Sabtu, 15 Mei 2010

CERITA PALING KELAKAR ABAD INI !!

Saiful: BONTOT saya diliwat di Malaysia, Hong Kong, Bangkok & Singapura!

Berita Oleh: dewa

"SEWAKTU penulis duduk minum-minum teh di Macau, penulis membaca akhbar South China Morning Post yang dibeli kejap tadi di Hong Kong menceritakan kisah sedih bercampur lucu Saiful yang mendakwa lubang bontotnya telah diliwat Anwar di Malaysia, Hong Kong, Bangkok dan Singapura. Tak pernah kudengar mangsa liwat atau mangsa rogol yang sentiasa mengikut perogolnya ke seluruh dunia! Pendedahan gambar Saiful yang kelihatan cukup ceria dan happy sehari selepas 'diliwat' Anwar cukup bercanggah dengan keterangan Saiful. ULASAN dan Keratan akhbar luar negara disertakan:

"South China Morning Post
Anwar accuser claims he was raped in HK MALAYSIA

Agence France-Presse in Kuala Lumpur
May 14, 2010

The man who accuses Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy testified yesterday that he was raped by Anwar on trips abroad, including in Hong Kong, Bangkok and Singapore although he did not complain to police until after a later incident in Kuala Lumpur.... end".

INILAH dia 'mangsa' rogol/liwat yang paling kelakar dan bodoh. Adakah masuk akal bahawa seorang yang sudah diliwat berulangkali akan terus mengikut si peliwat ke seluruh dunia, dari Bangkok dan Singpura sehinggalah ke Hong Kong untuk terus diliwat??

Dan selepas itu, berjumpa dengan Najib, Musa Hassan dan Ezam untuk mengadu dan terus membiarkan bontotnya diliwat selepas itu??

SECARA peribadi, disebalik kesemua bukti jelas akan agenda konspirasi Najib-Rosmah dalam kes ini, keputusan kes ini sudah dapat dibaca:

"Ehem, ehem. Sekalipun saya mendapati bahawa keterangan saksi adalah sangat tidak konsisten dan bercanggah dengan kenyataan Najib dan saksi-saksi lain, dan terdapat 3 laporan doktor bahawa bontot Saiful tiada langsung kesan liwat, dan wujud bukti bahawa Saiful telah berjumpa dengan Najib, Ezam dan Musa Hassan sebelum 'diliwat', dan wujud persepsi jelas adanya konspirasi, saya mendapati ANWAR BERSALAH atas kesalahan meliwat-liwat bontot Saiful kerana saya sangat sangat berpuas hati dengan laporan doktor kerajaan bahawa wujud air mani Anwar yang membuak-buak dalam bontot Saiful yang telah tidak membasuh bontotnya sewaktu mandi wajib dan telah tidak solat untuk menjaga 'bukti' dilubang bontotnya itu'..

Kui kui. Rasanya begitulah penghakiman yang akan keluar kelak. Minta simpang. Takut-takutlah dengan Tuhan.

p/s: WAKTU korang solat Jumaat nanti, ingatlah 'pengorbanan' Saiful yang telah tidak buang air dan tidak mandi wajib selama 2 hari sehingga terpaksa solat Jumaat dalam keadaan berhadas kerana 'kecemasan' yang dihadapinya.. kwah kwah..

Sumber: Tranungkite

USAHAKU BERJAYA, KATA IBLIS !!

Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh
Abdul Rahim Sabri
Mei 14, 10


Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

NONEMereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

NONEMajlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.

Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.

Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.

Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.

KNONEamaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.

Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.

Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.

ENONEkoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.

Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan./Malaysiakini

KEDAH - LOMPAT PARTI, INI JAWAPAN MEREKA

4 ADUN PKR, DAP nafi lompat parti
Abdul Rahim Sabri
Mei 14, 10


Tiga exco Kedah dari PKR dan seorang ADUN DAP, yang dikaitkan dengan spekulasi akan meninggalkan Pakatan Rakyat, menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka akan melompat parti.

Tiga exco PKR itu ialah S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik (Kota Darulaman).

Sebaliknya, mereka menegaskan bahawa mereka akan tetap dengan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Beratus kali saya telah katakan, saya selesa dengan pentadbiran negeri Kedah dan (dengan) parti saya. Tidak ada tekanan dan kekangan.

"(Jadi) kenapa perlu saya keluar dari Pakatan Rakyat," kata S Manikumar yang memegang portfolio pelancongan, hal ehwal masyarakat India dan Siam sejak setahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Manikumar berkata, beliau tidak putus-putus mendengar desas desus bahawa beliau akan melompat dari Pakatan.

Bahkan, katanya, beliau sudah 'mangli' dengan tindak tanduk pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab melemparkan tohmahan tersebut.

"Saya menasihatkan mereka ini agar menghentikan perkara karut ini. Jadilah bangsa yang bertamadun," katanya.

Manikumar juga berkata beliau bersedia menghadiri ceramah bertajuk "DUN Kedah Bubar?" anjuran PAS negeri itu pada 22 Mei ini, bagi menjelaskan pendiriannya kepada rakyat berhubung dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Manikumar berkata beliau masih belum mendapat makluman berhubung ceramah tersebut tetapi bersedia untuk menghadirinya.

Seorang lagi rakan exconya, Chow Kang turut menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya tak lompat... saya tak lari. Saya tetap dengan Pakatan. Saya tak lompat punya. Saya berpegang dengan politik yang selari dengan pantadbiran sekarang," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Tan yang memegang portfolio exco alam sekitar dan hal ehwal masyarakat Cina, meminta rakyat jangan meragui pendirian politiknya.

Mengulas mengenai jemputan PAS Kedah untuk menghadiri ceramah pada 22 Mei ini, Tan berkata beliau juga belum menerima jemputan atau dimaklumkan mengenainya.

Setakat ini, katanya, beliau belum membuat keputusan untuk sama ada memenuhi jemputan tersebut ataupun sebaliknya.

Sementara Soo Nee yang juga exco perdagangan dalam negeri & hal ehwal pengguna, perpaduan, dan pengurusan alam sekitar, kesal timbulnya dakwaan bahawa beliau akan melompat parti sejak beliau memegang jawatan tersebut.

Beliau mendakwa BN tidak mempunyai isu sehingga mengulangi cerita tersebut yang disifatkannya sebagai "cerita lama" dan "hanya memanaskan nasi yang telah sejuk".

"Lagi kita jawab, lagi mereka seronok. Bagi saya, lebih baik kita jangan jawab," katanya sambil menambah bahawa pendiriannya tetap bersama Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk menghadiri ceramah pada 22 Mei ini bagi menyatakan pendiriannya itu.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini Guan Aik berkata cerita tersebut telah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tegasnya, ia tidak benar dan sebenarnya DAP berdiri teguh menyokong kerajaan Pakatan Kedah yang ditunjangi oleh PAS.

Sebaliknya, beliau berkata, khabar angin sengaja disebarkan untuk mewujudkan rasa tidak yakin rakyat terhadap kerajaan negeri.

