Khamis, 20 Januari 2011

DATUK PUJANGGA DALAM MUSANG BERJANGGUT KATA PILIHANRAYA PUNYA PASAL, MATI PUN JADI MAIN....

Oleh: WFAUZDIN NS

ANDA tentu masih ingat tentang dialog Datuk Pujangga di dalam filem `Musang Berjanggut' tatkala beliau menggatal di rumah Puspawangi. Dialog lucu dan popular itu adalah, "Puspawangi punya pasal, kicap pun kicap lahh!! Satu lagi dialognya ialah," Puspawangi punya pasal, mati pun jadi main...".

Bila sebut pasal mati, terutamanya di kalangan orang politik yang memegang jawatan MP atau Adun, kita lihat sejak kebelakangan ini seolah-olah ramai yang suka Wakil Rakyat itu mati. Ianya bukan terjadi kepada Wakil Rakyat dari Umno/Bn sahaja, bahkan Mursyidul Am PAS pun pernah diberitakan di dalam blog pro Umno telah meninggal dunia. Nampaknya tahap politik di negara kita ini semakin `hebat'. Mati pun jadi main....

Saya dapat rasa ada faktor yang menjadikan isu mati ini seperti disukai. Pertamanya, pengundi-pengundi suka jika diadakan Piliuhanraya Kecil kerana sudah tentu `habuan' akan datang melimpah tanpa diminta. Lihat sahaja di dalam berbelas-belas PRK sebelum ini, betapa beruntungnya rakyat di kawasan Wakil Rakyat yang mati. Walaupun banyak janji yang tidak dipenuhi, setidak-tidaknya ada juga satu dua habuan diperolehi selain dari kain batik, topi, payung atau T-Shirt. Makan percuma sepanjang kempen sudah pasti. Perut punya pasal, mati pun jadi main.............

Di sebalik ada yang suka dan gembira dengan berita kematian Wakil Rakyat ini, ada juga yang paling kecut perut. Paling takut mendengar berita kematian Wakil Rakyat ini tentunya pemimpin Umno, khususnya PM. Boleh demam dibuatnya kerana memikirkan di mana mahu korek wang lagi. Beliau tahu, tanpa wang partinya mana boleh hidup.

Apa pun, soal hidup dan mati itu kerja Allah SWT. Mahu atau tidak, takut atau suka, sampai masanya kita mati juga termasuk Wakil Rakyat. Paling penting, yang pergi biarlah pergi, yang hidup mesti terus berjuang demi agama dan negara. Janganlah kerana `Pilihanraya punya pasal, mati pun jadi mainn....."/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan