Khamis, 13 Januari 2011

SIAPA NAK BERDEBAT DENGAN ANWAR LAGI ? IKUT GILIRAN OK

Oleh: Mandor

ISU Debat belum habis walaupun Najib telah `menyorok' belakang Bik Mama. Mungkin Najib kata " Aku bukan takut dengan Anwar, tapi Anwar yang tak takut dengan aku...". Maka Bik Mama pun jawab," Issshh...i ingatkan U ni takut ngan i jer....."
Justify Full
Kalau kita orang tuduh takut dengan bini, tentulah kita malu bukan? Jadi, macam mana nak `cover' malu? Itu kena pandai masing-masing la....

Bila Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, terpacul pula muka-muka pengampu nak berdebat dengan Anwar juga. Laris betul Anwar ni. Maklumlah, sesiapa boleh tewaskan Anwar, mereka akan dilantik jawatan tinggi atau akan diberi anugerah oleh bos. Yang cerdik Ezam sesumpah, tak payah debat, cuma pergi merata tempat kutuk Anwar, buat sumpah sikit dan bodek Najib, tup..tup...dapat `Senatak'.

KJ pula dah hampir putus asa. Jadi Ketua Pemuda Umno tapi tak pegang apa jawatan pun dalam kabinet, kecuali berada di `kabinet' dapor je. Terasa `fade up' juga, itu yang terasa tak mahu lagi jadi calon Pilihanraya. `Test market' kot. Orang yang dok dalam `kabinet' dapor ni pun terasa nak cari makan disaat akhir. KJ pun cabar Anwar debat. Geli aku. Orang Rembau semua tahu kisah KJ lari lintang pukang bila Chegu Bard cabar beliau berdebat di Rembau semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Kali ni, mana tahu bila cabar Anwar saja, Najib pun angkat beliau jadi apa-apa pun lah.....

Sekor lagi Nazri Aziz. Menteri yang tak pernah-pernah naik pangkat asyik jadi Menteri je sejak dulu pun mahu cari makan juga. Beliau cabar Anwar tentang isu Apco. Tujuannya, biar orang lupa pasal isu janji 100 hari PR yang mahu didebatkan oleh Anwar dengan Najib itu. Itu stail Nazri yang akan pusing tajuk agar bosnya selamat. Cari makan cara ini mudah sikit.

OK lah, tak kiralah siapa yang nak cari makan dengan mencabar Anwar berdebat. Tetapi, boleh tak selesaikan satu-satu ikut giliran untuk berdebat dengan Anwar? Yang pertama dulu, Shabery Cheek dah lepas sampai meleleh air liur atas pentas. Kini, giliran Najib, tunggulah sampai Najib naik pentas dulu nak tengok apa yang meleleh dari Najib nanti. Lepas itu nanti, barulah peluang untuk Nazri, kemudiannya KJ. Ikut giliran lah, jangan berebut....

Yang penting, tunggu Najib dulu naik. Kalau Najib tak mahu naik, dia boleh `passing' kat Bik Mama. Sebab apa beza Najib dengan Bik mama? /mandor.blogspot.com

4 ulasan:

  1. macam mana kalau PAS minta Anwar berdebat pula dengan UMI pula..mau tekencing anwar dan puak pas yg mendegar umi membuka pekong anwar.

    BalasPadam
  2. Bang..kak UMI tu mana standard di mata ANUar
    ANUar nak debat dengan orang2 besar je..haha..
    agak2 ANUar baca x blog kak UMI?
    -muhammad-

    BalasPadam
  3. orang yg cadangkan berdebat dgn umi tu mmg bangang habis

    BalasPadam
  4. Bukan sahaja bangang, tolol, kaldai dan beruk!!!
    Otak letak kat mana?

    BalasPadam