Guan Aik juga menyatakan kesediaannya untuk menghadiri ceramah anjuran PAS negeri pada 22 Mei ini untuk menjelaskan pendiriannya itu./Malaysiakini

1,000 ORANG HADIRI PENGKEBUMIAN ALMARHUM USTAZ ASHAARI

Jenazah Ashaari selamat dikembumi
Mei 14, 10 10:00am


Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat Rembau pada kira-kira pukul 10 malam semalam.

NONEJenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin pada kira-kira jam 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.
Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang semalam, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994./Malaysiakini

LAPORAN POLIS SAIFUL - UGUTAN ATAU INGATAN ?

Thursday, May 13, 2010

Saiful dakwa diugut lagi, buat laporan polis
Mei 13, 10

Saksi utama dan pengadu dalam kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan - mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Justeru, petang semalam, dia tampil membuat aduan di balai polis Sentul di ibu negara petang semalam kerana "bimbangkan keselamatan diri dan dan keluarganya".

Salinan laporan tersebut dimuatkan kembali dalam blog peribadinya pada hari yang sama.

Dalam aduannya, Saiful berkata, setelah pulang daripada memberikan keterangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, beliau menyedari terdapat pesanan di laman sosial Facebook daripada individu yang hanya dikenali sebagai "Badrul Hisham".

Menurutnya, pesanan berjudul "Dah bersediahkah anda" itu berbunyi:

"De... Wa nak tanya lu, lu pasti ke lu boleh hidup esok... Jangan aibkan orang, monyet pun jangan."

Sehubungan itu, menurut Saiful, pesanan itu merupakan satu ancaman serius terhadap dirinya.

"Saya pasti message (pesanan) ini mungkin dihantar disebabkan ketidakpuasan hati, ekoran keterangan-keterangan yang telah saya berikan dalam mahkamah mengenai pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung," laporan polisnya dipetik.

Dalam aduannya itu juga, Saiful berkata, pesanan itu merupakan ugutan kedua yang diterimanya sepanjang perbicaraan kesnya yang bermula daripada Februari lalu./Malaysiakini

Blogger:

Kalau saya jadi Saiful, saya anggap perkataan itu hanya sebagai ingatan bukan ugutan sahaja. Perkataan itu hanya mengingatkan kita tentang mati sebagaimana para Khatib Jumaat yang sering mengingatkan kita tentang mati. Justeru itu, ambillah iktibar, belum tentu kita hidup esok!! Maka, bertaubatlah jika sedar kita ini berdosa atau kaki fitnah.

Jumaat, 14 Mei 2010

KISAH LIWAT - MALU HENDAK LAPOR POLIS TAPI SIMPAN BUKTI DALAM DUBUR UNTUK APA?

AKU rasa sedikit pelik dengan kisah ini. Bila ditanya oleh Peguam, mengapa setelah diliwat tidak terus buat laporan Polis? Mangsa liwat ini menjawab, dia takut maruahnya tercemar. Di dalam masa yang sama dia sanggup tidak solat semata-mata untuk simpan bukti air mani dalam dubur dia. Untuk apa dia simpan selama 2 hari bukti itu dalam duburnya jika tidak ada niat dalam hatinya untuk membuat laporan bahawa dia diliwat?

Ini bererti dia memang ada niat untuk membuat laporan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku ke atas dirinya. Cuma, `timing' belum sesuai. Jika benar dia takut maruahnya tercemar jika dia membuat laporan Polis, itu pun tidak lojik kerana mana mungkin yang tercemar dirinya sedangkan dia mendakwa kejadian itu berlaku dalam paksaaan. Sewajarnya yang mendapat cemar adalah orang yang memaksanya melakukan liwat itu. Dia lebih takut dirinya tercemar kununnya malu kepada masyarakat sedangkan dia sanggup tidak solat selama tempuh itu. Tidak takut pada Allah kah atau lebih malu kepada manusia dari Allah?

Semasa dia bersumpah di dalam masjid, dia hanya sebut satu hari sahaja tarikh kejadian walaupun dia tersasul menyebut tarikh ketika itu. Mengapa dia tidak sebut dia pernah diliwat beberapa kali sebelum itu seperti yang dikatanya di mahkamah? Apa salahnya dia bersumpah bahawa dia diliwat beberapa kali sebelum itu? Kemudian, sejurus dia bersumpah ketika ditanya oleh wartawan dia mengaku hanya diliwat sekali sahaja. Lepas itu, di mahkamah berkata pula dia bahawa dia TERSILAP memberitahu hanya sekali diliwat. Dia salah tafsir pertanyaan wartawan ketika itu, katanya. Pertanyaan wartawan ketika itu amat mudah dan pendek untuk difahami iaitu ,"Ini kali pertama kamu diliwat?" Maka dia pun jawab dengan fasih dan lancar,"Ya, pertama kali". Di manakah bentuk soalan dari wartawan itu yang membolehkan dia rasa silap tafsir? Soalan begitu mudah untuk difahami.

Begitulah keadaan sebuah kisah di sebuah negara nun jauh di sana. Negara entah berantah itu dengar ceritanya kini telah dikuasai oleh APCO. Kisah ini akan bersambung dari masa ke semasa./wfauzdin.blogspot.com

BARU LEPAS SAMBUT MAULIDUR RASUL, BAWA JUDI MASUK PULA

KENYATAN MEDIA

Cadangan Menghalalkan Judi - Dasar Tidak Bertanggungjawab Yang Membawa Kehancuran
7 Mei 2010

Parti Keadilan Rakyat membantah keras cadangan kerajaan BN untuk menghalalkan judi pertaruhan sukan. Perkara ini telah dibangkitkan di parlimen oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau mencadangkan bahawa rancangan ini boleh dilaksanakan sebelum tibanya musim mengaut keuntungan dalam Piala Dunia yang akan bermula bulan hadapan.

PKR dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat. Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long.

Kerajaan BN tidak menghiraukan fakta bahawa golongan miskin dalam masyarakat akan menerima kesan buruk akibat pelaksanaan dasar judi ini. Biarpun perjudian merupakan tabiat yang wujud pada setiap peringkat golongan masyarakat, namun ia memberi kesan besar terhadap golongan berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak boleh kalah dalam perjudian mereka untuk cepat kaya. Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golonganyang kaya.

Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ia akan memperbanyakkan lagi pembuat pertaruhan haram dan 'jerung' ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.

Cubaan tidak masuk akal Awang Adek untuk meluluskan rancangan ini sebelum Piala Dunia menunjukkan betapa rakusnya BN untuk mengeruk duit Rakyat.

Warga Malaysia menyukai Piala Dunia dan sukan bola sepak umumnya. Menghalalkan perjudian akan hanya membawa lebih ramai orang ke dalam kancah kitaran ganas yang berakhir dengan kemiskinan dan ketagihan judi.

