Selasa, 18 Januari 2011

ISU BEKERJA DI KILANG ARAK - KERAJAAN SELANGOR JAUH LEBIH BIJAK DAN IKHLAS DARI UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

KERAJAAN PR Selangor bukan sahaja bercakap kosong apabila ingin membangunkan Islam di Selangor. Lebih patut kita bersyukur apabila hasrat Kerajaan Negeri ini disokong kuat oleh pemimpin politik yang Non Muslim dan ini tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan Umno/Bn dahulu, kini dan selamanya.

Di dalam isu orang Islam yang terpaksa bekerja di premis penjualan arak, Kerajaan Negeri Selangor amat peka dengan perkara ini. Tindakan Exco Selangor YB Ronnie Liu yang menangguhkan dulu undang-undang melarang orang-orang Islam bekerja di premis menjual arak adalah satu tindakan pentadbiran sahaja. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak mahu sebarang undang-undang walaupun amat baik sekali dilaksanakan tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Ternyata, MB Selangor tetap mempertahankan bahawa umat Islam diharamkan untuk bekerja di premis penjualan arak dan beliau mahu Jabatan Agama Islam memainkan peranannya mengikut undang-undang yang ada. Di samping itu, Kerajaan Negeri tidak lepas tangan sahaja bagi umat Islam yang mungkin merasa sukar untuk berhenti kerja di premis tersebut. Kerajaan Negeri kini menubuhkan tabung khas untuk membantu mereka mencari kerja di tempat lain. Pernahkah Umno buat seperti ini?

Paling menggembirakan, Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal. Beliau yang juga Adun Kampung Tunku sanggup memberikan sebahagian dari bajet untuk kawasan yang diwakilinya ke tabung ini dan mengajak kerajaan Persekutuan juga menyokongnya. Beranikah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di bawah Umno/Bn berbuat demikian?

Saya menyeru agar kesemua Adun/MP dari PR di Selangor memberikan sumbangan mereka agar tabung khas ini dapat berperanan seperti yang dikehendaki. Biar kita tunjukkan kepada mereka bahawa Kerajaan PR benar-benar ikhlas di dalam menyelamatkan umat Islam. Biarlah Umno menyalak siang malam tentang isu ini, hakikatnya parti itulah yang berkuasa untuk membawa masuk arak besar-besaran dan menubuhkan kilang arak terbesar di negara ini termasuk judi./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan