Ahad, 9 Januari 2011

PROJEK LANGGAR HADI JADI PROJEK PUKUL CURI ?

Oleh: Mandor

TERKEJUT aku apabila membaca tajuk artikel pada blog menyebut tetamu Presiden PAS dilayan seperti anjing. Aku tahu ini kaitan dengan tragedi Blogger Aduka Taruna yang didakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki di Rusila.

Aduka yang sering berhajat untuk `melanggar Hadi' ini nampaknya mendapat bahana di Rusila kali ini. Sebelum ini, projek tidak berfaedah itu berjalan baik tanpa ada sebarang kejadian yang menimpa beliau. Mungkin kali ini, beliau ingin mencuba lagi tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Benarkah Aduka menjadi `tetamu' Tuan Guru Presiden pada hari tersebut? Jika tetamu yang dijemput atau telah membuat temujanji dengan Presiden PAS itu, tentulah tidak wajar beliau dibelasah sedemikian rupa. Masakan Tuan Guru Hj Hadi tidak tahu adab menghormati tetamu.
Persoalannya, benarkah beliau tetamu seperti yang ditulis pada beberapa blog itu?

Jika bukan tetamu, maknanya apa? Jika kita tengok rancangan TV seperti Melodi atau Terjah, banyak kali melihat wartawan `menerjah' artis di mana dan tidak kira waktu. Tetapi, Tuan Guru Presiden bukan artis. Beliau seorang Presiden PAS dan juga seorang Ulamak. Mungkin ada yang tidak mahu mengiktiraf beliau sebagai Ulamak, tetapi sedikit pun tidak menjejaskan keilmuan dan darjatnya.

Justeru itu, berhadapan dengan pemimpin tidak kira dari mana pun mestilah ada adab dan sopan. Kalau kita tidak beradab atau sukar untuk beradab, kita kena bertanya orang lain dahulu bagaimana untuk beradab. Jangan main terjah-terjah begitu sahaja. Kalau mak ayah kita diterjah orang sedemikian rupa tanpa adab, takkan kita nak lihat sahaja?

Aduka pernah menulis tentang Sultan Johor dengan satu penulisan yang dikatakan menghina Sultan. Beliau telah didakwa dan kes tersebut belum selesai lagi. Di mahkamah suatu ketika beliau melaporkan dipukul oleh seseorang. Kini, di Rusila pula. Mengapa Aduka sering menjadi mangsa?

Apa pun, diharapkan Aduka boleh belajar banyak perkara dari beberapa kejadian yang menimpa beliau selama ini. Kepada yang memukul Aduka di Rusila (jika benar), silalah mohon maaf kerana tindakan emosi anda itu. Aduka juga mesti mohon maaf kerana tindakan tidak beradab dengan pemimpin sehingga mendatangkan kemarahan para pengikut Tuan Guru Hj Hadi.

Ini ulasan aku berpandukan apa yang aku tahu dari blog. Jika ada maklumat baru yang sahih yang menyalahi apa yang aku tulis, korang anggap tulisan aku ini terbatal./mandor.blogspot.com

2 ulasan:

  1. sekurang2nya aduka dh berjaya meringankn keje2 BN utk membunuh imej pemimpin PR... 1 kjayaan buat aduka lpas ni boleh dpt anugerah tertinggi BN hehehehe.........

    BalasPadam
  2. AT tu tetamu yang tak diundang. Dahlah tak diundang, tergesa-gesa, dan memaksa. Sebagai tetamu ada adab untuk berjumpa tuan rumah. Islam mengajar jika 3 kali beri salam (janganlah diucap salam 3 kali sekaligus, beri tempoh dari satu salam ke satu salam yang lain. Kalau sekaligus memang lagi cepatlah kau kena beredar dari rumah tu) tetapi tidak dijawab maknanya tuan rumah tidak bersedia menerima tetamu, jadi blahlah. Walaupun beliau bersedia menjawab salam, namun enggan menerima tetamu, tetamu perlu faham atas kesulitan itu... jadi blahlah.

    Bila tuan rumah tidak sedia... dan tetamu medesak, memang patutlah tetamu ditabuh kerana tetamu di dalam kategori penceroboh.

    BalasPadam