Khamis, 6 Januari 2011

ROGOL AMAH - ADAKAH RAIS SEKUAT ANWAR MENGHADAPINYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA MP Jelebu yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB DSU Rais Yatim pun muncul di kaca TV malam tadi. Setelah sekian lama diasak oleh berbagai cerita yang berkaitan dengan kes Amah dirogol seperti yang didedahkan di dalam beberapa blog, dan juga setelah laporan Polis dibuat terhadapnya, beliau tampil untuk menafikan beliau terlibat.
Di TV3 dalam Buletin Utama, berita yang keluar sekitar seminit dua hanyalah kenyataan penafian Menteri ini yang juga boss besar stesen TV. Di dalam berita Astro Awani, gambar Menteri ini muncul di dalam sidang akhbarnya untuk menafikan beliau tidak terlibat.

Berbeza dengan tuduhan terhadap DS Anwar. Apabila ada tuduhan dibuat ke Ketua Pembangkang ini, maka TV dan akhbar berjela-jela membuat ulasan walaupun penafian dibuat oleh DS Anwar. Paling kurang setengah jam TV akan mengulas isu ke atas DS Anwar siap dengan menemu bual beberapa pemimpin yang sememangnya musuh DS Anwar. Paling laris untuk ditemubual adalah beberapa spesis katak yang melompat dari PKR, termasuk juga kaki pembohong besar YB Zul dari Kulim. Maka, setiap hari ada sahaja cerita dan `nasi tambah' yang disiarkan di kaca TV tentang DS Anwar.

Ini tidak berlaku pada Rais Yatim. Apabila beliau menafikan beliau terlibat, maka `full stop' di situ. Jauh sekali pihak media pencacai ini ingin siarkan kisah pembunuhan Altantuya seperti yang didedahkan oleh Wikileaks itu. Itulah hebatnya media di negara ini.

Di dalam kenyataan Rais Yatim, beliau menyebut tuduhan ke atasnya oleh Pembangkang dan media serta blog pro pembangkang adalah tuduhan jahat untuk menjatuhkannya. Kita ingin beritahu Rais, cerita ini bukan kita yang cipta tetapi kita mendapatkannya dari sumber di luar negara di mana Amah iaitu mangsa terlibat menetap sekarang. Cerita ini juga didedahkan oleh Wikileaks. Kita tidak mencipta isu ini melainkan ianya didedahkan oleh mangsa dan keluarga itu sendiri melalui satu pertubuhan di Indonesia.

Jika Rais Yatim merasa tertekan atau aib dengan tuduhan yang beliau hadapi, tentu sekarang beliau terfikir bagaimana DS Anwar mampu bangkit dan melawan dari situasi yang sama. Apabila terkena ke atas batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi atau rendah. Rais Yatim belum pun disiasat mahupun didakwa, sedangkan DS Anwar telah disiksa, dihina dan dipenjarakan malahan difitnah sekali lagi. Namun, DS Anwar mampu bangkit dan melawan tanpa bantuan dari media seperti yang diperolehi oleh Rais Yatim. Ini menunjukkan kekuatan moral yang ada pada DS Anwar tidak tergugat dengan fitnah sejahat mana sekali pun.

Adakah Rais Yatim mempunyai kekuatan seperti itu? Kita tunggu sejauh mana kerajaan ingin bertindak ke atas tuduhan terhadap Menteri ini. Kerajaan Indonesia sudah pasti bersedia untuk membantu siasatan kes ini seandainya kerajaan serius untuk menyiasat. Kita difahamkan AMK sendiri akan menghantar pemudanya ke Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut atau fakta yang ada berkaitan kes ini. Adakah KDN juga akan bertindak sedemikian?/wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. apek tua pun boleh nafi dia rogol kerbau pendek.. kalu berani saman aje Migrant Care...

    BalasPadam
  2. wow..dah agak tua juga orangnya yang kena tuduh tu..cantik sangat kot awek tu...tapi saiful bukhari lagi cantik...tapi sy nak sgt tgk si katak2 buat ulasan pasal ni..terutama zul kulim yg warak bermusim tu...DSAI sejuta kali lebih tabah dari org ni...sbb dah boleh nampak dari segi luaran pun...susah nak nafi tau dlm keadaan umur yg mcm ni tau...malu kat cucu2..tambahan satu malaysia...apa lagi untuk menang terpaksalah guna 'kuasa' dan orang dalam sudah pastinya kabel sebesar KLCC bro....

    BalasPadam
  3. DSAI=RAIS=Fitnah (?),,,ini maksud tuan?
    atau,
    DSAI=RAIS= tutttt (?)...

    BalasPadam