Khamis, 17 Februari 2011

KES LIWAT - APA STANDARD, SERAH DOKUMEN PUN BERTERABUR

Liwat II:Kecoh: Pendakwaraya Beri Bukti Mengelirukan

KUALA LUMPUR, 17 FEB : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sekali lagi kecoh apabila pihak pembelaan menerima dokumen yang mengelirukan daripada pihak pendakwaraya.

Menurut Peguambela Sankara Nair, Dokumen sampel DNA yang diberikan kepada pasukan peguam bela tercampur antara dua set menyebabkan pasukan pembelaan gagal mendapat maklumat sebenar.

"Dokumen yang diberi kepada kami, dokumen DNA berlebihan. Sebenarnya dua set tapi bercampur sehingga keliru.

"Akibatnya kita terpaksa betulkan, kalau sama (dokumen) mereka, kita tak complain(bantah) tapi kalau berlainan kita buat bantahan serius. Sekarang kita masih betulkan," katanya.
Hal ini menyebabkan Hakim Datuk Zainudin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga esok bagi memberi peluang pihak peguambela menyusun dokumen itu.

Dalam prosiding petang tadi, Dr Seah menyatakan ujian DNA menunjukkan kehadiran dua DNA di seluar dalam berwarna kelabu berlabel A6.

Pemilik DNA pertama ialah Saiful Bukhari Azlan dan kedua dinamakan sebagai "Male Y'
Datuk Chua Jui Meng yang turut menghadiri prosiding tadi menyatakan hal ini tidak boleh diterima.

Malah menurut beliau kecelaruan dokumen dari pihak Pendakwaan dari Jabatan Peguam Negara ini hanya memberi persepsi wujud konspirasi fitnah.

"Nampaknya hari ini ada kecoh sikit. Dua kali. Petang ini dokumen mengelirukan.
"Orang ramai ada persepsi ada komplot terhadap DSAI. Buat pihak pembelaan keliru. Pendapat saya sebagai bekas peguam dan menteri ialah ini tak boleh diterima," katanya./-tvsnews-

1 ulasan:

  1. Bai,,,, sengaja di terabur kan ,,, supaya dpat tangguh kan ke hingga keesok ,,, Tuuan senang nak bincang malam ni ,, hehhehe

    BalasPadam