Ahad, 9 Januari 2011

KUMPULAN BODOH BERHIMPUN DI JALAN KEBUN

Oleh: WFAUZDIN NS

KESIHAN melihat aksi beberapa kumpulan yang dikatakan berjumlah 100 - 300 orang penduduk Kampung Jalan Kebun, Kelang berdemontrasi hari ini. Berita TV3 Suku melaporkan seramai lebih kurang 100 orang sahaja yang berhimpun untuk menunjukkan protes mereka terhadap Adun Seri Muda, YB Shuhaimi Shafie kerana kununnya menghina Sultan Selangor di dalam isu perlantikan SUK Selangor dan bidangkuasa Raja-Raja Melayu.
Justify Full
Mereka membawa sepanduk dan terjerit-jerit menunjukkan kebodohan mereka sambil membakar gambar Adun PR tersebut. Saya percaya jika ditanya kepada semua mereka itu, termasuk ketua kumpulan yang berdemontrasi tersebut tentang siapakah yang membuang kuasa Raja-Raja Melayu, pasti mereka akan tercengang-cengang. Ini adalah kerana mereka semua tidak tahu satu apa pun tentang bidangkuasa Raja-Raja dan sejarahnya. Mereka telah diperbodohkan oleh sekutu Apco yang mahu mereka terus menjadi bodoh agar mudah dicucuk hidung.

Di dalam TV 3 Suku, seorang pemimpin mereka kembang kempis hidungnya mendakwa Adun tersebut menderhaka dan menghina Sultan. Mereka juga mengaitkan MB Selangor dengan tuduhan penderhakaan kepada Sultan Selangor. Kita tengok nanti di dalam Sidang Dun sewaktu Kerajaan Negeri Selangor akan membentangkan usul untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan, adakah sekutu Apco ini akan bersetuju atau menyorok bawah meja di dalam Dun Selangor nanti.

Bukan kita tidak kesihan mereka yang diperbodohkan ini kerana mereka kebanyakannya adalah berbangsa Melayu. Kita juga malu apabila pemimpin Melayu tipu Melayu. Mereka lupa duit mereka entah berapa milion duit mereka yang telah dipelahab oleh kroni sekutu Apco ini di Selangor. Mereka tidak tahu berapa gaji dan elaun Pengerusi Syabas dan mereka tidak tahu apa yang Syabas telah lakukan kepada mereka selama ini. Tahukah mereka berapa kekayaan mantan MB Selangor sebelum ini? Banyak yang mereka tidak tahu dan sekutu Apco sememangnya mahu mereka terus jahil begitu.

Apa pun yang mereka lakukan, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah bersabar dan bimbinglah mereka seumpama kita membimbing `Muallaf' yang baru masuk Islam. Di dalam masa yang sama, Kerajaan Selangor mesti tegas dan berani untuk mempertahankan Selangor dari dijajah oleh sekutu-sekutu Apco yang semakin licik strategi mereka./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Sebenarnya mereka yang berdemo telah menunjukkan kebodohan diri sendiri kepada bangsa asing.

    BalasPadam
  2. mudah saja nak selesai masaalah puak ini.
    print out banyak banyak apa yang utusan tulis pada jan 1993,termasuk apa yang ibrahim ali cakap dalam parlimen dan edar di setiap masjid pada Jumaat ini.

    BalasPadam
  3. ketuanan melayu yang tidak boleh diikut...

    BalasPadam
  4. KAHKAHKAH NASIB BAIK TAK BAWAK SEKALI KEPALA LEMBU MACAM HARI TU GENG KEPALA LEMBU YG DIBAWAK PUN LEMBU YANG SAH DICUCUK HIDUNG & DIJULAP BEBERAPA RM ! BILA DAH KENA PERLEMBUKAN MACAM NI SAPA YG MALU ? LEMBU TAK MALU TAPI MANGKUK-MANGKUK TU JUGA YG MALU ! TAPI TAH ADA KA KEMALUAN DEPA TUU ?
    SERBU & MENYALAK TAK PASAI-PASAI !

    BalasPadam
  5. ameno memang suka yg bodoh2..dia bolih terus perbodohkan puak2 bodoh tu..dulu heret kepala lembu..rupanya yg heret tu sama macam lembu...

    BalasPadam