Ahad, 16 Januari 2011

SIAPA UMI HAFILDA ? KISAH DULU-DULU....


Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu

Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kiri)

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.


"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?"

Sumber: Greenboc

17 ulasan:

  1. laaa islam rupanya christoher tuh...

    BalasPadam
  2. Ternganga dan terlopong setelah selesai membaca.Terkenang akan kata-kata Rasulullah antara lain bermaksud; akan sampai masanya nanti dimana seseorang itu akan menjadi Islam disebelah pagi dan menjadi kafir pada sebelah petang.Ramainya orang yang munafik diselarukan dengan kekayaan dan harta benda yang akan menghancurkannya nanti.

    BalasPadam
  3. Ya Allah, Engkau Lenyapkanlah Umi Hafilda Ini Darpada Muka Bumi Seandainya Benar Beliau Terlibat Dalam Semua Konspirasi Yg Jahat Di Atas.. Turunkanlah Bala & Laknat PadaNya Ya Allah, Sesungguhnya Org Mcm UMI Hafilda ini Akan Menghalang Tertegaknya HUKUM Islam Di Bumi Malaysia ini Seandainya Dia Masih Bernyawa, Tamatkanlah Riwayatnya Ya Allah, Ya Rabbal Alamin.. Aminnnn!!!!

    BalasPadam
  4. ini adalah sama sekali satu pembohongan dari pihak peyokong dan DSAI sendiri untuk mengkaburi masalah beliau...Azmin Ali adalah manusia hipokrit, seorg manusia yg sombong. Ummi Hafilda mmg manusia yg jahat peribadi, tapi kes DSAI adalah benar

    BalasPadam
  5. Hamba Allah berkata
    Tak ingat mati ke kau ummi hafilda. Mahkamah dunia bolh lepas mahkamah Allah x leh kata apa tangan kaki bercakap mulut hang diam. ingat2 Allah ada.....tunggu.......

    BalasPadam
  6. hg yg kat atas yg komen 18 hb 2011 kul 5:08PM awt kta mcm tu bluur ke atau buta..hati

    BalasPadam
  7. kalau benar ciri2 ummi hafilda tu mcm tu,islam tidak benarkan dia jadi saksi pun,pkul 5 08PM tu ada saksi sendiri kot.

    BalasPadam
  8. x blh nk percaya sgt benda2 ni..ya allah berilah petunjuk pada kami siapa yg benar/salah antara ummi dan anwar.Takut kami berdosa berpihak pada org yg salah.

    BalasPadam
  9. suruh DSAI buat sumpah laknat aje.habis cerita. ingat didunia kita boleh lepas. diakhirat nanti timbang taranya

    BalasPadam
  10. Semoga Allah akan menonjolkan kebenaran daripada kecelaruan yang berlaku-Amin

    BalasPadam
  11. kenapa ummi hafilda tak di dakwa dlm makamah syariah yng dia perna mengadakan hubungan sex dgn baginda.
    mani

    BalasPadam
  12. Napa la si anwar brahim tu x saman umi.kalau dia betul...apa yg dia takut sangat...kat dunia dia boleh lepas....mcm2 allah dah tunjuk kat aljuburi ni...cuma kita x nakbuka hati dan taksub sangat kat aljuburi ni....semoga allah tunjukkan kebenaran satu hari nanti....

    BalasPadam
  13. ALLAH akan menguji ummatNYA dengan pelbagai cara.. PKR akan menang... itulah ujian paling besar kepada orang yang menyokong kehidupan seperti kaum luth... dunia sudah hampir kiamat.. kita sebagai seorang islam yang dikurniakan akal fikiran dari ALLAH... maka gunakanlah dengan sebaik mungkin..sama2lah kita mohon dari ALLAH utk tunjukkan jln yang benar kepada kita.. manusia memang ada yang pandai berkata2.. tetapi ALLAH mengetahui segalanya..

    BalasPadam
  14. Antara kerajaan dan pkr ada hujah mereka sndr.... apa yg pasti Ummi Hafilda bkn saksi yg adil dan perlu diragui.... ak xnk percaya Anwar tu peliwat krn ak takut jika dia memang bkn peliwat dan dia dlh mangsa dlm kes ini ak akn terlibat sma mndpt saham di akhirat nnti.... Sesungguh mahkamah di akhirat dlh seadilnya....sedarlah... cukuplah bercerita tentang benda yg meragukn ni.....

    BalasPadam
  15. Selamat siang untuk semuanya, nama saya Steven Nesty Binti, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya yang sebenarnya di sini di platform ini agar semua pencari pinjaman berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet

    Setelah beberapa lama mencoba mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman online tetapi saya ditipu dan kehilangan Rp10,7 juta, untuk seorang pria di Afrika.

    Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, maka saya berdiskusi dengan teman saya Bu Tieka Melawati (tiemelaw@gmail.com) yang kemudian memperkenalkan saya dengan Bu Deborah, Manajer Kantor Pinjaman AVANT, sehingga teman saya meminta saya untuk memproses pinjaman saya dengan Nyonya Deborah. Jadi saya menghubungi Bu Deborah melalui email: (avantloanson@gmail.com) dan juga di WhatsApp: +6281334785906

    Saya mengajukan pinjaman Rp 380 juta dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pengalihan pinjaman tersebut, Saya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi untuk mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari satu setengah jam, uang pinjaman saya dimasukkan ke rekening bank saya.

    Saya pikir itu bercanda sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa rekening saya sudah dikreditkan Rp380 juta. Saya sangat senang akhirnya Tuhan menjawab doa-doa saya dan Dia telah memberikan keinginan hati saya.

    Semoga Tuhan memberkati Bu Deborah untuk memberikan kehidupan yang adil bagi saya, maka saya menyarankan siapa saja yang berminat untuk mendapatkan pinjaman dapat menghubungi Bu Deborah melalui email: (avantloanson@gmail.com) atau via WhatsApp: +6281334785906 untuk pinjaman Anda

    Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian sejati hidup saya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui email saya: (nestybintisteven@gmail.com) Salam

    BalasPadam
  16. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    BalasPadam
  17. 请远离马华党员 叶金福!


    敬爱的马华公会中央领导層,

    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.


    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    sharing by chong taman ehsan, kepong

    BalasPadam