Lebih teruk lagi, kerajaan BN bersekongkol dengan agensi perjudian yang tidak telus dalam urus niaga kewangan dan keuntungan mereka, berbanding dengan negara-negara lain yang mana terdapat perjudian terkawal.

Cadangan ini hanyalah skim buat duit yang tidak bertanggungjawab dan dicadangkan oleh BN serta ianya merupakan permulaan yang berbahaya dan menghancurkan. Ia perlu ditolak dengan serta-merta.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat

KALI PERTAMA DILIWAT - SAYA SILAP TAFSIR, KATA SAIFUL

Saiful dakwa diliwat juga di HK, Singapura, Bangkok
Mei 13, 10


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya.

Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.

Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Tidak mandi langsung?

Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata " Ooo.. mahu simpan bukti".

Karpal: Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.

Karpal: Anus, anda tidak cuci?

Saiful: Tidak. Mahu simpan bukti.

Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.

Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal: Nasihat daripada siapa?

Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip) (bawah, kanan), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.

Merujuk pada laporan di laman web Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, 2008, Karpal meminta Saiful mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya kepada wartawan laman web itu sama ada wujud kesilapan di dalamnya.

Saiful diminta supaya membaca laporan dengan perlahan.

Selepas membaca beliau berkata beliau tidak dapat mengesahkan seratus peratus sama ada terdapat kesilapan di situ.

Bagaimanapun, Saiful ada mengakui terdapat kesilapan pada mukasurat ketiga di laporan itu iaitu pada ayat "pertama kali diliwat".

Kepada soalan Karpal Singh, adakah beliau memmberitahu sedemikian kepada wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan wartawan berkenaan.

Silap tafsir soalan


Karpal Singh dengan nada yang keras mengingatkan Saiful supaya bercakap benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman web itu.

Ditanya adakah beliau memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa beliau diliwat Anwar bagi kali pertama dan tidak pernah sebelum itu, Saiful berkata beliau silap mentafsirkan pertanyaan wartwan itu.


Kepada persoalan lain, Saiful menafikan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun, 2008, di kediaman, Najib, beliau mengadu yang beliau diliwat.

Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lepas memberitahu mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib kerana menceritakan masalahnya.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa berjumpa dengan Najib pada 24 Jun 2008, beliau ada memberitahu Najib yang beliau diliwat.

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Penyokong BN tapi undi Pakatan

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa pada Mac 2008, beliau merupakan penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional.

"Ya, saya memang penyokong kuat Umno tetapi telah mengundi Sivarasa (R.Sivarasa, Subang) di kawasan saya dan Elizabeth Wong," jawab Saiful sambil diikuti gelak ketawa hadirin dalam mahkamah.

Karpal: Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?

Saiful: Tidak setuju.

Sebelum Karpal meneruskan soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah kerana apa relevannya soalan tersebut serta soalan Karpal kepada Saiful adakah beliau daripada keluarga yang porak peranda.

Mohamed Yusof berkata saksi merupakan seorang yang muda dan soalan-soalan Karpal Singh tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.


Karpal menjawab soalan ini relevan kerana bagi menunjukkan wujudnya konspirasi politik terhadap anak guamnya yang didakwa dalam tuduhan meliwat Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Saiful juga berkata pada 26 Jun 2008, beliau bertolak daripada pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya, jam 1.30 tengah hari dan tiba ke kondominum, di tempat kejadian jam 2.45 petang.

Menjawab soalan Karpal Singh mengapa beliau mengambil masa selama sejam lebih, walaupun pejabat PKR ke kondomimium itu jaraknya tidak jauh, Saiful berkata semasa beliau keluar dari pejabat PKR, ada sebuah motosikal mengekorinya.

"Semasa saya keluar, saya perasan ada sebuah motosikal ikut saya, saya cuba hilangkan diri," katanya.


Beliau berkata semasa tiba ke kondominum itu, pintu tertutup tetapi tidak berkunci.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa semasa tiba di kondominum itu, Anwar berada di dalam bilik.

Selepas itu, Karpal memohon prosiding dijalankan secara tertutup.


Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Karpal Singh, bagaimanapun dengan nada bergurau beliau berkata kebiasaannya dalam kes jenayah, pihak pendakwaan yang membuat permohonan seperti ini, tetapi hari ini sebaliknya.

Mohamad Zabidin juga mengingatkan orang ramai yang berada dalam galeri awam supaya supaya tidak berada di dalam mahkamah itu semasa prosiding bersambung secara tertutup jam 2.15 petang.

- Bernama

LIWAT 11 - MISTERI MENGAPA SAIFUL KELIHATAN GEMBIRA?

Perbicaraan kes liwat II diteruskan hari ini biarpun terdapat permohonan oleh Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk mendapatkan pernyataan laporan polis Saiful. Perbicaraan juga semakin panas dengan berbagai soalan yang ditanyakan oleh Karpal kepada Saiful. Sesekali, Saiful seolah-olah marahkan Karpal kerana cuba mengugutnya dengan soalan-soalan perangkap yang dikemukakan. Apapun yang berlaku, perbicaraan pada hari ini dihangatkan dengan isu Saiful tidak cuci anusnya selepas diliwat Anwar dan mengaku tersilap memberi keterangan kepada media berhubung dengan kejadian liwat yang terjadi ke atas dirinya. Terdapat bneberapan soalan sulit yang mahu ditanya Karpal kepada Saiful dan beliau kemudiannya memohon prosiding diadakan secara tertutup. Hakim Mohd Zabidin bersetuju. Mahkamah kemudian berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula pada 2.15 petang ini. Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Perbicaraan Kes Liwat II Bersambung 31 Mei

Perbicaraan kes liwat II yang sepatutnya bersambung esok ditangguh sehingga 31 Mei selepas peguam Karpal Singh memaklumkan pihak pembelaan akan memasukkan afidavit berhubung keputusan hakim yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan keterangan bersumpah Mohd Saiful Bukhari di Mahkamah Rayuan esok

Saiful Jumpa Rodwan Kata Diliwat Luar Negara

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Karpal Pertikai Saiful Gembira Selepas Diliwat

Saiful dilihat “kelihatan gembira” sehari selepas beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Semasa pemeriksaan balas, peguam bela, Karpal Singh membekalkan sekeping gambar yang dirakamkan pada 27 Jun 2008, sehari selepas Anwar dikatakan meliwatnya. Saiful memberitahu mahkamah bahawa gambar itu menunjukkan dia di rumah Anwar semasa pertemuan Anwar dengan beberapa blogger. Karpal juga mempertikaikan kenapa Saiful kelihatan gembira berada di rumah Anwar, sehari selepas diliwat sedangkan dia takut dan tertekan akibat kejadian itu. Seorang lagi Peguam Anwar, Sankara Nair berhujjah sikap Saiful itu menunjukkan bahawa sehari selepas kejadian itu, Dia dan Anwar masih berkomunikasi dan bekerja seperti biasa. Apa yang memusykilkan kita, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (foto) sebelum sempat Saiful menjawap. Seolah-olah dia diamanahkan untuk menyelamatkan Saiful dari tersalah cakap dan akhirnya akan memerangkap dirinya.

