Isnin, 17 Januari 2011

ISU AZAN - CADANGAN DR ASRI TIDAK MEMBANTU PERKEMBANGAN SYIAR ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA isu azan di sebuah masjid di Wilayah persekutuan menjadi hangat angkara `mulut gatal' seorang Non Muslim yang dikatakan dari MCA baru-baru ini, maka hiruk pikuk lah berbagai pihak dan ada yang cuba mencari kesempatan meraih sokongan politik. Beberapa NGO yang selama ini `beku' seperti berada di dalam peti sejuk tiba-tiba muncul untuk berjuang kerana agama, kununnya.

Ada seorang yang ingin menonjolkan diri sebagai `pejuang Islam' yang digelar Zul Kulim atau `firaun besar' menyalak sakan dengan isu ini. Beliau seorang Wakil Rakyat yang tidak malu menduduki kerusi Kulim Bandar Baru walaupun mereka yang mengundinya dahulu tidak lagi redha beliau menjadi Wakil Rakyat mereka. Kebodohan beliau dari semasa ke semasa semakin jelas oleh kita di dalam apa jua isu yang beliau sentuh. Termasuklah di dalam isu azan ini di mana beliau menuduh DAP di dalam hal ini sedangkan semua tahu peguam Non Muslim yang menimbulkan isu ini adalah dari MCA.

Beberapa NGO juga bangun membantah dan mengadakan perhimpunan kununnya membela Islam. Di dalam pada itu, niat mereka dapat dibaca apabila cuba melibatkan YB Nurul Izzah di dalam isu ini. Mereka takut untuk menyentuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mahupun Menteri Wilayah Persekutuan yang lebih berkuasa di dalam menjelaskan isu ini. Akhirnya, YB Nurul Izzah menunjukkan kebijaksanaannya dengan menyerahkan semua persoalan ini kepada yang berhak dan berkuasa di dalam hal-hal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Saya tidak bersetuju dengan cadangan dari Ustaz Dr Asri yang mahukan agar hanya azan sahaja dibenarkan untuk menggunakan pembesar suara. Cadangan beliau ini tidak salah, tetapi tidak bijak untuk perkembangan dan syiar Islam. Selama ini kita tiada masalah di dalam penggunaan pembesar suara di dalam apa jua aktiviti atau amalan di dalam masjid dan surau. Jangan kerana adanya kes terpencil seperti ini, maka kita mengalah sedemikian rupa.

Kita tidak boleh kalah dengan kehebatan hiruk pikuk yang lebih keterlaluan di dalam berbagai konsert dan hiburan yang sering dianjurkan oleh beberapa pihak. Program maksiat mereka kadangkala lebih hebat lagi sehingga ke awal pagi. Manakala, penggunaan pembesar suara di masjid atau surau bagi amalan syarahan agama, membaca Al-Quran dan juga azan amat terhad sekali. Memang benar, Nabi mengajar kita membaca Al-Quran jangan sampai menganggu orang lain. Persoalannya, selama ini berapa kerat yang merasa terganggu?

Tentulah tidak berhikmah dan tidak dibenarkan jika kita menggunakan pembesar suara diwaktu orang lain sedang tidur. Kebiasaannya masid atau surau akan memperdengarkan bacaan Al-Quran beberapa minit sebelum masuk waktu sembahyang dan azan. Program syarahan agama juga bukan diadakan pada setiap malam dan program tersebut pun kebiasaannya hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Tidak masuk akal ianya mengganggu orang lain.

Justeru itu, apa yang selama ini kita umat Islam lakukan di dalam aktiviti di masjid dan surau haruslah diteruskan. Pihak berkuasa masjid dan surau juga hendaklah peka dengan keadaan dan situasi setempat. Mereka mesti bijak mengatur apa jua aktiviti yang ingin dijalankan dengan penuh kesederhanaan. /wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. Saya rasa cadangan Dr Asri ni tepat.. jika anda tak setuju,keluarkan dalil...jgan guna logik..

    BalasPadam
  2. Saya setuju dengan pandangan Dr Asri dalam hal ini. Ianya sama pendapat dengan guru saya yang belajar di Makkah. Beliau seorang pengikut Mazhab Shafie. Dia pernah menegur seorang yang mengalunkan Azan tetapi sebelum azan dia berselawat terlebih dahulu. Selepas orang itu , menamatkan azannya dia terus bertanya: "mana dalil dari nas yang meminta tukang azan(bilal) berselawat?".

    Begitu juga dalam isu membaca AlQur'an sebelum azan dilaungkan di pembesar suara, tidak ada dalil. Ditakuti perbuatan ini, orang awam akan menganggap ianya adalah sebahagian dari Sunnah. Memang afdhol membaca Al-Qur'an tidak kira masa, tapi hendaklah bertempat dan ada dalilnya.

