Ahad, 23 Januari 2011

SAYA DEMAM SAYA MAKAN PANADOL, SAYA TETAP MAHU DEBAT - ANWAR


Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu.

"Kenapa (beliau) tidak mahu (berdebat)? Kenapa tidak berani? Kenapa menjawab dengan menghina saya. Oh, kalau saya jawab, saya ada maklumat, saya akan londehkan Anwar dan demam," katanya Anwar mengajuk kenyataan Najib.

"Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," katanya sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di Felda Tenang malam semalam.

Malah katanya, sekiranya Najib yang juga presiden Umno memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan menyentuh peribadi, beliau juga bersedia menyahut cabaran tersebut.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab.

"Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh," sindirnya disambut dengan gelak ketawa kira-kira 250 hadirin yang hadir di Felda Tenang.

'Rais, Allah bayar tunai'

Anwar berkata demikian bagi membalas kenyataan Najib yang menggesa Anwar terlebih dahulu 'menyelesaikan masalah peribadinya' khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

Sebelum ini Anwar mengutarakan cadangan debat apabila apabila perdana menteri memperlekeh rancangan reformasi 100 hari Pakatan sekiranya berjaya berkuasa di peringkat pusat.

tenang by election 220111 anwar speech crowdDalam ucapan di Felda tersebut, Anwar turut menyindir Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim yang dikatakan merogol, seperti yang 'didedahkan' WikiLeaks.

"Saya tuduh dia? Tidak. Ini (pendedahan) WikiLeaks. Ada siasatan dahulu tetapi siasatannya sekarang ditarik. Itu soal dia.

"Tapi saya nak tunjuk, kamu rasa bagaimana pedihnya bila diaibkan, difitnah, dimalukan di khalayak umum," sindir Anwar.

"Kamu tolong sebarkan, sekarang dengan sendirinya tercampak dan terpalit ke muka kamu," tegasnya Anwar sambil mendakwa sebelum ini Rais didakwa pernah menuduhnya seorang yang "rendah budi pekerti dan akhlaknya".

Sehubungan itu, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri mengingatkan hadirin supaya jangan bersikap takbur dengan orang lain kerana Allah akan membayar "tunai" kepada perbuatannya.

MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan