Isnin, 10 Januari 2011

PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR - UMNO GELABAH DAN BERCAKAP MERAPU

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA gelabahnya Umno di Selangor kini apabila Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak lama lagi. Jerat memakan tuan, apabila perlantikan SUK Selangor yang baru dipolitikkan untuk mensabotaj Kerajaan Negeri PR Selangor, namun ianya mudah untuk dihidu kerana PR mempunyai pengalaman di Perak.

Tindakan MB Selangor untuk membentangkan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa yang hilang kepada Sultan, amat meresahkan Umno. Mereka bukan resah kerana khuatir undang-undang tersebut diluluskan kerana mereka sedar begitu sukar untuk Kerajaan PR Selangor memperolehi 2/3 majoriti tanpa sokongan mereka. Apa yang mereka khuatirkan adalah bagaimana untuk berhadapan dengan rakyat jika mereka tidak menyokong usul itu nanti. Bukankah selama ini mereka melolong dan menjerit mendakwa PR di Selangor tidak menderhaka kepada Sultan? Nah, sekarang apa yang boleh mereka buktikan?

Akhirnya, Umno Selangor tiada jalan lain kecuali menuduh kununnya tindakan Tan Sri Khalid untuk meminda undang-undang tersebut adalah perancangan dari puak-puak dalaman PKR atau DAP untuk menjatuhkan MB Selangor tersebut. Cuba baca kenyataan dari pemimpin Umno Selangor iaitu bekas Adun Batang Kali Datuk Zainal Abidin Sakom di sini. Begitu juga kenyataan dari Pengerusi PERKASA Dato Ibrahim Ali. Jelas, mereka ingin memperbodohkan Tan Sri Khalid sedangkan rakyat melihat yang jelas bodoh adalah mereka berdua.

Kedua tokoh yang berhati busuk ini berharap agar Tan Sri Khalid mempercayai bahawa dengan isu pindaan undang-undang ini akan menyebabkan Sultan Selangor murka lantas memilih pengganti yang lain sebagai MB Selangor yang baru. Pada firasat mereka tentulah YB Azmin akan dilantik menggantikan Tan Sri Khalid. Ini lah taktik paling bodoh dan mudah dibaca oleh kita. Hakikatnya, Umno Selangor amat bimbang apabila usul ini akan dibentangkan di dalam Dun Selangor nanti. Mereka cuma ada 2 pilihan, samada ingin mengembalikan kuasa kepada Sultan atau menentangnya sepertimana tok guru mereka Mahathir ajar dahulu.

Program Solat Hajat malam tadi di Stadium Melawati yang dihadiri lebih 30 ribu orang amat menggusarkan Umno di Selangor. Rakyat Selangor mulai merasakan betapa Umno Selangor ingin mempermainkan Sultan mereka dengan menaburkan fitnah jahat kepada PR di Selangor. Puluhan ribu rakyat berhimpun dan memohon doa kepada Allah agar cita-cita jahat golongan sekutu Apco ini digagalkan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor harus terus dengan usaha meminda undang-undang ini sebagai menguji sejauh mana ikhlas atau tidak Umno untuk mempertahankan institusi diraja. Jika PR gagal mendapat 2/3 majoriti dan pindaan ini tidak dapat diluluskan, kita wajib bersyukur kerana kita telah berjaya membuka `topeng' di wajah Umno. Rakyat akan kenal siapa itu Umno sebenarnya./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. sultan2 yang ada tak sedaq lagi teman tak tau le...rakyat nak bagi balik kuasa yang perlu kepada mereka. nak harapkan puak umnooo alamat sultan kena cucuk hidung lee...

    BalasPadam
  2. wah2..jangan cakap mcm tu 'daulat tuanku' kang ada yg kena tangkap dek aduan polis lak...apa pun aku pun tak sabar nak tgk riaksi pengganti ketua pembangkang di selangor sama ada nak sokong ke tak usul tu..ntah2 tak datang ke dewan duk bawah bantal takut...hehe...tak pe lah..kita mula dulu dengan lepaskan SULTAN SELANGOR dari cengkaman jebat...sekurang2nya tuah dah cuba bagi amaran kat jebat...kalau jebat salah langkah alamatnya derhaka la ia pada sultan...pastu buat kat perak lak tau..sbb patik paling sayang kat sultan patik tu...DAULAT TUANKU...

    BalasPadam