Isnin, 3 Januari 2011

BAYANGKAN JIKA NAJIB TIDAK DIMAKLUMKAN PERLANTIKAN KSN - MB SELANGOR

Isu SUK: Kjaan tetap berfungsi, kata MB

Jan 2, 11
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini masih bertegas bahawa isu pelantikan Datuk Khusrin Munawai sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu masih diperbincangkan.

"Isu lantikan setiausaha negeri masih dibincangkan oleh pimpinan. Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap berfungsi sepenuhnya," katanya.

Semalam, kerajaan Selangor dilaporkan kesal dengan sikap ketua setiausaha negara yang didakwanya dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Khusrin

Setakat ini, walaupun pelantikan Khusrin tidak dipersetujui kerajaan negeri, Istana Selangor telah menggeluarkan jemputan untuk majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis ini.

Menulis di laman Twitter miliknya pagi, dalam nada mengeluh dan sinis, Khalid turut membandingkan pelantikan itu dengan jawatan ketua setiausaha negara yang merupakan lantikan kerajaan pusat.

"Bayangkan jika perdana menteri sendiri tidak terlibat atau dirujuk dalam lantikan ketua setiausaha negara," tulisnya ringkas, ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Who cares?? This is APCO country!!

    BalasPadam
  2. Sekali berjaya taktik kotor & khianat depa di Perak air liur meleleh Pak Itam ketagih ...
    Depa mau lagi dengan apa cara sekalipun & perlembukan segala institusi demi kegelojohan sang korup-sang korup 1Malaysia !

    BalasPadam