Isnin, 3 Januari 2011

SAHIH - ADUKA TARUNA DAN BATU-API MENENTANG KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

DUA Blogger pro PR bertembung, paling menariknya kedua-duanya amat anti dengan UG atau Kerajaan Perpaduan. Blogger Aduka Taruna melalui blognya di sini, mencabar Batu-Api untuk berdebat berkaitan isu UG yang semua tahu telah ditolak oleh Muktamar PAS yang lalu.

Batu-Api@FireStone pula merasa pelik mengapa perlu debat diadakan kerana beliau juga tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan di antara Umno - PAS. Debat hanya boleh diadakan jika salah seorang bersetuju atau menyokong UG. Tulisan Batu-Api di sini.

Aku tidak mahu mengulas salah faham di antara kedua-dua Blogger ini. Aku cuma merasa bangga kerana masing-masing amat tidak menyokong Kerajaan Perpaduan di antara Umno-PAS. Berbeza pendapat itu biasa, mungkin ada salah faham atau kurang tahu apakah matlamat atau tujuan pertemuan yang dikatakan telah berlaku di antara pemimpin PAS dan Umno sebelum ini. Sebab itulah sebelum ini aku ada menulis betapa sewajarnya media rasmi parti memberikan jawapan atau maklumat berkaitan pertemuan yang didakwa ada berlaku itu.

Jika tidak diberikan maklumat, maka bukan sedikit yang tidak faham atau menaruh perasaan curiga mencurigai. Ada juga yang berpendapat tidak semua strategi parti boleh didedahkan. Ya, jika itu satu strategi eloklah dirahsiakan. Tetapi, adakah kita fikir strategi seperti itu menguntungkan parti atau pihak musuh?

Seandainya pertemuan itu adalah pertemuan biasa yang melibatkan pemimpin sesama Melayu dan Islam, elok rasanya pemimpin dari PKR juga dijemput apatah lagi Ketua Pembangkang juga adalah Melayu dan Islam. Itu pun mesti dimaklumkan kepada rakan kita dari DAP matlamat atau tujuan pertemuan diadakan agar rakan kita tidak berasa hati atau merasa terpinggir.

Aku tidak tahu sehingga sekarang benar atau tidak adanya pertemuan itu, lebih-lebih lagi apakah tujuan pertemuan itu jika benar ianya telah diadakan. Kesemua ini aku harapkan ada penjelasan yang boleh melegakan kita semua.

Kepada Aduka Taruna dan Batu-Api, syabas kepada anda berdua kerana menunjukkan kepekaan terhadap isu UG ini. Marilah kita tentang usaha untuk merealisasikan UG ini jika ada. Jika tiada, Alhamdulillah./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. TGHA pernah menjelaskan bahawa UG perlu melibatkan semua pihak jika ia hendak diadakan.
    Yang ini hampa tak hurai malah hampa cincang jadi macam taik.

    BalasPadam
  2. Batu Api nampak nya membuat U Turn 180 darjah hanya sandiwara. Kehidupan nya yang penuh pengalaman bersama kalangan UG yang berdekad amat sukar pada pandangan kami akan ditinggalkan. Kemungkinan adalah usaha beliau untuk menyelinap masuk dan mengenalpasti lain lain penentang UG yang mustahil beliau kenali diwaktu ini. Batu Api menyangka semua penentang UG adalah kalangan yang beliau kenali di TKO sahaja tetapi apabila menyedari penentang UG kian hari kian membesar beliau akan berusha untuk terus berbakti pada pimpinan UG dengan cuba menyelinap masuk tetapi insyallah kita, ramai penentang UG telah dimaklumkan siapa Batu Api sebenarnya. Insyallah beliau akan gagal jua akhirnya.

    BalasPadam
  3. salam wfauzdin ns,

    saya agak terperanjat apabila sdra terus menerima 'pengakuan' batuapi bahawa dia juga tak sokong ug sedangkan artikel2 batuapi selama ini tidak henti2 menghentam pandangan2 mereka yang mengkritik ug.

    saya bersetuju dengan komen anti ug di atas.

    komen sb dehlawi dalam blo batuapi amat tepat. batuapi tidak sedikit pun mencerminkan seorang yang berpegang kepada apa yang dia cuba gambarkan akan kebaikan dirinya.

    khabarnya tgna akan berjumpa dengan para blogger pakatan rakyat pada pertengahan bulan ini. mungkin 'perubahan' batuapi hanya sekadar mebolehkannya menghdiri perjumpaan tersebut. untuk memboloskan diri bagi mendapat maklumat dari perjumpaan tersebut bagi pihak tertentu. sekarang siapa 'tentera upahan'?

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  4. salam wfauzdin,

    batuapi telahpun memberitahu pendirian sebenar beliau:

    "Saya bukan anti UG, saya hanya tak setuju dengan idea UG buat masa ini. Keadaan tidak sesuai."

    http://batuapi-firestone.blogspot.com/2011/01/penarik-beca-dah-minta-maaf-cukup-ke.html?showComment=1294042941429_AIe9_BGAlOaHEW5UkMSs_HrB7x0B_Jyi9jHrIEEoeVo-YJJfayprek-y2gDi30TF6QgzQVa2Wl1ZH0H_FleHT-FwfkGSgHNhtKP4vzeS5fCbfb7kJs4etxZyF0P5

    BalasPadam