteruskan. Maklumat saya dapat dari "dalaman PAS", ianya diteruskan dan ianya berlaku baru-baru ini di Kuala Terengganu. Perjumpaan yang berlaku sebelum Presiden pergi ke London untuk melancarkan PAS Representative Council. Perjumpaan itu telah menjemput Tok Guru Nik Aziz untuk hadzir dan beliau tiba dalam keadaan Presiden dan Timbalan Presiden sedang menunggu bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

(Sebab apa berlaku di Kuala Terengganu, saya tak boleh terang, bahaya)

Syukur dalam perjumpaan tersebut, Tok Guru Nik Aziz telah "membasuh" semua yang hadzir dengan memberi hujjah yang mantap bahawa masalah umat Melayu di Malaysia adalah berpunca dari UMNO. ALLAHUAKBAR!!!!!!

Saya hairan, bagaimana kepimpinan tertinggi dalam PAS masih mahu berkhalwat dan ber"zina" dengan pemimpin2 UMNO yang telah meluluskan lesen judi bola. Adakah mereka tidak sedar mereka telah memungkiri janji yang mereka buat pada Jun 2009 lepas?

Bukankah keputusan perjumpaan khas Jun 2009 menyatakan isu kerajaang perpaduang telah ditamatkan. (Lihat video di bawah)

TAPI, MENGAPA PERJUMPAAN DALAM GELAP SEPERTI INI MASIH BERLAKU??? Mengapa mahu terus menipu dan memperdayakan ahli-ahli serta penyokong kamu? Sudahlah dulu kamu tipu, sekarang ni kamu mahu menipu lagi?

Kalau kepimpinan PAS tidak dibersihkan dari mereka yang sudah dibeli oleh korporat2 UMNO, selagi itulah PAS akan ditunggang oleh UMNO seperti kuda./Malaysiawaves

Blogger:

Aku harap berita ini berita fitnah menjelang PRK Dun Tenang di mana PAS akan mewakili PR. Tetapi, mengapa pimpinan PAS YB Abdul Fatah Haron mengeluarkan berita ini di dalam FB beliau? Adakah beliau membuat fitnah atau memang benar perkara itu wujud? Aku harap ada penjelasan dari YB Abdul Fatah di dalam hal ini.

Seandainya (Na'uzubillah) berlaku rundingan seperti ini, maka apa ertinya PAS yang baru sahaja melancarkan kempen `PAS Ganti Umno'? Atau, mungkin perjumpaan yang dikatakan berlaku itu adalah rundingan agar Umno dibubarkan dan kesemuanya masuk PAS. Jika benar begitu, Alhamdulillah, kempen PAS telah berjaya.

Aku harap isu ini dapat diperjelaskan segera agar rakyat tidak keliru. Apapun aku yakin, PAS tidak sebodoh itu dan sehingga kini aku masih anggap cerita pertemuan PAS - Umno seperti di atas itu adalah cerita dongeng menjelang PRK Dun Tenang. Wallahu Aklam.