Saiful Mengaku Tidak Cuci Anus Selepas Diliwat


Saiful mengaku bahawa dia tidak mencuci "anusnya" pada 26 Jun kerana mahu menyimpan bukti kononnya diliwat Anwar. Bagaimana pun dia mengaku mandi pada hari tersebut. Malah dia mengatakan tidak membuat laporan polis pada hari itu kerana takut akan merosakkan masa depannya.

Saiful Akui Tersilap Katakan Kali Pertama Diliwat


Saiful berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah (foto) menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah. Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap. Selesai membaca Saiful akui dia melakukan kesilapan bila mengatakan ini kali pertama dia diliwat oleh Anwar.

Saiful Buat Laporan Polis Kerana Terima Ugutan

Saksi utama dan pengadu dalam kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenali. Justeru, petang semalam beliau tampil membuat aduan di balai polis Sentul di ibu negara petang semalam kerana "bimbangkan keselamatan diri dan dan keluarganya". Salinan laporan tersebut dimuatkan kembali dalam blog peribadinya semalam.

[Rentetan perbicaraan kes liwat II hari ini, seolah-olah menyerlahkan lagi berlakunya konspirasi terhadap Anwar Ibrahim dalam kes ini. Soalnya sekarang kenapa Hakim menghalang Peguambela Anwar untuk mendapatkan keterangan bersumpah Saiful. Cuba fikirkan, dia siapa yang membolehkan berjumpa dan berhubung dengan orang-orang yang dipercayai terlibat dalam konspirasi liwat I seperti Musa Hassan, Rodwan Yusof dan sebagainya. Malah, dia siapa yang membolehkan berjumpa Najib Razak, Ezam Md Noor serta lain-lainnya?. Kenapa dia tidak terus lapor polis tanpa perlu berjumpa pihak terbabit?. Malahan, cuba difikirkan, mereka semua kini mendapat habuan masing-masing, Ezam (Senator), Musa Hassan (Ketua Polis Negara), Rodwan Yusoff (Ketua Polis Melaka), Gani Patail (Peguam Negara) dan ramai lagi. Bukankah ini sudah jelas untuk membuktikan kepada kita terdapat usaha ke arah itu sebenarnya. Manusia hanya merancang tetapi Allah yang akan menentukan segalanya].

Sumber: Pahang Daily

Khamis, 13 Mei 2010

LIWAT 11 - BLOG PRO UMNO SEMAKIN BENGAP?

Wednesday, May 12, 2010

Laman-laman web pro-UMNO/BN dengan jelas memberikan hujah berkaitan 377B atau 377C itu tidak penting, tetapi yang penting kata mereka 'masuk tetap masuk'. Tidak penting liwat paksa atau suka sama suka, tetapi kata blogger pro-UMNO/BN adalah masuk tetap masuk.

Namun yang ingin kita persoalkan hari ini adalah persoalan kredibiliti saksi. Jika Saiful Bukhari mengatakan liwat dilakukan secara paksa, maka siapa pula yang mengatakan secara rela? Apakah Peguam Negara, Polis atau Siapa?. Ini perlu dijelaskan. Saksi mengatakan yang berlainan dengan pertuduhan di mahkamah? Jika kenyataan saksi tidak konsisten, apakah ini mungkin menunjukkan bahawa yang mahu mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan ini adalah orang lain? Siapakah mereka? Adakah mereka individu yang ditemui Saiful Bukhari sebelum laporan polis dan pemeriksaan hospital dibuat?

Ini kerana tuduhan saksi tidak tepat dengan 'charge' yang dibuat. Pertuduhan adalah pertuduhan yang cacat dan salah. Jarang sekali jika berlaku sesuatu tuduhan oleh mangsa berlakunya pertuduhan yang salah. Jika seseorang kehilangan unta, maka yang didakwa dimahkamah adalah pencuri unta. Namun saksi memberikan kenyataan bahawa beliau mengetahui siapa individu pencuri kambing pula. Lain yang dituduh, lain pula kenyataan di mahkamah. Ini sungguh menghairankan kita. Kita persoalkan siapa yang sebenarnya mahu mendakwa Anwar Ibrahim?

Apakah ini pendakwaan konspirasi politik? Tidak nampak konsistensi kenyataan Saiful Bukhari dengan pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim. Ini kata peguam, apa pula kata kita sebagai rakyat dan anak muda?./nazreeyunus.blogspot

Ulasan Blogger:

Mengapa bodoh sangat Blogger Pro Umno tu? Tidak tahu beza ke liwat secara paksa dan rela? Susah sangat ke hendak beza rogol dengan zina? Memang la masuk tetap masuk,sama seperti rogol dan zina tapi tentulah jauh bezanya dari segi pertuduhan, mangsa atau tertuduh dan lebih-lebih lagi hukumannya. Itu lah pasal jangan duduk lama dalam Umno kerana akan menjadi gelap hati dan bengap. Lojikkah mangsa rogol boleh disamakan dengan pasangan berzina?

MCA Selangor: Keadilan untuk Beng Hock, Siasat kes rasuah!

Lim Hong Siang | May 10, 2010

Kerajaan pusat seharusnya mempercepatkan penyiasatan terhadap kes kematian Teoh Beng Hock, agar menegakkan keadilan untuk mendiang dan keluarganya. Di samping itu, kerajaan pusat juga harus memberi penjelasan kepada rakyat, dalam kes "banglow mewah Khir Toyo".

Demikianlah antara resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor kedua, yang diadakan di Jenjarom pada malam 8 Mei 2010. Pengerusinya, yang juga Naib Presiden MCA Pusat, Donald Lim Siang Chai (gambar kanan) memaklumkan keputusan mesyuarat kepada Oriental Daily, yang menyiarkan berita ini pada hari ini.

Donald Lim berkata, seandainya kerajaan gagal memberi penjelasan kepada rakyat dalam isu rasuah, maka ia akan memberi kesan kepada pilihan raya umum yang akan datang. Oleh yang demikian, Donald Lim mendesak agar kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) juga didedahkan kebenarannya dalam masa sesingkat mungkin.

Selain isu kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor yang dijumpa mati di bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), dan banglow mewah yang dimiliki bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor juga menggesa agar kerajaan pusat mengotakan janjinya terhadap masyarakat Cina ketika PRU ke-12, pada tahun 2008.

Donald Lim menyeru agar kerajaan pusat bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor, untuk menyelesaikan isu pembinaan dan perpindahan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, lantas mengatasi masalah kesesakan dalam sekolah Cina yang dihadapi pada hari ini.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

LESEN JUDI BOLA LULUS? TAHNIAH 1 MALAYSIA!!

