Jumaat, 14 Januari 2011

PORTAL PRO UMNO KURANG SENANG ISU ANWAR TERUS DIMAINKAN

Nama Anwar terus disebut ..

Written by Webmaster
Friday, 14 January 2011

Kadang kala kita yang mempopularkan nama Anwar Ibrahim untuk terus kekal dalam persada politik tanah air. Kita yang mengekalkan populariti Anwar Ibrahim lantas menjadikan beliau satu nama politik yang sentiasa disebut. Kita ulang dan terus mengulangi isu-isu Anwar dan ini menjadikan namanya semakin meniti nama di media tempatan dan antarabangsa.

Hari ini Umi Halfida pula timbul untuk terus meletakkan nama Anwar Ibrahim dalam media dengan saman beliau terhadap Anwar Ibrahim. Ikhlas kita lihat bahawa impaknya amat negatif pada UMNo kerana nama UMNO akan terus di heret sebagai dalang di belakang Umi Halfida. Percayalah ini akan berlaku dan ini tidak akan membantu UMNO. Malah terpapar muka Umi Halfida di media Utusan sendiri akan menjadi bahan untuk mengekalkan penyokong pembangkang dengan alasan bahawa ini tidak politik.

Nama Anwar Ibrahim ini akan terus meniti zaman. Dari zaman hujung 90an kini sudah masuk zaman 20an. Dari generasi sepatutnya sudah melupakannya kini melarat kepada generasi baru. Saman Umi Halfida ini memberi ruangan baru dalam menyuburkan nama Anwar Ibrahim. Umi Halfida tidak diterima oleh pembangkang dan namanya telah di busukkan oleh media Internet dan politik pembangkang. Kehadirannya akan hanya menimbulkan spekulasi beliau hanya saluran UMNO. Yang buruk UMNO juga..spekulasi atau tidak ia memberi kesan negatif kepada UMNO sungguhpun Umi Halfida mungkin melakukan atas kapasiti diri.

Kerana itulah saya pernah bertelagah dalam satu siri perjumpaan dengan bekas kepimpinan UMNO yang masih terikat dengan perang saraf lama – mahu isu Anwar dan kes liwatnya terus dimainkan untuk tujuan politik. Satu strategi usang dan lapuk./Umno-reform2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan