Sabtu, 26 Februari 2011

BIARKAN CICAK MENGKARUNG LAPAR MENCARI MAKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA adanya pilihanraya, maka adalah cerita ahli-ahli PAS, PKR dan DAP yang keluar parti. Itu kelazimannya dan rakyat sudah jemu mendengar cerita basi tersebut. Begitu juga lah dengan laporan di sini.

Apa yang penting, setiap kali kita adakan program ceramah maka kita akan dapat menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS, PKR dan juga DAP. Sudah tentu berita ini tidak akan disiarkan di dalam media pencacai yang ada.

Pedulikan yang mahu keluar parti kerana bukan semua pejuang sangup bersusah dan berlapar. Jika PR menguasai Putrajaya, kita tengoklah nanti puak-puak itu akan menyembah lutut kita. Mereka ini hanya pentingkan perut semata-mata. Jika tidak, masakan bila ada pilihanraya baru tersedar bahawa PR tidak boleh dipercayai.

Di Kelantan khususnya, rakyat Kelantan sudah masak dengan sandiwara seperti ini. PAS sudah tidak hairan dengan cicak mengkarung yang kelaparan itu. PAS pernah menghadapi keadaan yang lebih dahsyat di mana Presiden dan Naib Presiden mereka keluar parti. Namun, PAS tetap kuat dan bertambah disiplinnya. Itu lah yang menggusarkan Umno Kelantan yang siang malam bermimpin untuk memerintah Kelantan. Kirim salam buat mereka./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. orang-orang ni sebenarnya ibarat kunang-kunang yang tergilakan cahaya neon,pas tu kantoi

    BalasPadam
  2. Aku terbaca kat blog mana tak ingat, zul kulim ikut PM najib gi Istambul, pas tu dia tengok saja Najib letak bunga kat makam Kamal Atatuk, apasal dia tak nasihat najib..perbuatan khurafat tu???..nanti kau zul, kau balik nanti aku tenyeh2 muka kau dengan trompah, cakap x serupa bikin..khark tuih!!

    BalasPadam