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10


Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

S
ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa./Malaysiakini

Blogger:

Para-para Mufti ada komen tak? PERKASA pula bagaimana? Tidak mahu buat demontrasi ke? Bagaimana pula dengan Umno yang sebelum ini di Hulu Selangor bukan main jaja cerita kuda Dato' Zaid Ibrahim yang kununnya melibatkan judi? Bukan main lagi Umno ketika seperti anti sangat pada judi dan arak. Sekarang, apa macam, beb?

Alasan Menteri kununnya lesen judi ini dikeluarkan adalah bagi mengelakkan judi secara haram. Wah !! begeliga otak Menteri ini kan? Lepas ini keluarkan pula lesen pelacuran agar pelacuran tidak lagi menjadi haram. Kalau haram pun, pelacur tetap ada juga kan? Kenapa tidak halalkan saja aktiviti mat rempit kerana jika haram pun mat rempit tetap ada juga, kan?

Tahniah lah pada kabinet 1 Malaysia dan mereka yang memilih serta mengundi pemimpin seperti ini. Sama-samalah jawab nanti. Kesihan pada DAP yang bukan parti Islam tetapi menentang pemberian lesen judi tersebut, tapi nak buat macam mana kalau dah Umno hendak juga.

LIWAT 11 - SAIFUL MENGAKU BERJUMPA EZAM

Saiful: Najib terkejut dengan pendedahan saya
Hafiz Yatim
Mei 12, 10


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertemuannya dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun, 2008.

Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keterangannya selama sejam pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, Saiful juga memberi butiran berhubung pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan.

Saiful juga menceritakan pertemuannya dengan bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor (kanan) (sekarang ini Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh Anwar.

Saiful, 25, saksi utama pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata beliau dibawa oleh rakannya bernama Rahimi dan juga pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Ezam di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, sama ada beliau mengenali Mohamad Ezam sebelum itu, Mohd Saiful berkata beliau hanya kenal Mohamad Ezam begitu sahaja sebagai kawan.

Bekas pembantu kepada Anwar itu berkata pertemuan dengan Ezam pada lewat malam 27 Jun itu hanya berakhir keesokan paginya.

Kedua-dua Rodhwan dan Musa pula, adalah 'watak utama' semasa perbicaraan Anwar pada 1998 yang menyaksikan ketua umum PKR itu dipenjarakan. Anwar kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Kepada soalan lain oleh Karpal adakah Musa ada menghubungi beliau, Saiful menjawab beliau yang menghubungi Musa.

Karpal: Kenapa telefon dia?

Saiful: Nak mengadu masalah saya.

Karpal: Banyak masalah bukan?

Saiful: Memang saya banyak masalah.

Karpal: Ada jumpa dia?

Saiful: Contact (hubungi) sahaja.

Karpal: Bila?

Saiful: Pada 25 Jun 2008, sebelah pagi.

Karpal: Kamu contact dia untuk ceritakan masalah kamu bukan?

Saiful: Ya, tapi saya hanya bercakap selama seminit dan dimarahi oleh KPN kerana mungkin dia ingat panggilan main-main dan beliau meletakkan telefon. Beliau juga mengingatkan saya untuk tidak menelefonnya lagi.

Disoal-siasat lagi oleh peguambela utama, Karpal Singh setelah permohonannya agar prosiding ditangguhkan ditolak, Saiful berkata dia dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas.

“Saya pergi ke rumah Khairil Anas bagi mengadu perkara itu. Dia kemudiannya memutuskan untuk membwa saya berjumpa dengan Najib di rumahnya di Taman Duta,” kata Saiful.

Saiful juga pernah mendakwa selain diliwat pada 26 Jun 2008, dia juga beberapa kali telah diliwat pada tarikh lain oleh Anwar.

Menurut Saiful, mereka tiba di rumah Najib selepas solat Maghrib, lebih kurang jam 8 malam dan dia menghabiskan kira-kira 20-30 minit menceritakan masalahnya itu kepada timbalan presiden Umno itu.

“Najib (kiri) terperanjat dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar),” katanya sambil menambah perbincangan malam itu membabitkan dirinya, Khairil dan Najib.

Ditanya Karpal sama ada Najib menawarkan sebarang nasihat, Saiful menjawab - tidak.

Saiful juga memberitahu mahkamah sebelum pulang dia ada terjumpa isteriNajib, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi tidak berjumpa secara peribadi./Malaysiakini

LIWAT II - HAKIM AKUI ADA PERCANGGAHAN, TETAPI BOLEH TERUSKAN BICARA?

Liwat II: Mahkamah tolak permohonan Karpal
Hafiz Yatim
Mei 12, 10


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berkata tidak ada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.

"Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak,” katanya.

Semalam, peguam utama tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Karpal berkata Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan
keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.

Hakim kemudiannya mengarahkan perbicaran disambung.

Karpal tidak berpuas hati dan kemudiannya memohon supaya prosiding ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

“Kita mempunyai masa dari sekarang hingga akhir bulan untuk memujuk Mahkamah Rayuan memberikan tarikh awal.,” katanya.

Bagaiamanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan berkata perbicaraan perlu diteruskan dan rayuan boleh dikemukakan selepas mahkamah selesai bersidang.

Pertikaman lidah berlaku dan Karpal mendakwa Mohd Yusof sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Ini kerana beliau datang dengan persediaan berkenaan.

Selepas rehat seketika, hakim memutuskan tidak ada tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Karpal berhubung kenyataannya itu.

Perbicaraan bersambung dengan giliran Saiful disoal-balas.

Saiful, 25, mendakwa Anwar, 63, meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan./Malaysiakini

PAS KEDAH MASIH KUAT, RAMAI AHLI UMNO KELUAR PARTI

PAS janji kejutan pada 28 Mei
Abdul Rahim Sabri
Mei 12, 10


PAS kawasan Alor Star menjangkakan lebih ramai lagi ahli akar umbi Umno di situ akan keluar parti menyertai PAS menjelang 28 Mei ini.

Ketua penerangan PAS kawasan berkenaan, Zulkifli Yahaya menjangka kira-kira 23 ahli Umno di Taman Wira Mergong - yang terletak dalam bahagian Alor Star - akan menyertai parti itu pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada mereka itu ahli biasa atau memegang jawatan terpenting dalam Umno.

Katanya, mereka bakal menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada ADUN Alor Mengkudu - yang merupakan ADUN angkat bagi kawasan Mergong.

"Kebanyakan mereka adalah dari kalangan ahli Pemuda (Umno) di taman itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mendakwa kebanyakan mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno di Kedah.

Umno bahagian Alor Star diketuai oleh Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Zulkifli berkata blog pro-PAS - Kedahlanie - turut menyiarkan perkara itu.

Sebelum ini, 65 ahli Umno dari Taman Wira Mergong telah menyertai PAS Mac lalu.

Ia diikuti oleh 55
ahli Umno dari DUN Alor Mengkudu yang bertindak keluar parti dan menyertai PAS.

"Tunggu, kita tak mahu umum awal. Nanti depa (mereka) lari kacau pulak," kata Zulkifli lagi.