    Mengenai kebanyakkan umat Islam yang tidak komplen, tuan perlu tahu , soal agama ini dianggap sensitif. Mereka takut dicap sebagai kafir, fasik atau munafik kalau komplen. Cara yang selamat ialah diam atau marah dalam hati.

    Islam itu adalah agama yang indah dan sempurna. Tetapi kerana kegagalan umat memahami islam, maka yang bukan Sunnah dianggap sebagai cara memperkembangkan syiar Islam. Syiar Islam dilihat dalam kerangka yang sempit. Inilah kerangka sempit puak UMNO dan menggunakannya untuk tujuan yang tidak benar. Itu sebab Islam yang sempurna dan indah tidak dapat dinimati oleh sebahagian orang Islam dan lebih-lebih lagi orang bukan Islam.

    Dr Asri pernah memuji Pas dalam hal anjakan paradigma, iaitu mendekati orang-orang bukan Islam dengan lebih sistematik dan menegur Umno yang masih ditakuk lama iaitu menjauhkan Islam dari orang bukan Islam.

    Pandangan Dr Asri haruslah diraikan sebagai menepati Sunnah Nabawiyyah. Dia bukan maksum, tetapi dalam hal ini saya bersetuju dengan beliau.

    Sekian. As'salam buat saudara.

    BalasPadam
  3. masing-masing punya pendapat...dan aku merasakan setiap hujjah yang dikemukakan sudah semestinya perlulah ada dalil,nas, bukti dan sebagainya untuk menguatkan pendapat seseorang...barulah Islam itu menjadi kuat...AllahuAkbar!!....

    BalasPadam
  4. nabi melarang orang membaca alquran, berzikir dan bertasbih dengan suara yang kuat dimasa seseorang yang berhampiran sedang mendirikan sembahyang.

    kalau kita tengok pada hari ini, rata-rata di masjid,tanpa pedulikan mereka yang masih meneruskan sembahyang mereka selepas salam, imam dan makmum terus bertasbih dan berzikir. apakah ini dituntut dalam islam?.

    dapat pahalakah kita dengan melakukan cara begitu?. renung2kan....

    BalasPadam
  5. adakah benar menguatkan bacaan selain azan 10-15 minit sehingga didengar satu kampung suatu tradisi? jawapannya tidak, kerana mikrofon dan pembesar suara mula digunakan di masjid pon tak sampai 50 tahun lepas.. oleh itu, ini adalah tradisi yg baru, dan melihatkan kepada jemaah masjid yg tak juga bertambah malah semakin berkurang, menunjukkan tradisi ini kurang berkesan mengajak orang solat berjamaah di masjid.. rasanya, cara jemaah Tabligh lagi berkesan..

    BalasPadam
  6. mengapa non-Muslim mula berani bersuara skrg ini? adakah kerana mereka melihat PAS boleh diperkotak-katikkan? bagi saya, kerana mereka mula sedar bahawa Islam itu bukan agama kuku besi seperti yg diamalkan oleh Umno selama ini. mereka mula sedar bahawa dalam Islam pintu dialog sebenarnya terbuka luas. oleh itu, respon PAS dan pendakwah Islam terhadap isu-isu yg dibangkitkan oleh mereka adalah berdialog dan memberi penjelasan. biarkan Umno, Pekida dan Zul Nordin dgn demonstrasi mereka.. imej mereka mungkin meningkat di kalangan pengundi Melayu-Islam yg jahil, tetapi bagi kita penilaian Allah lah yg lebih utama..

    BalasPadam
  7. Salam.. secara jujurnya, saya terganggu dengan bacaan yasin atau wirid lepas smbahyang yang mnggunakan mikrofon dalam masjid.. Imam perlu perlahankan wirid supaya orang yang masbuk atau yang baru masuk untuk solat dengan jemaah baru selesa untuk sembahnyang.. kadang, bacaan imam pun xdengar, imam dh bngun brdiri sy bru nk bangun duduk antara 2 sujud.. tambah2 lagi bacaan yasin, xsalah baca yasin ramai2.. tp kalau ada orang solat brjemaah, slowkan sikit.. xtau la apa yg silap.. mngkin ulama2 kita xbrani buat porubahan.. salam alaikum.. -myask84 KK, sabah

    BalasPadam
  8. sekarang ni orang di Malaysia takut nak syiarkan Islam.Azan pun slow nak berbisik2,Walhal melaungkan azan tu bermakna hendak mengajak seramai munkin solat berjemaah.
    Ini negara orang Islam.Perduli apa dengan orang2 kafir yang memang tidak faham dengan Islam.

    BalasPadam
  9. sokong roslan. nie negara islam, nape nk ikut telunjuk kafir? selame nie takde isu pown?
    kalau azan takde cmne ummat islam nk tw msoknye wktu azan tu? bnde nie lgsg tak memudaratkn keshtn lgsg.

    BalasPadam