PAS Alor Star setakat ini mempunyai 50 cawangan - bertambah lapan cawangan selepas pilihan raya umum Mac 2008./Malaysiakini

Rabu, 12 Mei 2010

KARPAL VS SAIFUL - SEMAKIN MENARIK

"Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)


KS = Karpal Singh
SB = Saiful Bukari
Hakim
MY : Muhamad Yusof - Pendakwa

Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?

Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.

KS: Itu tidak benar, bukan?

SB: Tidak.

KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)

HAKIM: Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.

KS: Baca sekali lagi sumpah itu.

SB: (Saksi membaca semula sumpah)

KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?

SB: Ya.

KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?

SB: Ya.

KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?

SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?

SB: Ada, pada 24 Jun 2008.

KS: Jumpa di mana?

SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.

KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?

SB: Ya.
KS: Jumpa TPM untuk apa?

SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.

KS: Pada 24 Jun?

SB: Ya.

KS: Lepas itu ada jumpa dia?

SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.

KS: Dengan isteri PM?

SB: Tidak pernah.

KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?

SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.

KS: Pernah jumpa isteri PM?

SB: Tidak.

KS: Kejadian berlaku bila?

SB: 26 Jun 2008.

KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?

SB: Tidak jumpa.

KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.

SB: (Saksi tidak menjawab)

(Karpal mengulangi pertanyaan)
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.

KS: Ada pernah jumpa PM?

SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.

KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?
SB: Ada jumpa.

KS: Bila jumpa?

SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.

KS: Pukul berapa.

SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.

KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?

SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.

KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?

SB: Tidak.

KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?

SB: Ya.

KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?

SB: Saya tidak pasti.

KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?

SB: Saya tak tanya dia.

KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?

SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?

SB: Ya.

KS: Itu sahaja?

SB: Ya.

KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?

SB: Ya, dalam laporan polis.

KS: Baca P3 (laporan polis).

(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")

KS: Kejadian 26 Jun?

SB: Ya.

KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?

SB: Ada.

KS: Sebelum 28 Jun?

SB: Ada.

KS: Oleh siapa?

SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.

KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?

SB: 28 Jun.

KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Kamu orang Islam yang baik?

SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)

KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?

SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.

KS: Dalam bulan Jun 2008?

SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.

KS: Selepas itu?

SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.

KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.

SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.

KS: 26 Jun?

SB: 26 Jun tidak sembahyang.

KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.

SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.

KS: Pada 27 Jun?

SB: Ada sembahyang Jumaat.

KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?

SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.

KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?

SB: Ya.

KS: Mandi junub, wajibkan?

SB: Ya.

KS: 26 (haribulan) tidak solat?

SB: Tidak.

KS: Tidak mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?

SB: Ya, tidak sah.

KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?

MY: Ini pendapat peguam.

KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.

HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.

KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.

KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.

SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.

KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?

SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)

KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Kamu tidak ikut cara Islam?

SB: Saya terpaksa.

KS: Dalam darurat?

SB: Ya.

KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?

SB: Di Pusrawi.

KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?

SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.

KS: Tujuan apa?

SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.

KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?

SB: Tidak.

KS: Pada 27 Jun pun tidak?

SB: Tidak.

KS: Hanya pada 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?

SB: Dr. Osman.


(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh SB)


KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?

SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.

KS: Itu saja? Lain?

SB: Sakit perut.

KS: Tidak ada aduan lain?

SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.

(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)

KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."

SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.

KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?

SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?

SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?

SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.

KS: Selepas itu ada pergi HKL?

SB: Ya.

(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)

KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?

SB: Sebelum ini tidak pernah.

KS: Siapa hantar kamu pada dia?

SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.

KS: Doktor ini bohong?

SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.

KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?

SB: Tidak.

KS: Lepas itu HKL?

SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.

KS: Dalam pukul 3 petang?

SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.

KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?

SB: Ya.

KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?

SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.

KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?

SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).

KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).

MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.

KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.

HAKIM: Esok boleh datang?

MY: Kesemua doktor?

KS: Semuanya.

KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakan"


KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?

SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.

KS: Buat laporan polis di HKL?

SB: Ya, di HKL.

KS: Buat di pondok polis?

SB: Tidak, di wad.

KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?

SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.

KS: Jude Blasious ada di sana?

SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.

(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)

KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?

SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.
KS: Pemeriksaan rapi?

SB: Ya.

KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?

SB: Tidak.

(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)

KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?

MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.

HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.

SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.

KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?

SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.

MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.

HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.

KS: Apa jawapan dia?

HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.

KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?

SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...

KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?

SB: Tiada komen.

(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)

KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?

SB: Ada, banyak kali.

KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?

SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.

KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?

SB: Ada setiap muka surat.

KS: Diliwat tanpa kerelaan?

SB: Ya, seperti dalam laporan saya.

KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.

HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?
KS: Dia (SB) tidak berkata benar.

HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?

KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.

HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.

(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)

KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.

MY: Tiada bantahan.

HAKIM: Tangguh sehingga esok?

MY: Ya.

HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini).

Sumber:* [ mohon kebenaran sdr hishamudin rais – Tukar Tiub ]/Tranungkite

LIWAT PAKSA ATAU SUKARELA SAMA SAJA - PEGUAMCARA

Saiful tetap berpendirian dia diliwat tanpa rela
Mei 11, 10


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau tetap dengan pendiriannya bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaannya.

Mohd Saiful, 25, yang memakai kot hitam dan berkemeja biru, berkata demikian semasa disoal balas oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan ketika kes itu disambung semula hari ini di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Beliau yang juga bekas pembantu peribadi Anwar berkata, beliau membuat kenyataan itu dalam pernyataan saksi yang diberikannya kepada pegawai polis dan beliau tidak pasti sama ada pernah membuat kenyataan yang sama di luar mahkamah.

Karpal: Semalam anda kata ada beberapa kenyataan direkodkan oleh polis?

Mohd Saiful : Ya

Karpal: Di mana kenyataan itu direkodkan?

Mohd Saiful: Di Ibu Pejabat polis daerah Brickfields dan di beberapa tempat lain
Karpal: Anda tetap dengan pendirian semalam iaitu "tanpa kerelaan"

Mohd Saiful: Ya, tetap sama.

Pada peringkat itu, Karpal Singh menyatakan mengenai kemungkinan untuk mencabar kesahihan kenyataan Mohd Saiful itu atas alasan wujud percanggahan antara kenyataannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah dalam pertuduhan terhadap Anwar.

Peguam itu berkata, Mohd Saiful, dalam kenyataannya kepada polis menyatakan kejadian liwat yang didakwa itu berlaku tanpa kerelaannya manakala pihak pendakwaan menuduh Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seksual secara sukarela.

Katanya, jika kejadian itu berlaku tanpa kerelaan, pihak pendakwaan sepatutnya mendakwa anak guamnya mengikut Seksyen 337C kanun yang sama.

Karpal Singh berkata, di bawah Seksyen 377B, hukuman yang diperuntukkan ialah penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan manakala mengikut Seksyen 377C, hukuman diperuntukkan ialah penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Katanya, berikutan percanggahan itu, pihak pembelaan perlu meneliti kenyataan saksi bagi membolehkan kemungkinan bagi pihak pembelaan mencabar kesahihan keterangan Mohd Saiful.

"Di bawah keadaan ini, ia masih satu kesalahan. Hubungan seksual secara sukarela antara lelaki bukan satu kesalahan di negara lain.

"Kami mempunyai gerak hati bahawa keterangan yang diberikan di mahkamah adalah bercanggah dengan kenyataannya. Dengan ini kami mempunyai hak untuk memeriksa dan meneruskan tindakan mencabar kesahihan kenyataan itu," katanya.

Karpal Singh berkata, saksi berulang kali menyatakan kejadian liwat itu adalah tanpa kerelaannya.

"Ini adalah kali pertama kes liwat yang tertuduh didakwa melakukannya secara sukarela walaupun kenyataan dan keterangan dibuat pengadu adalah tanpa kerelaannya," katanya.


Dalam jawapan balas terhadap hujah Karpal Singh (kanan, duduk), Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata tiada asas bagi permohonan Karpal Singh itu kerana adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara untuk mendakwa seseorang itu mengikut mana-mana seksyen.

Beliau berkata, Anwar didakwa mengikut pertuduhan yang memperuntukkan hukuman lebih ringan dan bidang kuasa pihak pendakwaan tidak boleh dipersoalkan.

"Tidak terdapat perbezaan antara Seksyen 377B dan Seksyen 377C, perbuatan melakukan hubungan seksual di dubur ialah satu kesalahan sama ada secara sukarela mahupun tanpa sukarela.

"Ia tidak memperuntukkan kesalahan yang berbeza, hanya membabitkan hukuman lebih berat. Jika tanpa kerelaan, ia memperuntukkan penalti lebih berat.

"Dalam hujah saya, tidak terdapat gerak hati untuk menjustifikasikan mahkamah ini untuk meneliti kenyataan itu atau malahan membekalkan kenyataan itu kepada pihak pembelaan," katanya.


Hakim Mohamad Zabidin menangguhkan penghakimannya kepada esok kerana beliau perlu meneliti perkara itu.


Anwar, 63, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau pertama kali didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

- Bernama/Malaysiakini

Blogger:

Pening kepala dengan kes ini. Mengadu dipaksa liwat, pertuduhan pula menggambarkan liwat berlaku secara sukarela. Dari segi hukum, paksa atau sukarela tetap salah tetapi tentulah ada beza. Seperti beza perbuatan zina dengan rogol. Takkan itu pun susah hendak faham? Jika pertuduhannya dipaksa, tentu DS Anwar seorang sahaja yang bakal dituduh. Jika liwat berlaku secara sukarela, takkan DS Anwar seorang sahaja dituduh?

Ini bukan masalah tempoh hukuman 20 tahun atau 5 tahun. Ini berkaitan kejadian sebenar samada liwat berlaku secara paksa atau tidak. Saiful bertegas kata dia dipaksa. Mengapa pertuduhan terhadap DS Anwar menyebut tidak dipaksa? Bukankah ini menganiayai Si Saiful (pengadu) sendiri? Mengapa Saiful tidak bantah pertuduhan yang jelas bercanggah dengan laporannya itu? Semakin menarik skrip ini.




Selasa, 11 Mei 2010

KES LIWAT DS ANWAR - SKRIP CERCA MERBA?

TERKINI! Skrip Saiful diMahkamah.. Simbol Kelemahan Penulis Skrip Melayu UMNO
Oleh: dewa

"SKRIP soal balas Saiful di mahkamah akhirnya keluar. Lucu membacanya. Saiful menceritakan betapa dirinya menggunakan minyak pelincir di bontotnya sebelum diliwat, lalu tidak mandi wajib beberapa hari dan tidak solat, tetapi solat jumaat dalam keadaan tidak mandi wajib. Saiful juga menyatakan dirinya tidak tahu mengapa ketiga-tiga doktor yang memeriksa bontotnya mengatakan bahawa bontotnya elok saja dan tiada kesan liwat. Malah Saiful berjenaka mengatakan bahawa dirinya tidak dapat melihat sendiri bontotnya. KENYATAAN lengkap disertakan:

BERITA HARIAN:Kejadian ini tanpa kerelaan saya: Saiful2010/05/10

Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa seorang anggota polis iaitu Asisten Komisioner Mohd Rodwan Yusof, berjumpa dengannya di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 8 malam 24 Jun 2008.

Karpal: Untuk tujuan apa ACP Rodwan berjumpa kamu?

Mohd Saiful: Pada masa itu ACP Rodwan ada telefon saya. Beliau kata nak jumpa. Pada masa itu saya tidak tahu tujuan apa. Masa jumpa dia tanya saya apa masalah yang saya hadapi.

Karpal: Jumpa ACP Rodwan lepas jumpa (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Ada sesiapa arahkan ACP Rodwan jumpa anda?

Mohd Saiful: Tidak tahu.

Karpal: Macam mana dia tahu nombor telefon anda?

Mohd Saiful: Tidak pasti

Karpal: Apa berlaku lepas berjumpa?

Mohd Saiful: Saya ceritakan kepada dia yang saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

Karpal: Ada kenyataan anda kata, anda diliwat tanpa kerelaan?

Mohd Saiful: Ya, dalam laporan polis saya.

Karpal juga bertanya Mohd Saiful dengan siapa beliau berjumpa sebelum mendapatkan rawatan dan mengapa beliau mengambil selama dua hari sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaannya diliwat.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008 bagi mengadu masalahnya kepada Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri di rumah Najib di Taman Duta di sini dan selepas itu beliau tidak berjumpa lagi dengan Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau hanya berjumpa Najib, dan tidak pernah berjumpa dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketika ditanya Karpal mengenai pemeriksaannya di Hospital Pusrawi pada 28 Jun, iaitu selepas dua hari beliau didakwa diliwat oleh Anwar, Mohd Saiful berkata, bahawa beliau memberitahu Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang beliau sakit di bahagian dubur dan juga mengalami sakit perut.

Mohd Saiful berkata, sebelum pemeriksaan dibuat oleh Dr Mohd Osman, beliau memberitahu yang beliau sakit perut tetapi semasa pemeriksaan dijalankan beliau berterus terang dengan doktor itu bahawa beliau diliwat.

Ketika diminta penjelasan mengenai laporan perubatan oleh Dr Mohd Osman yang antaranya menyebut bahawa pesakit mendakwa dicederakan dengan plastik di bahagian dubur Mohd Saiful berkata, beliau tidak faham tulisan doktor itu.

Karpal: Adakah apa yang ditulis ini benar?

Mohd Saiful: Saya tidak pernah buat aduan seperti ini kepada doktor itu.

Karpal: Adakah anda tahu doktor itu akan beri keterangan di mahkamah?

Mohd Saiful: Ya tahu.

Karpal: Mengapa doktor itu tulis macam itu.

Mohd Saiful: Saya tidak pasti.

Karpal: Adakah doktor itu bohong?

Mohd Saiful : Ya bohong. Tidak benar.

Mohd Saiful kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa selepas berjumpa dengan Dr Osman, beliau diarah oleh doktor itu untuk membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Saiful berkata, beliau pergi ke HKL dengan bapa saudaranya yang dipanggilnya Uncle Tuah pada 3 petang sehingga 12 tengah malam.

Di HKL, katanya, seorang doktor bernama Dr Daniel memintanya pergi ke wad One Stop Crisis Centre (OSCC) dan semasa berjumpa Dr Daniel beliau berterus terang yang beliau diliwat.

Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diperiksa oleh tiga orang doktor termasuk Dr Daniel. />
Karpal juga meminta Mohd Saiful menjelaskan mengenai kandungan laporan perubatan itu antaranya tiada tanda cedera di dubur karpal: Apa pendirian kamu dengan laporan perubatan ketiga-tiga doktor iaitu iaitu tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan dubur awak.

Mohd Saiful: Saya tidak tahu. Saya tidak dapat nampak dubur saya.

Ketika ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan mencelah, dan berkata, Karpal sepatutnya menunjukkan soalan itu kepada doktor berkenaan.

Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dengan Mohamed Yusof, dengan berkata, bahawa sudah tentunya Mohd Saiful tidak dapat melihat dubur sendiri, dan ini menyebabkan mereka yang hadir di mahkamah ketawa.

Mohd Saiful juga menyampuk sambil menjawab Semasa diliwat saya guna pelincir

Pada pemeriksaan balas itu juga, Karpal meminta penjelasan Mohd Saiful sama ada beliau adalah seorang Islam yang baik, dan Mohd Saiful berkata, beliau cuba untuk menjadi seorang Islam yang baik.

Mohd Saiful berkata, ketika bekerja dengan Anwar, beliau jarang bersembahyang tetapi mulai insaf selepas membuat laporan polis berhubung kejadian liwat itu.

Katanya, beliau tidak sembahyang selepas kejadian liwat.

Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)

Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.

Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun

Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.

Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang?

Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.

Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan?

Mohd Saiful :Ya.

Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah?

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.

Pada ketika itu, Mohamed Yusof membantah. Hakim Mohamad Zabidin kemudiannya berkata, pihak pembelaan tidak boleh membantah sekiranya pihak pendakwaan membuat serangan peribadi terhadap Anwar, di mana Karpal menjawab, beliau tidak mempunyai bantahan terhadap perkara itu.

Perbicaraan disambung esok bagi mendengar kedua-dua pihak berhujah mengenai permohonan Karpal untuk mendapat salinan keterangan saksi yang diambil oleh polis. - Bernama ..

TAJUK besar yang ditulis akhbar pengampu UMNO ialah TANPA KERELAAN SAYA.

Eh, kalau engkau dah siap minyak-minyakkan bontot kau Saiful, takkan dikira tanpa kerelaan pulak? Kelakar membaca cerita Saiful ni. Yang lebih lucu, mahkamah dan pendakwa sepakat menghalang pihak pembelaan daripada mendapat senarai nama saksi.

SELAMA bertahun-tahun saya jadi peguam, tak pernah saya ada masalah hendak mendapatkan senarai nama saksi. Kalau senarai saksi pun tak diberi, macam mana nak bela diri?

Yang lebih lucu keterangan Saiful bahawa minyak telah disapu-sapu dibontotnya sebelum diliwat. Peguam Cara Negara sebelum ini beriya-iya berhujah dengan bergantung kepada laporan doktor kerajaan bahawa air mani Anwar ada dalam bontot Saiful.

KALAUpun Saiful merelakan bontotnya diliwat, dan sanggup sapu-sapu minyak, takkan Saiful tak takut kena HIV?

Logiknya, mestilah Saiful minta Anwar guna kondom. Kalau guna kondom, macam mana ada air mani Anwar pulak?

Dan Saiful membiarkan air mani Anwar dalam bontotnya selama 2 hari sebelum buat laporan? Dan tak solat dan tak mandi wajib, tapi pergi solat jumaat (dalam keadaan tak mandi wajib)??

PSIKO skrip UMNO ni. Nak buat skrip, buat la kemas-kemas./Tranungkite

PLASTIK MASUK DUBUR, DOKTOR BOHONG - SAIFUL

Saiful Bukhari Azlan hari ini memberikan keterangan menggemparkan apabila mendakwa doktor yang memeriksanya di sebuah hospital telah berbohong dengan laporan perubatannya.

Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa doktor Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi berbohong apabila menyatakan Saiful mengaku mengalami kesakitan di duburnya kerana benda plastik telah dimasukkan ke dalamnya.

Saiful mendakwa beliau tidak memberikan pengakuan sebegitu kepada doktor berkenaan.

Namun pada masa sama, Saiful gagal memberi penjelasan terhadap laporan hampir sama yang dikemukakan oleh tiga pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut memeriksa beliau.

Seperti Dr Mohamad Osman, tiga pakar itu juga mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Perbicaraan pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Saiful selaku pengadu dan saksi tunggal disoal balas oleh peguam Anwar Karpal Singh.

Anwar bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anggota keluarga tiba di mahkamah pada pukul 9.00 pagi dan diserbu oleh wartawan tempatan dan luar Negara.

Dalam soal balas, Karpal terus bertanya Saiful mengenai laporan doktor Mohamad Osman yang mendedahkan Saiful telah mengaku duburnya kesakitan kerana dimasukkan benda plastik.

Karpal : Doktor berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Adakah anda menafikan doktor itu berbohong

Saiful : Saya tak cakap macam itu.

Karpal: Jadi doktor itu berbohong?

Saiful: Saya tak pasti .

Karpal: Jadi doktor tipu?

Saiful: Ya dia bohong, tidak benar.

Saiful pada mulanya dilihat cuba berdolak dalik dalam menjawab pertanyaan Karpal tetapi apabila ditanya untuk kali kedua, beliau membuat kejutan dengan mendakwa doktor Mohamad Osman telah menipu dalam laporan perubatannya itu.

Karpal kemudian menjurus kepada laporan perubatan oleh tiga pakar perubatan HKL yang mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Saiful akibat di liwat sebagaimana yang di dakwa Saiful.

Kali ini juga, Saiful memberi jawapan yang mengejutkan. Beliau berkata beliau tidak dapat komen kerana tidak dapat melihat keadaan duburnya sendiri.

Saiful : Saya tidak dapat melihat kawasan dubur saya. Saya tidak mahu komen./TVSelangor

KES LIWAT - ANWAR BERSYUKUR SAIFUL MENGAKU

ANWAR - SAIFUL MENGAKU NAJIB TERLIBAT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful./Harakahdaily